Woooo Kapai Umno dahh nak tenggelam! Muhyidin di minta halau nakhoda lama!

Oh! Krai Utara

Share

Muhyiddin dirayu selamatkan Umno dari tenggelam...?
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata “ada perkara yang boleh dipercayai” terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah.“Tapi kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat, walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak keluarkan,” katanya lagi.Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan.Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu.Sumber Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,” kata beliau.Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – “Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.” sambungnya di sini

Read More - Woooo Kapai Umno dahh nak tenggelam! Muhyidin di minta halau nakhoda lama!

Oh! Lu Boleh Blah Laaa Gobala....hak3, wak tadaaa kesah...

Oh! Krai Utara

Share

Ahli Parlimen Padang Serai 'N.Gobalakrishnan' Akhirnya Buat Keputusan Lepas Semua Jawatan Daripada Parti Keadilan Rakyat Mulai Hari Ini !!


Selepas dikecohkan akibat teguran dan kritikan pedasnya terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahimsusulan perlantikan R.Surendran sebagaiNaib Presiden PKR yang dilantik baru-baru ini, akhirnya N.Gobalakrisnan(foto) mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatannya daripadaParti Keadilan Rakyat (PKR). Keputusan itu dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau hari ini. Gobala selaku Ahli Parlimen Padang Serai juga menyatakan bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuahBadan Bukan Kerajaan (NGO) yang baru. Biar pun ramai pihak dalam PKR yang gembira dengan keputusan beliau ini, namun bagi kami Gobala adalah antara pejuang tulen dalam PKR sejak sekian lama. Beliau rela bertempur dengan pihak polis dan sanggup diperlakukan apa saja demi mempertahankan Anwar Ibrahim. Malah, dalam ceramah-ceramahnya beliau begitu berani mengkritik kerajaan UMNO BN tanpa rasa takut dan gentar. Melihat kepada jasa dan sumbangan beliau kepada PKR selama ini, maka adalah amat wajar dia diangkat sebagai pemimpin PKR yang mewakili kaum India dalam parti itu. Namun, tindakan Anwar mengambil Peguamnya yang langsung tidak bertanding dalam Pemilihan PKR 2010lalu jelas sekali satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Surendran walau pun hebat di mata Anwar, namun bagi rakyat jelata Gobalakrisnan jauh lebih hebat dari itu. Makanya, adalah lebih baik Gobala diangkat sebagai pemimpin India dalam parti itu. Namun, kenapa ini tidak berlaku?. Inilah yang menjadi masalah dan menyebabkan ketegangan yang berlaku dalam parti itu sebenarnya, Makanya perginya Gobala adalah satu kehilangan besar buat PKR. Apakah lebih ramai lagi yang akan pergi meninggalkan parti itu selepas ini agaknya. -ihsan pahang daily
Read More - Oh! Lu Boleh Blah Laaa Gobala....hak3, wak tadaaa kesah...

Oh! Talkin Untuk Umno Perlis - amaran untuk najib razak

Oh! Krai Utara

Share
KANGAR - Satu majlis talkin untuk UMNO Perlis akan diadakan dalam masa terdekat bagi memberi amaran kepada pucuk kepimpinan UMNO Pusat bahawa parti itu kini berada dalam keadaan tenat dan hampir terkubur.
Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, pelaksanaan majlis itu bagaimanapun bergantung kepada tindak balas pucuk pimpinan UMNO Pusat sama ada berani melakukan perubahan dalam menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri itu ataupun tidak. Menurutnya, majlis itu sepatutnya diadakan pada malam Sabtu lalu di Denai Larian, Pengkalan Asam di sini oleh beberapa pemimpin veteran UMNO Perlis yang tidak berpuas hati dengan keputusan mengekalkan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. “Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan setelah saya berbincang dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 30 Disember lalu dan beliau bersetuju untuk menyampaikan luahan hati kami kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat. “Kami sepakat untuk memberi peluang kepada Najib menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri ini dan sekiranya beliau gagal, satu majlis talkin akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya. Hashim turut mempersoalkan tindakan UMNO Pusat tidak mengekalkan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Timbalan Pengerusi UMNO negeri, sebaliknya mengekalkan jawatan Dr Md Isa kerana mendakwa prestasi Zahidi dilihat jauh lebih baik daripada Md Isa. “Adakah kepimpinan UMNO Pusat melihat Zahidi sebelum ini bermasalah sehinggakan jawatan beliau tidak dikekalkan? “Konflik kepimpinan UMNO di Perlis bukan sahaja melibatkan dua pemimpin UMNO sahaja, sebaliknya membabitkan ramai lagi ahli lain dan saya menyifatkan tindakan menjadikan Zahidi sebagai ‘kambing hitam’ tidak wajar,” katanya. Hashim turut menyuarakan harapan agar jawatan kepimpinan tertinggi UMNO negeri diserahkan kepada Najib sendiri bagi menyelesaikan masalah kepimpinan yang berlarutan sejak tiga tahun dahulu. “Lebih baik serah jawatan pengerusi UMNO negeri kepada Najib kerana isu pokok pertikaian kebanyakan pemimpin akar umbi parti adalah pengekalan jawatan Dr Md Isa yang dianggap tidak sesuai. “Satu penyelesaian lebih baik perlu dibuat pucuk pimpinan UMNO demi memastikan UMNO Perlis terus kukuh dan mengekalkan sokongan rakyat pada masa hadapan,” katanya.
Read More - Oh! Talkin Untuk Umno Perlis - amaran untuk najib razak

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...