BN mansuh akujanji makan free,
Oh! Krai Utara
BN batal janji makan percuma
Tawaran makanan percuma dua kali sehari dan perlindungan insurans peribadi bernilai sehingga RM27,500 bagi tempoh lima tahun terbatal berikutan kekalahan BN bagi kerusi DUN Kota Laksamana pada pilihan raya umum ke-13. Calon BN kawasan itu Datuk Chiw Tiang Chai, yang menawarkan janji berkenaan dalam aku janjinya, berkata penduduk di DUN itu boleh berjumpa dengan wakil rakyat baharu mereka bagi mendapatkan bantuan."Apa yang saya janji ialah makan percuma, insurans percuma. Semua itu batal sebab saya tak menang, dia (pengundi) dah pilih calon yang dia nak, jumpalah wakil rakyat baharu," katanya kepada pemberita di Melaka.Chiw yang juga Pengerusi PPP Melaka tewas kepada calon DAP Lai Keun Ban dengan majoriti 3,462 undi manakala Lai mendapat 11,969 undi.Beliau berkata kekalahan itu memperlihatkan bahawa kebanyakan pengundi Cina di DUN berkenaan tidak berlaku adil kepada kerajaan BN yang banyak membantu mereka selama ini.Chiw juga sedih dengan kekalahan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di Parlimen Bukit Katil dengan majoriti 5,447 undi.- Bernama
MANIFESTO, PR TIRU BN: umno sebijik macam yahudi
Oh! Krai Utara
Dah lama wa mau menulis hal ini, tapi macam tadak kesempatan saja. Maklum, kita dalam situasi perang, kita seluruh malayasia berada dalam kondisi red alert, bukan lagi zon hijau. Kena sedia pos, naik banner, pasang flags, dan banyak lagi urusan parti, baek yang terang atau yang terpaksa buat secara sembunyi. Tahun ni banyak amanah kena pikul, i'allah wa akan buat yg terbaik untuk pakatan rakyat sehingga kita betul d jadikan rakyat, bukannya kita ni kuli batak!.
Sikit masa lalu ada akhbar yg siarkan umno menyatakan pembangkang, merujuk pada pakatan rakyat meniru manifesto barisan nasional. Wa sikit tak terasa heran dgn kenyataan sedemikian yang pada pandangan kita semua macam macam ada. Ada yg sinis, ada yang senyum sinis, ada yg ketawa, ada yg rasa bodoh....dan ada yg rasa megah, dan siap ulas dengan kaki "tulah cakap memang bn ni bijak!"....dan kita dah tau dia memang bodoh sombong serta kelas takde fesbook, kalau ade pon jenis cerdik xleh nak tumpang!
Macam telah kita tau " sesungghnya yang haq dan yg batil itu telah jelas". Jelas sekali umno ni terpesong, dan suka pulak memesongkan orang. Umno bukan tak tau yg buat keluar manifesto tu pakatan dulu, dia keluar kemudian. Tapi, tup tup dia yg boleh cakap kita tiru dia....pelik betul?.
Sungguh, benda cam ni bukan pelik kerana quran telah mengisahkan suatu perstiwa. Di zaman nabi dulu, bila saja orang yahudi mendapat tahu muhammad membawa dan mendakwa risalah, islam yg di ajarkan itu adalah ajaran yang sealiran dengan ajaran nabi ibrahim maka datang dakwaan mereka bahawa muhammad patut ikut yahudi! Kerana ibrahim itu yahudi.
Bagaimanapun dakwaan yahudi segera di sanggah nasrani, nasrani menempelak yahudi dan menyatakan ibrahim adalah nasrani, tidak yahudi serta muhammad patut bersama nasrani!. Setelah itu bising satu madinah dengan segenap kedai kopi, kaki lima atas mesjid dengan perdebatan ibrahim itu nasranikah atau yahudi.
Maka tuhan yg maha pemurah telah menyampaikan wahyu dalam al quran, allah menegur kedua dua nasrani dan yahudi yang sedang mutar ligat berhujjah ibrahim adalah hak masing2.
Dapat kita fahami, allah berkata wahai yahudi dan nasrani, sungguh kamu yahudi dan nasrani suka berbalah ada brnda yang kamu tak faham, tak tahu. Patutnya, berhujjah, berdebat pada benda yang kamu faham, barulah lojik hujjah kamu. Sedangkan kamu patut tahu, ibrahim itu telah mati beratus tahun barulah tiba israel, bapa kaum yahudi. Maa atas lojik mana yahudi mengaku demikian, seperti juga nasrani, isa ibnu maryam lahir kemudian maka tidak tepatlah ibrahim itu agamanya nasrani! Maka kamu telah belawak besar!
Umno pun patut tahu, manifesto mereka telah datang kemudian maka atas alasan yang mana sekalipun tidak patut meteka mendakwa pakatan rakyat telah meniru mereka! Seperti budak budak tidak cukup akallah kalau mereka tetap dengan hujjah itu, dan budak tidak cukup akal mana boleh di angkat jadi boss untuk jadi penghulu...tambah lagi penghulu negara.
Teruknya, umno tidak sedar perangai mereka itu macam yahudi!
OH! G2: 5 calon BN cuba tipu najib razak
Oh! Krai Utara
Pendedahan terbaru yang diterima mengejutkan.Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming mendedahkan lima calon parlimen dan DUN Barisan Nasional (BN) dikesan menggunakan ijazah palsu bagi tujuan mempengaruhi Pengerusi BN, Najib Altantuya untuk bertanding.Ternyata program transformasi Najib Altantuya yang mencanangkan calon yang dipilih adalah berdasarkan kemampuan individu termasuk mempunyai kelulusan akademik yang tinggi cuma sandiwara semata-mata.Kian Ming mendedahkan kelima-lima nama calon BN yang diletakkan untuk bertanding di kerusi parlimen dan DUN untuk BN Selangor dalam satu kenyataan media sebentar tadi.Kelima-lima mereka yang dimaksudkan adalah;1) P 103 Puchong - A Kohilan Pillay (Gerakan)2) P 110 Klang - Teh Kim Poo (MCA)3) N 33 Taman Medan - Ab Wahab Ibrahim (Umno)4) N 47 Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA)5) N 25 Kajang - Lee Ban Seng (MCA)Menurut Kian Ming, kelima-lima mereka ini tidak mempunyai ijazah yang sah yang dikeluarkan dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.A Kohilan Pillay yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat, Gobind Singh Deo rupanya menerima ijazah sarjana (Master) dalam bidang Commercial and Industrial Economy (sic) dari Pacific Western University di Amerika Syarikat yang disenaraikan sebagai universiti dianggap kilang ijazah palsu (mill degree).Bagi Teh Kim Poo pula, walaupun menjawat jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), rupanya sijil kedoktoran (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan dari New Port University juga di Amerika Syarikat juga diragui status kesahihannya.Ini kerana menurut bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, pada 2006, universiti berkenaan juga merupakan universiti yang mengeluarkan kilang ijazah palsu seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 2009.Universiti ini jugalah yang mengeluarkan PhD yang diragui kepada BEKAS menteri besar Pelis, Md Isa Sabu pada 2007.Sementara calon BN bagi kerusi DUN Taman Medan, Ab Wahab Ibrahim, yang mendakwa mendapat PhD dalam bidang perkhidmatan awam dari Universiti Antarabangsa Ireland juga diragui kesahihannya.Stesen penyiaran British BBC melaporkan universiti itu mengeluarkan ijazah palsu kerana melanggar peraturan operasi universiti pada 2008.Tidak ketinggalan juga, penggerak syarikat jualan langsung CNI iaitu Ching Eu Boon juga terpalit dengan penipuan ini.Kian Ming dalam siasatannya mendakwa ijazah PhD dalam bidang rangkaian perniagaan (network marketing) dari Universiti Antarabangsa St George dari Amerika Syarikat juga dikesan mengeluarkan kilang ijazah palsu.Bagi calon BN Kajang, Kian Ming mendakwa Lee Ban Seng yang mendapat ijazah pertama dari Universiti Rutherford (dahulu dikenali dengan nama Senior University International and Stratford International University) juga tergolong dalam kategori yang sama.Jika kesemua mereka yang disenaraikan BN untuk dicalonkan bagi menentang calon Pakatan Rakyat, ini bakal membawa padah terhadap sistem dan kepercayaan wakil rakyat sekaligus imej negara di peringkat antarabangsa seperti Kohilan yang merupakan BEKAS timbalan menteri luar terjejas.Kian Ming juga mencabar kesemua nama yang disenaraikan ini untuk membuktikan bahawa siasatannya tidak benar dan menyeru rakyat supaya menolak calon BN yang menggunakan ijazah palsu semata-mata untuk menjadi terkenal dan mengaut kekayaan untuk diri dan keluarga.JALAN PULANG
Blogger pro umno merayu khalid samad masuk umno?
Oh! Krai Utara
Posted by Addin Deen
GEORGE TOWN - Nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah."Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.Khalid diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, manakala, Dr Novandri sejak awal bicara kes fitnah itu pada tahun lepas gagal mengemukakan peguam bela sehingga dikritik oleh Hakim sendiri.Bicara akhir kes Dr Novandri didakwa memfitnah Khalid bermula jam 9 pagi ini. ~fb zainulfaqar
Ku li, tiada dalam senarai calon umno.....? Biar betoi
Oh! Krai Utara
Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dengan tekad untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN), yang ramai ialah orang-orang seperti saya — orang-orang yang tidak hebat, tidak berbakat dan tak pernah lelah memendam hasrat untuk menghambat Umno BN yang jahat.Namun, sebodoh mana pun orang-orang yang mudah dipersetankan seperti saya, kamilah yang paling memerlukan negara ini. Kami tak ada pelajaran dan tak ada wang yang memungkinkan kami membawa anak isteri kami berhijrah ke tempat lain. Sebab itulah, kamilah yang lebih memerlukan negara ini ditadbir dengan lebih baik, kalaupun tidak terbaik.Kerana kita yang dhaif dan lemah inilah yang lebih memerlukan negara ini, marilah kita yang tidak hebat ini buat apa yang dapat. Kita buat apa yang termampu untuk memastikan negara kita merdeka dari cengkaman Umno BN.Bercakap fasal pilihan raya, berlegar khabar bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak ada dalam senarai calon Umno BN. Mungkin auta. Tapi, boleh jadi benar.Bila tersiar khabar Ku Li tak ada dalam senarai Umno BN, seorang kawan berharap agar tidak ada pemimpin PAS yang gatal hendak mengusung Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pula. Semua itu hanya mengundang pecah belah yang akhirnya menguntungkan Umno BN.Tolonglah hentikan kelaku jahat kencing atas kepala rakyat.penarikbeca15.blogspot.com
Isu RM 207 billion Pampasan buruh paksa: Jepun sudah bayar - setiausaha kedutaan
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an."Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu." Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak. Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. Dalam kunjungan hari ini, Sekteriat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu."Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya."Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruh paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan negeri atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini."Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,".Mengikut rekod persatuan, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan."Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.
Oh! Najib tak dapat sembunyikan rasa bimbang di SABOTAJ! dalam pru
Oh! Krai Utara
Najib: 'Saya khuatir sikit soal kita sesama kita'Abdul Rahim SabriMalaysiakini Dis 1 2012Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menyembunyikan kekhuatiran terhadap kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.Walau percaya bahawa sokongan umum akan memihak kepada BN, Najib tetap bimbang bahawa beliau akan menghadapi tindakan sedemikian daripada pemimpin Umno yang tidak dipilih sebagai calon."Saya percaya musuh kita tidak kuat... saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN... yang saya khuatir satu sahaja.... sikit sahaja.. soal kita sesama kita," tegasnya dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.Sepertimana dalam perhimpunan terdahulu, Najib turut meminta perwakilan membacakan ikrar agar taat kepada parti serta bekerja demi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih."Saya beri lima kemungkinan. Pertama sokong sepenuhnya calon yang dipilih parti; kedua, sokong; ketiga, tidak bekerja; keempat, sabotaj dan kelima lompat parti," katanya.Tambahnya, soalan berkenan lebih penting untuk dijawab daripada kajian yang menunjukkan sokongan besar pada BN - seperti dikemukakan naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya."Sebab itu dalam perhimpunan ini kita mesti kata kita mesti dengan suara yang cukup hebat bahawa jawapan yang kita hendak 'adalah saya tetap akan sokong BN'," kata Najib yang disambut laungan "Boleh" sebanyak tiga kali oleh para perwakilan."Kalau itu jawapannya yang sebenarnya dalam hati kita, Insya-Allah, akan memberi kemenangan kepada Umno dan BN (dalam pilihan raya umum)," tambahnya.Najib seterusnya meminta para perwakilan membawa soalan itu pulang untuk difikir secara mendalam dan mengawasi golongan penghasut - yang digelarkan "tukang kipas dan "batu ronson" di dalam parti."..dalam kereta, dalam bas ekspres, cuba tepuk dada tanya selera... Kita nak bawa semangat ini, kita nak menghayati semangat ini, (apabila) kita nak jumpa penyokong kita bila balik," katanya.Sekiranya ahli berkenaan tidak kuat iman, "sokongan penuh" kepada calon berkenaan mungkin akan menyebabkan mereka berubah pandangan sehingga melakukan sabotaj ke atas parti, kata Najib."Jangan lupa ada juga bekas menteri, bekas timbalan menteri yang telah mengkhianati parti... kerana gila jawatan, kerana dirasuk orang tertentu sekarang jadi orang yang menentang Umno dan BN," katanya.
Saman semua ejen utusan malaysia - sayuti omar
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR: Saman terhadap Utusan Malaysia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan. Demikian pandangan penulis politik, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya Merah Tinta http://msomelayu.blogspot.com.Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini yang telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Isak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.Sebelum ini, kata Sayuti sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan.Katanya, kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit.“Bagaimana pun akhbar berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang.“Mengenai hal ini sukacita dicadangkan supaya sesiapa yang bermasalah dengan akhbar ini dan difitnah agar mengambil tindakan lebih luas dari itu,” katanya.Baginya, saman jangan hanya dikemukakan kepada syarikat akhbar berkenaan dan individu bertanggungjawab mengelolakannya; menerbit, mencetak dan mengedar, tetapi ia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan. “Hanya tindakan menyeluruh begini saja boleh memberi kesan ke atas akhbar berkenaan,” ulasnya lagi.Menurutnya, sudah pasti kalau agen-agen kecil (vendor) dan penjual terdiri dari kedai-kedai besar dimasukkan sama dalam tuntutan ia akan memberi kesan kepada akhbar berkenaan.“Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko,” katanya.