Oh !:: Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Vietnam 2-0

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Malaysia membawa bekal selesa ke Hanoi setelah menumpaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010, yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.
Mohd Safee Mohd Sali menjadi wira negara apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-60 dan 79.
Perlawanan timbal balik separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam pada 18 Dis ini.
Beraksi di depan 35,000 penyokong, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan selamat pada babak separuh masa pertama.
Pasukan Malaysia dan Vietnam masing-masing melakukan asakan demi asakan, namun buntu dalam pencarian gol pertama hingga wisel dibunyikan pada separuh masa pertama.
Selepas rehat, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan lebih agresif, namun skuad anak buah K.Rajagobal nyata lebih unggul apabila Mohd Safee menjaringkan gol pertama menerusi tandukan hasil sepakan percuma Safiq Rahim.
Gawang Vietnam sekali lagi dibolosi apabila Mohd Safee menjaringkan gol kedua selepas rembatan pada jarak kira-kira dua meter di luar kotak penalti oleh Safiq ditampan penjaga gol, Bui Tan Trong sebelum tersasar kepada wira negara itu yang dengan tenang melakukan rembatan kaki kiri untuk gol kedua Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...