Oh! Gempar!: Siapa Ketua Umno Bahagian Kelantan Yang Di Dakwa Buntingkan Pelajar dan puteri umno?

Oh! Krai Utara

Share

Kuala Lumpur - by @tiewnama dari sumber sumber yang tidak di nyatakan dan era pasca berharap agar berita ini hanya fitnah semata mata dan tidak benar sama sekali, berita ini sangat bagus bagi apa yang sedang berlaku di dewan merdeka PWTC di mana perwakilan umno sedang membincangkan dan mencari mekanisma terbaik bagaimana hendak mengekalkan kuasa parti berkenaan sebagai kerajaan pusat dan negeri pada pru 13 ini.satu berita yang menggemparkan tanahair berhubung perbuatan zina seorang ketua umno bahagian di kelantan yang didakwa telah membuntingkan seorang mahasiswa tahun dua yang menuntut di IPTA di ibu Kota.gadis itu telah dibuntingkan empat bulan dan ibubapa gadis mahasiswa berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu, keluarga gadis berkenaan marah dan malu dengan kejadian itu dan telah mendesak ketua umno bahagian itu mengahwini anak gadisnya, kerana desakan itu ketua bahagian berkenaan sanggup mengahwini gadis berkenaan dan laporan polis yang dibuat kemudian ditarik balik setelah ketua bahagian umno itu sanggup menikahi gadis itu.kejadian ini terbongkar apabila di katakan seorang kakitangan di pejabat pendidikan daerah secara tidak sengaja menceritakan kejadian berkenaan kepada seseorang,  kejadian yang sungguh mengaibkan umno dan menjadi liabiliti kepada umno bahagian berkenaan khasnya, dan dalam kes yang lain dilaporkan seorang ketua bahagian umno telah berzina dengan seorang ahli puteri sehingga bunting. bagaimana pun puteri berkenaan mengakui telah mengugurkan kandungannya.dalam pada itu seorang ahli umno kelantan memberitahu dia ada mendengar kejadian itu tetapi tidak ada apa apa tindakan di kalangan umno bahagian, beliau secara peribadi mengharap pengerusi perhubungan umno kelantan iaitu Mustapa Mohamed dapat menimbang sebaik mungkin sebelum ketua bahagian itu atau mana mana ketua bahagian melakukan maksiat dari dipilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang sekiranya umno mahu menang besar 2/3. kedua dua ketua bahagian itu disebut sebut bakal diletakkan bertanding dikerusi parlimen untuk menerajui kerajaan pusat jika Barisan Nasional menang selepas pru 13 nanti.jika perkara ini benar di harap ketua bahagian itu tampil memberikan jawapan dan bolehmelepaskan jawatannya agar umno bersih dari gelaja rasuah, zina, arak, judi dan sebagainya!berikut senarai ketua ketua umno bahagian di negeri kelantan darul naim. dan tim era pasca berharap ianya hanya fitnah dan khabar angin saja.1Malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.UMNO Bahagian Tumpat - Datuk Hj.Noor Zahidi Hj.OmarUMNO Bahagian Pengkalan Chepa - Datuk Dali HusinUMNO Bahagian Kota Bharu - Datuk Mohamad Fatmi Che SallehUMNO Bahagian Pasir Mas - Dato' Hj Hanafi MamatUMNO Bahagian Rantau Panjang - En Abdullah Mat Yasim ( Abe Lah )UMNO Bahagian Kubang Kerian - Datuk Mohd Fauzi IsmailUMNO Bahagian Bachok - Datuk Dr Awang AdekUMNO Bahagian Ketereh - Tan Sri Annuar MusaUMNO Bahagian Tanah Merah - Datuk Ikmal Hisham Abdul AzizUMNO Bahagian Pasir Puteh - Zawawi OthmanUMNO Bahagian Machang - Datuk Jazlan YaakubUMNO Bahagian Jeli - Datuk Mustapa MohamedUMNO Bahagian Kuala Krai - Dato' Ramzi Abdul RahmanUMNO Bahagian Gua Musang - Tengku Razaleigh Hamzah - era pasca

Read More - Oh! Gempar!: Siapa Ketua Umno Bahagian Kelantan Yang Di Dakwa Buntingkan Pelajar dan puteri umno?

Oh! When Najib says that a vote for DAP is a vote for oppression of Malays while Chua Soi Lek declares that it is a vote for oppression of Chinese, time has come to save Malaysia from such dishonest, deceitful, unprincipled and immoral UMNO/BN govt

Oh! Krai Utara

Share

In his winding-up speech at the 66th UMNO General Assembly on Saturday, the UMNO President and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak ended with the flourish urging UMNO members to work harder to convince the people to support Barisan Nasional as a vote for DAP is a vote for the oppression of the Malays.But this is the exact opposite of what MCA leaders like the MCA President Datuk Dr. Chua Soi Lek is telling the Chinese up and down the country, that a vote for the DAP is a vote for the oppression of the Chinese.It is clear that when Najib says that a vote for DAP is a vote for the oppression of the Malays while Chua Soi Lek declares that it is a vote for oppression of the Chinese, the time has come to save Malaysia from such dishonest, deceitful, unprincipled and immoral UMNO/Barisan Nasional government.What credibility and legitimacy has a political coalition like Barisan Nasional, which is capable of such blatant deceit and dishonesty, plumbing the depths of lies and falsehoods to entrench itself in power, to dare claim that it has the credentials and moral high ground to continue to govern multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural Malaysia when it is in fact actively aggravating racial and religious polarisation in the country?Najib and UMNO leaders are lying when they said that a vote for DAP is a vote for the oppression of the Malays, just as Chua Soi Lek and MCA leaders are lying when they sounded the warning that a vote for DAP is a vote for the oppression of the Chinese.But since both are in one political coalition, the Barisan Nasional, they should at least co-ordinate and reconcile their differences to come out with one “Big Lie against the DAP” instead of continuing to tell two conflicting lies to two different communities and to be caught “red-handed” in their lies!Najib and the Barisan Nasional leaders should know that they are in the era of Internet and it is no more possible for the political leaders in the country to censor or manipulate the flow of information as to hide the fact of dishonesty and hypocrisy of UMNO leaders lying to the Malays that a vote for DAP is a vote for the oppression of the Malays while MCA leaders are lying to the Chinese that a vote for DAP is a vote for the oppression of the Chinese.Just on this issue alone, with the component parties of the Barisan Nasional spreading not only blatant but contradictory lies about the DAP, showing their utter bankruptcy of political principles and moral scruples, UMNO/Barisan Nasional should be drummed out of Putrajaya.Malaysian voters regardless of race, religion or region should rise as one to speak loud and clear in the 13GE to inform the nation and the world that they condemn, abhor and repudiate such contemptible and despicable politics of lies and dishonesty so as to introduce clean and principled governance in Malaysia.DAP, together with PKR and PAS in Pakatan Rakyat, reject the negative and destructive UMNO/BN politics of “divide and rule” and want it to be replaced by the positive and constructive politics of “unite and rule”.Pakatan Rakyat opposes the oppression of any race, religion or group and will ensure the end of marginalisation or discrimination of any race, religion or group which will be one of the guiding principles of a PR federal government in Malaysia.All Malaysians, whether Malays, Chinese, Indians, Orang Asli, Kadazans or Ibans will be winners in a Malaysia under a PR government.But we cannot promise that there will be no losers if PR achieves the “impossible dream” of Malaysians to defeat the UMNO/Barisan Nasional coalition in the 13GE and forms the federal government in Putrajaya.UMNO putras and their cronies in BN, who have waxed fat and rich at the expense of the ordinary Malaysians, whether Malays, Chinese, Indians, Orang Asli, Kadazans or Ibans, will be the losers for it will be the end of the road for them to acquire ill-gotten gains at the expense of the Malaysian public.

Source http://blog.limkitsiang.com/2012/12/03/when-najib-says-that-a-vote-for-dap-is-a-vote-for-oppression-of-malays-while-chua-soi-lek-declares-that-it-is-a-vote-for-oppression-of-chinese-time-has-come-save-malaysia-from-such-dishonest-dece/

Read More - Oh! When Najib says that a vote for DAP is a vote for oppression of Malays while Chua Soi Lek declares that it is a vote for oppression of Chinese, time has come to save Malaysia from such dishonest, deceitful, unprincipled and immoral UMNO/BN govt

Oh! Pemimpin Umno memang berlagak! Gaya je lebihhhhh hu3

Oh! Krai Utara

Share

Sikap,penampilan pemimpin umno kurang sesuai

JERTIH - Sikap dan penampilan rata-rata pemimpin Umno semua peringkat yang kelihatan terlalu bergaya dikatakan antara penyebab ada rakyat yang tidak menyukainya.Mohd Hasdi Harun, 34, berkata, sikap sedemikian menjadi perhatian rakyat.Malah, katanya, sikap dan penampilan pemimpin serta ahli yang sedemikian menyebabkan rakyat meluat dengan parti tersebut walaupun bukan semuanya bersikap demikian..“Ini sangat berbeza dengan rata-rata pemimpin Pas yang tampil dengan imej ringkas“Malah. pada banyak majlis, ramai pemimpin Pa berupaya memimpin bacaan doa dengan baik” katanya.- sinar harian

Read More - Oh! Pemimpin Umno memang berlagak! Gaya je lebihhhhh hu3

Oh! Najib tak dapat sembunyikan rasa bimbang di SABOTAJ! dalam pru

Oh! Krai Utara

Share

Najib: 'Saya khuatir sikit soal kita sesama kita'Abdul Rahim SabriMalaysiakini Dis 1 2012Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menyembunyikan kekhuatiran terhadap kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.Walau percaya bahawa sokongan umum akan memihak kepada BN, Najib tetap bimbang bahawa beliau akan menghadapi tindakan sedemikian daripada pemimpin Umno yang tidak dipilih sebagai calon."Saya percaya musuh kita tidak kuat... saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN... yang saya khuatir satu sahaja.... sikit sahaja.. soal kita sesama kita," tegasnya dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.Sepertimana dalam perhimpunan terdahulu, Najib turut meminta perwakilan membacakan ikrar agar taat kepada parti serta bekerja demi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih."Saya beri lima kemungkinan. Pertama sokong sepenuhnya calon yang dipilih parti; kedua, sokong; ketiga, tidak bekerja; keempat, sabotaj dan kelima lompat parti," katanya.Tambahnya, soalan berkenan lebih penting untuk dijawab daripada kajian yang menunjukkan sokongan besar pada BN - seperti dikemukakan naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya."Sebab itu dalam perhimpunan ini kita mesti kata kita mesti dengan suara yang cukup hebat bahawa jawapan yang kita hendak 'adalah saya tetap akan sokong BN'," kata Najib yang disambut laungan "Boleh" sebanyak tiga kali oleh para perwakilan."Kalau itu jawapannya yang sebenarnya dalam hati kita, Insya-Allah, akan memberi kemenangan kepada Umno dan BN (dalam pilihan raya umum)," tambahnya.Najib seterusnya meminta para perwakilan membawa soalan itu pulang untuk difikir secara mendalam dan mengawasi golongan penghasut - yang digelarkan "tukang kipas dan "batu ronson" di dalam parti."..dalam kereta, dalam bas ekspres, cuba tepuk dada tanya selera... Kita nak bawa semangat ini, kita nak menghayati semangat ini, (apabila) kita nak jumpa penyokong kita bila balik," katanya.Sekiranya ahli berkenaan tidak kuat iman, "sokongan penuh" kepada calon berkenaan mungkin akan menyebabkan mereka berubah pandangan sehingga melakukan sabotaj ke atas parti, kata Najib."Jangan lupa ada juga bekas menteri, bekas timbalan menteri yang telah mengkhianati parti... kerana gila jawatan, kerana dirasuk orang tertentu sekarang jadi orang yang menentang Umno dan BN," katanya.

Read More - Oh! Najib tak dapat sembunyikan rasa bimbang di SABOTAJ! dalam pru

Oh! Kemaluan lelaki di simbah asid ekoran perkosa gadis belasan tahun!

Oh! Krai Utara

Share

GEORGE TOWN - Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat."Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Read More - Oh! Kemaluan lelaki di simbah asid ekoran perkosa gadis belasan tahun!

13 Mei berulang, jika umno hilang kuasa ugutan dayus dari shahrizat

Oh! Krai Utara

Share

TEMERLOH: PAS menyifatkan kenyataan berbentuk ugutan dan hasutan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai ketakutan yang jelas di pihak Umno untuk berdepan dengan pilihanraya.Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kenyataan Shahrizat jelas berupa ugutan kepada rakyat Malaysia dan meminta polis bertindak segera.“Dan dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan tersebut adalah sangat tidak wajar,” kata beliau.Tuan Ibrahim turut menyangkal bahawa perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno di PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu di Malaysia.“Ini kerana yang akan menggantikan Umno ialah PAS yang juga terdiri dari orang Islam yang kebanyakannya Melayu. Kenyataan beliau jelas menggambarkan ketakutan Umno yang berhadapan dengan PRU akan datang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka semalam.Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyelar kenyataan Shahrizat yang disifatkkannya 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.(Shahrizat dalam Himpunan Agung Umno semalam. Foto The Star)"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya."Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.Ahli parlimen Pokok Sena itu turut meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu."Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu."Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.

Read More - 13 Mei berulang, jika umno hilang kuasa ugutan dayus dari shahrizat

Oh! Hukum mendoakan bala kepada sesama islam satu penjelasan buat rakyat

Oh! Krai Utara

Share

Boleh atau tidak doa bala kepada orang islam
www.ustaznoramin.com

Sebelum komen lebih panjang tentang isu ini, saya tegaskan dahulu, segala hujah dan komen saya tidak memihak kepada mana-mana pihak, ini semua pandangan berdasarkan agama dan hujah ulamak dan tidak kena mengena dengan peribadi atau mana-mana parti politik. Doa datangkan bala atau balasan kepada orang yang melakukan kejahatan kepada orang Islam lain. Sebelum kita mengeluarkan komen atau pandangan, maka terlebih dahulu kita lihat mengapa perwakilan pas meminta supaya didoakan turunnya azab atau musibah kepada pihak parti lawan? Kalau kita lihat sebelah pihak sahaja memang tak patut sebab kesimpulan yang kita buat tidak akan adil dan hanya memihak kepada sebelah pihak sahaja.Perkara pertama yang perlu dinilai ialah keadilan media masa, setiap pandangan hanya diambil kepada pihak lawannya sahaja dan orang yang tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan dan individu orang tersebut tidak pernah diinterview. Kalau beginilah caranya kita buat kajian, dah lama kajian kita ditolak sebab dia tidak tepat kerana tidak mendapatkan data kepada responden utama. Di sinilah saya rasa kita kena adil kepada semua pihak yang terlibat untuk membuat kenyataan di media sebagai menjawab segala persoalan yang berlaku. Barulah di sini rakyat dapat memilih mana yang betul dan mana yang salah sebab itu adalah hak rakyat.Perkara kedua yang perlu kita nilai ialah seperti setiap hujah atau kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab selalunya ada alasan atau pasalnya. Kalau tak manakan pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya. Dari segala pemerhatian yang dibuat oleh saya, pihak Pembangkang atau PAS merasakan diri mereka tidak dilayan dengan adil seperti saluran media yang jelas berat sebelah, kemudian mereka mendakwah sentiasa difitnah oleh pihak lawan, buktinya akhbar dan media utama Negara sentiasa di saman fitnah dan malu. Kemudian tentang royalti yang dituntut oleh Kelantan tiada jawapan dan tidak mendapat keputusan yang adil, banyak lagi perkara yang kurang adil di lakukan oleh pihak UMNO sebagai selaku pemerintah kerajaan pusat. Maka sebab semua inilah yang mendorong mereka menyarankan kepada pihak atasan untuk melakukan doa mendatangkan bala atau musibah kepada musuhnya.Ketiganya ialah hujah-hujah ulamak yang muktabar dan rujukan di dalam dua sumber utama iaitu Al-Quran dan hadis. Sebenarnya ada banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menjelaskan kebinasaan kepada orang-orang Islam (munafik) yang melakukan maksiat. Contohnya saya berikan di sini :“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Al-Baqarah : 10)Dalil hadis pula :“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )”. (Riwayat Ahmad)Di sini jelas bahawa Allah sendiri melaknati orang-orang yang munafik atau orang Islam yang tidak mentaati perintah Allah seperti tidak menutup aurat, tidak mahu melaksanakan hukum Allah, menentang usaha-usaha dakwah atau sebagainya. Memang sebelum Allah melaknat orang-orang seperti ini, terlebih dahulu diberikan pelbagai peringatan dan nasihat di dalam Al-Quran. Tetapi apabila mereka berkeras kepala, maka balasan yang paling setimpal kepada mereka ialah neraka dan azab Allah.Dari apa yang saya tahu, apabila semua sumber telah mereka lalui dan segala usaha lembut yang telah mereka gunakan tiada juga tindakan dan respon yang baik diberikan kepada mereka. Maka jalan terakhir ialah berdoa supaya diberikan pertunjuk sama ada dengan bencana atau kesedaran agar pihak musuh menyedari akan kesilapan yang dilakukan oleh mereka.Perkara ini juga pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mana ada sahabat yang berpatah balik dan tidak menyertai Peperangan Uhud. Baginda memulau mereka sehingga wajah mereka tidak mahu dilihat oleh Rasulullah. Ini semua berlaku adalah kerana sifat kemunafikkan yang ada di dalam diri sahabat-sahabat tersebut. Akhirnya mereka menyesali akan segala kesalahan yang telah dilakukan dan mereka bertaubat kepada Allah sehingga Baginda kembali mahu bersama dan memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh mereka.Rumusan dari segala cerita dan hujah di atas, berdoakan mendatangkan bala atau bencana kepada orang Islam yang melakukan kesalahan dan zalim itu tidak bercanggah dengan Islam, kerana secara psikologinya manusia tidak akan sedar selagi ia tidak ditimpa dengan musibah. Contohnya seperti sebuah keluarga yang dirompak oleh beberapa penyamun dengan mengikatkan bapa, ibu dan anaknya, kemudian semua harta dirampas, setelah itu isteri dan anak-anak daranya dirogol secara bergilir. Tidak cukup dengan itu dibunuh pula isteri dan anak-anaknya. Tidak ada daya dan upaya untuk si bapa mencegah kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh penyamun tersebut, ketika itu hanya ada satu senjata yang sering digunakan oleh orang beriman iaitu doa. Beliau pun berdoa “Ya Allah Kau laknatlah penyamun yang mencuri, merogol dan membunuh isteri dan anak-anak ku”. Padahal waktu itu beribu rayuan dan nasihat diberikan kepada penjenayah tersebut agar tidak di apa-apakan isteri dan anak-anaknya.Tidak ada manusia yang dizalimi seperti contoh di atas mendoakan kebaikan kepada orang yang menzalimi. Cuba kita bayang dan renung, kalau peristiwa ini berlaku kepada kita seperti orang merogol isteri, kakak dan adik kita. Apa yang kita buat, tidak normal la kalau kita doa “Ya Allah kau berilah kesihatan kepada perogol tersebut, kau berilah rezeki kepada dia” mestilah kita doakan supaya diberikan balasan yang setimpal atau petunjuk.Satu lagi kita kena ingat, orang Islam tidak semestinya mukmin atau beriman. Ramai orang Islam dicampakkan Allah ke dalam nerakanya. Orang seperti ini di dalam Al-Quran dikenali sebagai orang kufur dan munafik. Jadi kita kena faham bahawa banyak ayat yang melaknat orang-orang munafik di dalam Al-Quran dan hadis. Rasulullah sendiri menyimpang kawasan-kawasan yang dilalui oleh orang munafik. Jangan kita hairan dan teruja apabila ada orang mendoakan bala kepada orang Islam yang lain yang didakwa melakukan kejahatan dan kezaliman. Gunakan akal yang dianugerahkan Allah dengan sepenuhnya seperti mengkaji dan menilai hujah-hujah kedua belah pihak, kemudian kita buat kesimpulan yang baik.Pihak UMNO juga boleh menggunakan tindakan yang sama iaitu mendoakan bala kepada PAS apabila mereka rasa di zalimi dan tidak diadili. Tetapi apa-apa pun gunakanlah 3 asas kaedah dakwah iaitu hikmah, mauizatul hasanah dan mujadalah di dalam masalah ini agar ia lebih cantik dan molek. Kalau tidak boleh barulah digunakan cara yang keras bagi membenteras kezaliman yang berlaku. Semasa pemerintahan Khalifah pertama Abu Bakar As-Sidiq dahulu pernah mengarahkan tenteranya supaya memerangi golongan munafik dan mereka tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memesongkan umat Islam yang lain.

Read More - Oh! Hukum mendoakan bala kepada sesama islam satu penjelasan buat rakyat

Percayakah umno dengan doa?

Oh! Krai Utara

Share

Doa yang dibacakan oleh tok guru nik razi nik mat begitu menakutkan umno sehingga menimbul respon yang pelbagai dari pimpinan umno serta alat alat perkakasnya. Apa sangatlah sebuah doa yang hanya sebuah rangkap kata2 yang dibenarkan oleh ribuan penyokong pas pada malam itu yang datang dari seluruh pelusuk negeri dan negara. Barangkali doa kehancuran umno itu melantun terkena umpama peluru bedil sehingga merobek ego mereka? Atau umno pun sedar mereka pun ada tuhan, dan jika tuhan itu makbulkan permintaan itu, natijahnya umno akan kojol. Atau sebenarnya umno melalui nasihat syaitan yang dikenali sengaja mengambil peluang untuk menimbulkan satu situasi bahawa pas dan orang orangnya memang sesat kerana "mana bulih mendoakan sedara seugama dengan bala", dan ramai khalayak yang faham sedemikian.

Umno sebenarnya jauh dari percaya kepada doa, ingat dulunya mantan pemimpinnya pernah memperkecilkan keupayaan perubatan dengan air jampi?. Dan mereka bukan sahaja kurang yakin pada doa, bahkan dengan hukum islam yang lain pun mereka sinis, memandang lekeh! Maklum quran itu bagai buku lama, ilmu lama.

Maklum dan percaya dalam ramai mereka itu ada juga yang mengaku ulamak. Ulama ini mungkin yakin sedikit akan kuasa doa, tetapi mereka turut bodoh kerana turut menghentam pas dalam isu ini, sepatutnya mereka juga boleh menganjurkan majlis doa hancur pas kerana menzalimi rakyat! Kalau betul pas juga zalim...

Read More - Percayakah umno dengan doa?

Oh! Ah San: Hassan Ali dan Syaitan pada logo NGO nya

Oh! Krai Utara

Share

hassan ali dan NGO berlogo satannya
 Logo luciuc kek atas dari web neh.


Hari ini Hassan Ali yang di pecat dari parti PAS telah melancarkan sebuah NGO yang baginya akan memperjuangkan hasrat untuk memartabatkan islam, tetapi yang menjadi tanda tanya ialah bagai,mana seorang doktor yang tentunya memiliki sekeping kertas yang menyatakan beliau seorang yang bijak lagi pandai dalam disiplin ilmunya boleh tidak perasan bahawa logo perttubuhan yang beliau masyhurkan hari ini adalah sama dengan logo SYAITAN? apakah wak hassan ali tidak perasan atau tidak tahu, kalaulah beliau tidak tahu mana mungkin.

ATAU, apakah perjuangan yang akan dibawa olehnya memang mempunyai unsur2 yang merbahaya. Bagi kita hassan ali patut sekali meneliti dahulu logo NGO itu sebelum di masyhurkan, sepatutnya bel;iau sedar simbol 666 yang menghasilkan logo NGO pimpinan itu itu adalah logo pertubuhan atau badan2 yang mempunyai unsur2 kesyaitanan dan dipercayai didalangi oleh yahudi melalui iluminati dan freemason.

ATAU, memang ini salah satu idea2 yahudi....Hassan patut berpikir?
Read More - Oh! Ah San: Hassan Ali dan Syaitan pada logo NGO nya

BERSIH 2.0 : Patriot menangis kena gas pemedih mata...hu3

Oh! Krai Utara

Share


3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang. -ccccccchttp://bloglistpolitik.blogspot.com
Read More - BERSIH 2.0 : Patriot menangis kena gas pemedih mata...hu3

Oh! ADUN Merlimau meninggal dunia...

Oh! Krai Utara

Share


ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.
Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.
Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.
Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak…READ MORE
Read More - Oh! ADUN Merlimau meninggal dunia...

PRK Tenang:Normala Samsudin - calon pas

Oh! Krai Utara

Share

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini. tenang by election pas announce candidate 160111 hadiPengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini. Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain. Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
Ibu kepada tiga orang anak itu - yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala - adalah dari Muar, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.
NONE
Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Beliau berbuat demikian untuk menumpukan kepada politik sepenuh masa. Udang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Normala menegaskan bahawa pemilihannya sebagai calon merupakan pengiktirafan penting parti Islam itu kepada kepimpinan wanita muda.
Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.
Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut
Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.

Read More - PRK Tenang:Normala Samsudin - calon pas

OH Artis:LAGU: PAPA ROGOL AMAH (versi Rap)

Oh! Krai Utara

Share
IBNI BATUTTAH
Jahat!..Jahat!..Jahat!..
Jahat Papa Jahat...Jahat Papa Rogol Amah
Jahat Papa Rogol Amah...Papa Gomo Amah
Jahat sangat jahat papa...
Papa Papa...kenapa Papa Rogol Amah..
Papa sangat jahat...Papa Gomo..Papa Rogol..
Papa Papa..kenapa Papa Rogol...Papa sangat jahat
Papa Rogol...Papa Gomo...Papa sangat jahat..
Jahat!...Jahat!..Jahat!...
(korus)
Jahat Papa jahat...Papa Rogol Amah..Papa Gomo Amah..
Papa Rogol samabil Gomo..Jahat!...Jahat!..Jahat!..
Papa rogol amah...papa gomo amah...
Papa rogol amah...Bini tengok amah..jahat! jahat! jahat!..
Papa rogol amah..bini nengok amah...bini jahat!...bini jahat!!..
Papa jahat rogol amah...bini nengok amah..bini nengok amah papa gomo...Papa gomo gomo..itek gembo..gembo...papa gomo gembo..
Jahat!..Jahat!...Jahat!
Papa gomo amah..itek gembo...gembo...bini gembo amah...amah kena gomo..Jahat!...Jahat!..Jahat!
Papa gomo amah....bini nengok papa....bini nengok amah kena gomo..Papa gomo amah..amah kena gomo..itek gembo gembo!!...
Papa Papa..Kenapa Papa Rogol..Papa Jahat Rogol..amah kena rogol..
Papa rogol..Papa Gomo..Papa sangat jahat..
Jahat!..Jahat!..Jahat!..
Bini itek gembo gembo..nengok Papa Gomo..Papa Rogol amah..
Bini itek gembo gembo...amah kena rogol..Papa Rogol amah..
Papa jahat!...jahat!..jahat!..Jahat!..
Papa gomo amah..Papa rogol amah...Papa jahat!..jahat!..
Papa Rogol amah..bini nengok amah kena gomo papa..
Papa...papa...papa..oh papa..
Papa Rogol amah...amah ngerang...aammakk!!...amah ngerang..ammakk!!..
Amah kena rogol papa...amah mengerang..kuat..amaakk!!!...amah jerit..aammaakk!!..Papa jahat!..jahat!..jahat!!
Bini nengok amah ngerang..ammakk!!..bini tekajut..ammakk!!...bini tekajut..aammakk!!!....bini jerit..aammakk!!!..nengok Papa Rogol amah..
Papa..papa..papa jahat!..jahat!..jahat!..
Bini tekajut..ammaakk!!...Papa rogol amah...takajut..amaakk jugak!!!...ammakk!!!..aammaakk!!..aammakk!!!.
Semua takajut..aammaakkkkkkkkkkkkk!!!!!
Lagu: "PAPA ROGOL AMAH"
KOMPOSER: IBNI SULIANOS
LIRIK: BATTUTAH SUWEYTO
ANUGERAH: PERSEMBAHAN TERBAIK DAN LAGU TERBAIK AJL26
....warkahakaahakah....heheeheheehe
Read More - OH Artis:LAGU: PAPA ROGOL AMAH (versi Rap)

Isu Kerajaan Perpaduan: Pimpinan DAP,PKR tak puas hati perangai pemimpin PAS

Oh! Krai Utara

Share
Pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PAS dengan presiden dan timbalan presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasm parti Islam itu. “Sebagai ahli Parlimen dan sebahagian daripada Pakatan, saya merasakan bahawa mereka harus berunding dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR dan juga DAP. “Mengapa mereka (PAS) harus pergi (hadir pertemuan itu)? Bagi PKR, secara jujur kami tiada petunjuk mengenai perkara ini, dan saya tidak fikir pemimpin-pemimpin kanan parti juga tahu mengenainya jika tidak dilaporkan oleh media,” kata Ahli Parlimen PKR dari Kapar S. Manikavasagam. Manikavasagam berkata, PAS juga perlu “menghormati” anggota komponen Pakatan Rakyat dan tindakan pemimpin-pemimpin parti Islam itu boleh menjejaskan perikatan pembangkang itu dalam pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini. “Ini adalah tahun kritikal bagi Pakatan... kita tidak mahu kejadian-kejadian menikam dari belakang atau mengumpat, kita perlu bersama dalam hal ini. “Sesetengah ahli Parlimen Pakatan macam saya adalah orang kecil, jadi kami tidak tahu apa yang perlu di peringkat atasan... tetapi pemimpin-pemimpin atasan juga tidak tahu. PAS perlu menghormati anggota-anggota lain dalam Pakatan,” kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR ini. Justeru kata beliau, PAS perlu mendedahkan butiran hasil perbincangan itu. “Bagi tahu kami. Apakah kami bukan anggota yang sama taraf (dalam Pakatan)? Orang ramai, penyokong kami juga ingin tahu... jika ia pertemuan antara pemimpin-pemimpin kanan BN dan Pakatan, kesemua wakil ketiga-tiga parti (dalam Pakatan) harus pergi (hadir sama),” kata Manikavasagam. Dalam laporan terbaru semalam, The Malaysian Insider melaporkan, pemimpin-pemimpin Umno dan PAS terpaksa mengakhiri perundingan ‘perpaduan Melayu’ di Istana Terengganu pada 24 Disember lalu selepas pertemuan mereka mula menyentuh isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam. The Malaysian Insider difahamkan seorang pemimpin Umno pada pertemuan itu bercakap mengenai keperluan perpaduan orang Melayu atas alasan bukan Melayu mengambil kesempatan dengan perpecahan di kalangan orang Melayu dengan membuat pelbagai permintaan termasuk menuntut penggunaan kalimah “Allah” — merujuk kepada langkah Gereja Katolik yang mahu menggunakan perkataan itu dalam akhbar versi Bahasa Malaysia mereka. Bagaimanapun difahamkan bahawa pada peringkat itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membantah dengan menyebut bahawa ayahanda Nabi Muhammad s.a.w., Abdullah juga pernah menggunakan kalimah “Allah” walaupun dia merupakan bukan Islam. “Kemudian perbincangan mereka berakhir apabila Agong meminta diri dan Nik Aziz juga meminta diri (keluar daripada perbincangan), dengan mengatakan sakit belakang,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Kelmarin, Nik Aziz enggan mengumumkan butiran perkara yang disentuh dalam pertemuan tersebut dengan berkata, beliau menghadiri pertemuan di Istana Terengganu di sini atas undangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan isu politik. Kata beliau, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Abdullah ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas. “Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya. Nik Aziz membuat penjelasan itu pada sidang akhbar yang turut dihadiri Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik. “Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu,” katanya. Begitu juga pendirian Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mahu PAS menjelaskan “perundingan perpaduan Melayu.” “Satu kenyataan daripada PAS untuk menjelaskan isu ini adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan,” kata wakil rakyat ini. “Biar PAS keluarkan kenyataan rasmi untuk mengulangi kedudukan dan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat,” katanya lagi. Bagaimanapun Loke yakin PAS akan kekal setia dalam Pakatan Rakyat. “Ramai pemimpin dalam PAS terkenal sebagai penyokong kuat Pakatan seperti Mat Sabu, Nik Aziz, (Datuk) Husam (Musa) and Salahuddin Ayub. Malam tadi, dalam satu ceramah, Mat Sabu secara terbuka mengulangi bahawa beliau akan memastikan PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat,” kata beliau yang nama sebenarnya Mohamad Sabu. Mohamad Sabu dan Husam merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat manakala Salahuddin pula salah seorang daripada tiga naib presiden. Bagaimanpun Naib Presiden PKR Chua Tian Chang menyifatkan pertemuan Umno dan PAS itu sebagai perkembangan biasa. “Saya tidak melihat ia sebagai satu perkara besar,” kata beliau sambil menambah, sebagai pembangkang, jika seseorang menjemput kami, mengapa pula tidak mengadakan pertemuan dengan mereka. “Saya merasakan bahawa persoalan yang perlu ditanya ialah mengapa Najib mahu bertemu dengan PAS?” kata Chua kepada The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Batu ini berkata, adalah sesuatu yang normal bagi pemimpin-pemimpin Pakatan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatan mereka dari BN secara “sulit” untuk membincangkan perkara-perkara tertentu. “Ada juga mereka dari Pakatan Rakyat yang bertemu dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein diam-diam berhubung isu Suara Keadilan. Saya tidak melihat pertemuan ini satu petanda bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua yakin PAS akan kekal dalam perikatan pembangkang itu. “Ia dilaporkan sebagai perundingan perpaduan. Tidak pula dilaporkan PAS berminat dengannya,” kata Pua lagi. Ahli Parlimen ini menambah, undangan Umno kepada PAS itu menunjukkan parti pemerintah kerajaan pusat itu dan juga teras dalam BN tidak ikhlas dalam mengamalkan konsep 1 Malaysia. “Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Umno tidak jujur dengan slogan 1 Malaysia atau matlamat mereka hanya tentang soal perpaduan Melayu Islam dan bukannya perpaduan rakyat Malaysia,” kata Pua. Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan mengulas sehingga PAS mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan 24 Disember itu. “Sebelum saya komen, kita tunggu dulu satu laporan daripada PAS apa sebenarnya pertemuan itu terlebih dahulu,” kata Lim yang juga wakil rakyat kawasan Parlimen Ipoh Timur.(m/insider)
Read More - Isu Kerajaan Perpaduan: Pimpinan DAP,PKR tak puas hati perangai pemimpin PAS

Oh! Talkin Untuk Umno Perlis - amaran untuk najib razak

Oh! Krai Utara

Share
KANGAR - Satu majlis talkin untuk UMNO Perlis akan diadakan dalam masa terdekat bagi memberi amaran kepada pucuk kepimpinan UMNO Pusat bahawa parti itu kini berada dalam keadaan tenat dan hampir terkubur.
Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, pelaksanaan majlis itu bagaimanapun bergantung kepada tindak balas pucuk pimpinan UMNO Pusat sama ada berani melakukan perubahan dalam menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri itu ataupun tidak. Menurutnya, majlis itu sepatutnya diadakan pada malam Sabtu lalu di Denai Larian, Pengkalan Asam di sini oleh beberapa pemimpin veteran UMNO Perlis yang tidak berpuas hati dengan keputusan mengekalkan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. “Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan setelah saya berbincang dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 30 Disember lalu dan beliau bersetuju untuk menyampaikan luahan hati kami kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat. “Kami sepakat untuk memberi peluang kepada Najib menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri ini dan sekiranya beliau gagal, satu majlis talkin akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya. Hashim turut mempersoalkan tindakan UMNO Pusat tidak mengekalkan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Timbalan Pengerusi UMNO negeri, sebaliknya mengekalkan jawatan Dr Md Isa kerana mendakwa prestasi Zahidi dilihat jauh lebih baik daripada Md Isa. “Adakah kepimpinan UMNO Pusat melihat Zahidi sebelum ini bermasalah sehinggakan jawatan beliau tidak dikekalkan? “Konflik kepimpinan UMNO di Perlis bukan sahaja melibatkan dua pemimpin UMNO sahaja, sebaliknya membabitkan ramai lagi ahli lain dan saya menyifatkan tindakan menjadikan Zahidi sebagai ‘kambing hitam’ tidak wajar,” katanya. Hashim turut menyuarakan harapan agar jawatan kepimpinan tertinggi UMNO negeri diserahkan kepada Najib sendiri bagi menyelesaikan masalah kepimpinan yang berlarutan sejak tiga tahun dahulu. “Lebih baik serah jawatan pengerusi UMNO negeri kepada Najib kerana isu pokok pertikaian kebanyakan pemimpin akar umbi parti adalah pengekalan jawatan Dr Md Isa yang dianggap tidak sesuai. “Satu penyelesaian lebih baik perlu dibuat pucuk pimpinan UMNO demi memastikan UMNO Perlis terus kukuh dan mengekalkan sokongan rakyat pada masa hadapan,” katanya.
Read More - Oh! Talkin Untuk Umno Perlis - amaran untuk najib razak

Oh !:: SPR akan umum Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang Jumaat ini

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR 20 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008, Jumaat ini.

Difahamkan pilihan raya kecil kali ini akan diadakan minggu ketiga bulan depan. SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya sejak kekosongan wujud.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor pada Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi Tenang berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).


“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Katanya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.

BN dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan akan menurunkan calon masing-masing. BN akan diwakiki Umno manakala Pakatan pula PAS.

Kerusi DUN Tenang kosong setelah Sulaiman meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dengan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina 38 peratus dan India 12 peratus.

Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama diadakan di Johor.


Read More - Oh !:: SPR akan umum Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang Jumaat ini

Oh !:: Calon PAS wakili Pakatan di DUN Tenang

Oh! Krai Utara

Share
Calon daripada PAS akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, sebagai mewakili pakatan pembangkang, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama pemimpin pakatan pembangkang yang diadakan hari ini.

"Semua pemimpin pakatan juga bersetuju untuk bersama-sama membantu calon yang akan dipilih itu merampas kembali kerusi itu daripada Barisan Nasional," katanya ketika menggulung perbahasan di konvensyen pakatan pembangkang kali kedua di Dewan Millenium, di Kepala Batas.

Kerusi DUN Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

- Bernama
Read More - Oh !:: Calon PAS wakili Pakatan di DUN Tenang

Oh: KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN?

Oh! Krai Utara

Share
KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN?

Saya terima 2 SMS dari 2 seorang sahabat di Pahang, seorang pensyarah di pusat pengajian tinggi, seorang lagi artis terkenal di KL. Mereka ini setahu saya di mana saja ada seminar atau perjumpaan Pas, dia tidak pernah tidak hadir.

Saya terfikir juga apa yang di SMS kepada saya. Ayatnya lembut, berbahasa, tidak seperti saya yang dikatakan tahu ‘tutuh’ saja. SMSnya:

SMS 1:

Pas awal-awal lagi sudah bagi amaran jangan sentuh isu negara Islam (macam pihak lain bagi amaran jangan sentuh ketuanan Melayu, kot?- saya)

Bagi Ana mengapa tak jadikan konvensyen PR pada 19hb Disember ini satu peluang untuk menjelaskan KONSEP negara Islam yang Pas impikan?(perjuangkan- saya)

Sabit itu (sebab itu) sampai sekarang Karpal Singh tak faham. Kita terpedaya,terheret sama-sama memfobia matlamat puncak menegak daulah Islamiah. Rakyat pada mulanya kabur, berjaya dibutakan apakah hala tuju Pas. Sejarah berulang. Harakah Islamiah sering mengalah dan kalah. Atas nama strategi, bertolak ansur, akhirnya ditolak beransur-ansur. Asyik jadi follower, pada hal punya kekuatan lebih dari yang lain. Negara Islam dianggap ancaman, bukan peluang oleh pejuang-pejuangnya sendiri.

Aduh, sedap juga patukan sahabat saya ini. Saya sangat berharap entry ini dapat dibaca oleh YB Salehhudin mahupun 2 Tuan Guru.

Tuan Guru Haji Hadi


Sekiranya menjadi takut kepada Karpal, bererti Pas takutlah juga kepada DAP dan menyertai PR bukan kerana berkewajipan memperkenalkan konsep negara Islam tetapi kerana mahu menang nampaknya.

Seperti Kedah sekarang, imej dan dengung-dengung pemertabatan Islamiah sudah semakin sayup. Betulkah?


SMS 2:
UMNO ATAU BN? AHHH, DUA-DUA SAMA.
Rumah di Kg Abdullah Hukum
Assalamualaikum, YB-YB, Dr-Dr dan kawan-kawan,

Ini satu lagi petaka terjadi. Kampung Kerinci sudah mahu ditukar nama ‘Bangsar South.’ Kawasan elit dibangunkan, dipecah jadi sub bandar, The Village, The Sphere, The Harizon, The Vertikal, The Park.

Kerajaan BN (Umno tonggaknya kot?) benar-benar dikelentong pemaju yang bencikan Melayu. Budayawan Bertindak ada tugas besar.

Saya dah beritahu kawan-kawan FB, untuk program di Gelanggang Abdullah Hukum.
Gabunglah Kerinci. Kalau Bricksfeild mengimpot ‘Little India’, ‘China Town’ tapi
nama tempat Bahasa Melayu dihapuskan. Ya Rabbi....
Saya termenung membaca SMS ini. Demikianlah pemerintah yang Umno di dalamnya. Sesekali nak memartabatkan Melayu, Bahasa Melayu, sesekali ketuanan Melayu. Yang kata Melayu haprak pun turut jadi haprak. - azizi haji abdullah
Read More - Oh: KE MANA ARAH TUJU PAS DALAM PAKATAN?

Oh Politik:PAS serba tak kena

Oh! Krai Utara

Share
Pemimpin-pemimpin PAS menyangkal tanggapan sesetengah pihak bahawa kekalahan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas kelmarin disebabkan wujudnya unsur sabotaj dalaman parti dan strategi berkempen PAS yang terlalu defensif terutama ketika menghadapi jentera diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberitahu The Malaysian Insider, khabar itu adalah permainan umum di sesawang Internet sahaja.

“Saya rasa soal strategi tidak ada ada kaitan. Isu itu main dalam pasaran (Internet),” jelas beliau.


KAH KAH KAH.. JELASLAH KITA DIPIMPIN MANUSIA YANG BAGAIMANA?

BILA STRATEGI SUDAH DIKIRA TIDAK PENTING DAN TIDAK BERKAITAN DENGAN KEMENANGAN DAN KEKALAHAN IA SUNGGUH MALANG UNTUK KITA BERJUANG.

DISISI LAIN PAS MENERIMA HAKIKAT BAHAWA KEBERADAAAN TENGKU RAZALIEH DIGALAS ADALAH SATU PERANGKAP BUAT PAS YANG SULIT DIATASI.. BUKANKAH PELANTIKAN KULI JUGA ADALAH STRATEGI MUSUH UNTUK MENGHADAPI PAS?

BINGAI KE TAK BINGAI BILA KATA STRATEGI TIADA KAITAN PIRAAHHHH....

JANGAN BUAT BODOH;LAH OUIII PEMIMPIN...

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/11/bedallah-paspengarah-strategi-yang.html#ixzz14Tzin4iV
Read More - Oh Politik:PAS serba tak kena

Oh Politik:Umno serba tak kena

Oh! Krai Utara

Share
Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak memberikan ruang demokrasi yang sempurna dalam mentadbir negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta media diperalatkan oleh kerajaan, maka demokrasi hampir menjunam.

"Apabila mereka melihat sokongan terhadap mereka semakin lama semakin terhakis dan tersasar dari unjuran sebenar, maka mereka akan cuba keluar dari amalan demokrasi dengan menidakkan undang-undang.

"Umno dan BN akan cuba mencari helah menjelang pilihan raya umum yang sudah begitu hampir bagi mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," ujarnya pada satu majlis di sini, semalam.

Tambahnya lagi, dalam apa jua kondisi yang berlaku, PR yang disertai PAS, PKR dan DAP akan tetap bersama sama ada semasa senang mapun semasa susah.

Beliau juga membidas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang cuba mendapat simpati orang Melayu dengan cara mendombakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Sebenarnya PR tidak pernah mempertikaikan apa yang termaktub dalam perkara 153 yang menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu sepertimana yang didakwa oleh Presiden Umno dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini.

"Namun begitu apa yang kita pertikaikan ialah cara kerajaan untuk menguasai pemerintahan haruslah dengan cara demokrasi yang asli dan tulen iaitu dengan cara suara rakyat. Pilihan raya yang bersih dan telus.

"Ini yang kita perjuangkan supaya adanya keadilan dalam melaksanakan amanah termasuklah dalam memilih kerajaan yang memerintah, bukannya dengan memperalatkan agensi dan organisasi yang ada sebagai 'yes man' dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah," tegasnya lagi
Read More - Oh Politik:Umno serba tak kena

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...