Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNO
Oh! Krai Utara
Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNODewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan sikap UMNO Kelantan yang bersikap berat sebelah atau double standard di dalam isu dakwaan kononnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menuduh UMNO sebagai murtad. Ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh UMNO Pengkalan Chepa ke atas Nik Aziz pada 20 November 2012 seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian 21 November 2012.Bagi pihak DPPNK, UMNO sengaja ingin mengambil kesempatan dalam isu ini dengan mengelirukan fakta yang sebenar di mana kenyataan sebenar YAB Tuan Guru bukannya mendakwa UMNO sebagai murtad tetapi hanya sekadar menjelaskan batas iman dan kufur. Tidak terdapat kenyataan secara jelas bahawa UMNO Murtad yang didakwa disebut oleh beliau. Bahkan paling penting, beliau sendiri menafikan mendakwa UMNO sebagai murtad. Dalam hal ini, UMNO Kelantan khususnya bersikap double standard apabila diam seribu bahasa dalam isu tuduhan yang dilemparkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor terhadap YAB Tuan Guru yang disifatkan sebagai Father Of Kafir atau bapa kafir. Tuduhan ini disiarkan oleh akhbar News Straits Times beberapa bulan lepas. Di manakalah ulama-ulama muda UMNO pada masa itu dan di manakah pula mufti yang hari ini kuat menghentam YAB Tuan Guru? Kenyataan Father of Kafir itu sehingga kini masih belum dinafikan oleh Rahim Noor dan YAB Tuan Guru telah memfailkan saman di mahkamah.Demikian juga dalam isu tuduhan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat yang di berlaku di Terengganu di mana diadakan satu seminar khas oleh Badan Perhubungan UMNO Terengganu dengan membawa tajuk ini. Tidakkah ini juga merupakan tuduhan yang berat iaitu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat? Adakah tuduhan sebegini 'halal' di sisi Mufti yang pro UMNO?Justeru kerana itu, DPPNK menyifatkan langkah UMNO Kelantan membuat laporan polis ke atas YAB Menteri Besar Kelantan hanyalah merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat semata-mata. Di luar sana, betapa rakyat ditindas dan dinafikan haknya oleh UMNO dan Barisan Nasional. Di Kelantan, royalti minyak dinafikan dan yang terbaru, pemasangan kamera had laju (AES) yang dipersetui oleh ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang tentunya bakal membebankan rakyat. Salam hormat,ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN,Ketua,Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK)Bertarikh : 7 Muharram 1434 H bersamaan 21 November 2012M
Oh Bulan: Bob Kuman terima sumbangan SuperSpontan
Oh! Krai Utara
Sape ada tengok rancangan SuperSpontan di Astro Warna pada hari Jumaat yang lalu pasti ada melihat babak yang menyedihkan dalam rancangan berkenaan. Rancangan itu telah mendermakan wang dalam bentuk cek dengan diwakili oleh Harun Salim Bachik, Bell Ngasri dan juga Tauke RL kepada Bob Kuman dan bantuan itu terus disalurkan kepada Bob di rumahnya, Bob terharu walaupun nampak sedikit sihat. Video minit ke 1.51. Kita doakan agar semoga Bob kembali sihat…READ MORE
Oh! Politik: Ahli Parlimen Desak Penyeleweng ISU Lembu Fidlot Letak Jawatan!
Oh! Krai Utara
OH Artis:Wanita Lucah Bertudung (UMNO Version) Edited
Oh! Krai Utara
OH Artis:LAGU: PAPA ROGOL AMAH (versi Rap)
Oh! Krai Utara
Oh! Talkin Untuk Umno Perlis - amaran untuk najib razak
Oh! Krai Utara
Oh! Politik:.MCA dan Gerakan selar program "Melayu Bangkit"
Oh! Krai Utara
Jambatan Cap Ayam di era 1 Najib 1 Malaysia
Oh! Krai Utara