Oh Politik:Umno serba tak kena
Oh! Krai Utara
Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak memberikan ruang demokrasi yang sempurna dalam mentadbir negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Beliau berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta media diperalatkan oleh kerajaan, maka demokrasi hampir menjunam.
"Apabila mereka melihat sokongan terhadap mereka semakin lama semakin terhakis dan tersasar dari unjuran sebenar, maka mereka akan cuba keluar dari amalan demokrasi dengan menidakkan undang-undang.
"Umno dan BN akan cuba mencari helah menjelang pilihan raya umum yang sudah begitu hampir bagi mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," ujarnya pada satu majlis di sini, semalam.
Tambahnya lagi, dalam apa jua kondisi yang berlaku, PR yang disertai PAS, PKR dan DAP akan tetap bersama sama ada semasa senang mapun semasa susah.
Beliau juga membidas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang cuba mendapat simpati orang Melayu dengan cara mendombakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Sebenarnya PR tidak pernah mempertikaikan apa yang termaktub dalam perkara 153 yang menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu sepertimana yang didakwa oleh Presiden Umno dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini.
"Namun begitu apa yang kita pertikaikan ialah cara kerajaan untuk menguasai pemerintahan haruslah dengan cara demokrasi yang asli dan tulen iaitu dengan cara suara rakyat. Pilihan raya yang bersih dan telus.
"Ini yang kita perjuangkan supaya adanya keadilan dalam melaksanakan amanah termasuklah dalam memilih kerajaan yang memerintah, bukannya dengan memperalatkan agensi dan organisasi yang ada sebagai 'yes man' dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah," tegasnya lagi
0 ulasan:
Catat Ulasan