Harian Metro: Jin Tiduri Isteri

Oh! Krai Utara

Share
cilok dari member kita budak kampung online hua3

HANTU RAYA JAMAH ISTERI

Mungkin ada yang menganggap perkara terbabit kisah karut dalam zaman serba maju sekarang, tetapi hakikatnya ada dua kes perceraian kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpunca daripada kekuatan seksual dimiliki suami. Dalam kes pertama, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata kes dikendalinya membabitkan pasangan suami isteri berumur dalam lingkungan 30-an. “Kemusykilan berkaitan kekuatan luar biasa itu akhirnya terjawab apabila ahli keluarga wanita terbabit mendapati suaminya masih ada di rumah walaupun sebelum itu dia dilihat keluar ke tempat kerja,” katanya. Beliau berkata, beberapa saudara kandung wanita itu terdengar suara lelaki di dalam bilik tidur, sedangkan mereka melihat dia keluar pada awal pagi. Dalam satu kes lagi, pakar Perubatan Islam Mustajab, Nazri Md Isa, mendedahkan seorang isteri yang baru berusia 18 tahun memohon cerai fasakh kerana tidak tahan melakukan hubungan seks dengan suami hingga berbelas kali setiap hari. Bagaimanapun, menurutnya, dalam kes terbabit, lelaki itu mempunyai ritual tersendiri sebelum meniduri isterinya, iaitu dengan masuk ke bilik air seketika. >>Lanjut Kisah Hantu Raya>>>

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama berkata...

    bersih yang kotor...

  2. Ekiosku.com jual beli online aman menyenangkan berkata...

    jin dan jun??

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...