Ku Li dan AMANAH!

Oh! Krai Utara

Share

Selamat lahir Amanah Ku Li


Subky Latif   
TENGKU Razaleigh Hamzah bersama beberapa orang rakannya dari kerabat veteran Barisan Nasional, termasuk mantan menteri, wajar dialu-alukan apabila berjaya melahirkan sebuah NGO baru yang dinamai AMANAH atau Angkatan Amanah Merdeka.
NGO ini bersandar kepada semangat amanah, keadilan dan kemerdekaan yang dikatakan diwarisi dari wawasan Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Malaysia.
Syabas kepadanya kerana dapat mengumbul bersamanya Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil, Bujang Ulis, Dato S. Subramaniam, kebas Timbalan Presiden MIC  dan Ong Tee Kiat, bekas Presiden MCA dan ramai lagi.
Cuma Ku Li belum dapat mengajak sama Tun Musa Hitam, Tun Abdul Rahman Yaakub, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan lain-lain. Kiranya beberapa nama ini dapat ikut serta, Amanah akan menjadi sebuah kelab pengamat politik dan sosial yang amat menarik.
Amanah seperti Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra, selepas tidak terlibat dalam politik yang aktif, diharap dapat mengamati perkembangan politik semasa dan prihatin terhadap jalan serta arah tuju pentadbiran hari ini bagi memanda negara dan rakyat terus berada di jalan yang lurus dan betul.
Dengan pandangan awal Tengku Razaleigh itu tidak nampak Tun Dr. Mahathir yang sesinis manapun sikapnya terhadap pentadbiran yang ada akan ikut bersamanya. Demkian juga Tun Abdullah Badawi. Justeru pentadbiran yang ada adalah mempusakai zaman mereka, malah segala kepincangan yang ada itu adalah tambahan dari perjalanan lamanya. Bahkan sebahagian dari kerosakan itu seperti skendal pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia berlaku dalam pentadbiran sebelum ini, dan berkemungkinan ia bermula di zaman Dr. Mahathir.
Pemilihan kepada pentadbir sekarang bukan sekadar atas kemahuan pentadbir sebelum ini, tetapi ia adalah kehendak pentadbir sebelum yang lalu. Malah pentadbir sebelum bagai dipaksa menyediakan laluan bagi pantadbir sekarang.
Sekali pun Amanah prihatin dan sedar kepada kepincangan politik dan penyelewengan pentadbiran sekarang tetapi ia tidak mungkin menjadikan dirinya terikat dengan rentak dan arah puak pembangkang rasmi. Tetapi suara yang diutarakan oleh Amanah dipercayai boleh menyakitkan keselesaan pemerintah dan politik parti yang berkuasa.
Sebagaimana sakitnya pentadbiran Tun Razak dan Tun Hussein Onn atas kritik tajam Tunku, maka begitulah kmungkinan bisanya  saranan Amanah Ku Li yang menusuk pangkal kalbu pentadbiran Najib.
Kerabat Amanah payah bersekutu  dengan pembangkang, kerana ia adalah warisan Tunku sama seperti kerabat pentadbiran sekarang adalah juga warisan Tunku, justeru ia sudah berada di luar pentadbiran mulai nampak kelemahan dan kepincangan pentadbiran serta kesan buruknya kepada negara dan rakyat.
Maka melalui Amanah orang lama BN ini bercadang memainkan nada dan irama yang pernah didendangkan oleh Tunku selepas bersara terhadap pentadbiran selepasnya hingga ke sejurus selepas terhadamnya UMNO di zaman Dr Mahathir sebelum dia meninggal dunia.
Amanah bercadang untuk menjadi seperti itu dan nadanya sejalan dengan rentak pakatan pembangkang yang ada.
Kalau Najib dan pentadbirannya sakit dan cemas menghadapi kesatuan pembangkang dan penyokong-penyokongnya, maka kedatangan Amanah boleh menambah sakit dan cemasnya.
Sekali pun Amanah ada matlamatnya sendiri, tetapi ia dapat memberi nilai tambah kepada suara dan kebangkitan pembangkang. Dengan ini keburukan yang dikatakan menyelubungi Najib, partinya dan pentadbirannya, bukan sekadar diwarwarkan oleh pembangkang bahkan ia dirasakan sama setengah orang UMNO.
Hanya orang UMNO yang ada kepentingan diri menyanggupi apa saja dari Najib dan pentadbirannya, tetapi bagi UMNO yang sudah tidak banyak kepentingan diri lagi, bahkan terasa perlunya kepeantingan rakyaat dan negara dipertahankan, merasa bertanggungjawab melakukan sesuatu      seperti yang dilakukan oleh Tunku di zaman tuanya dan sebelum meninggalnya.
Ku Li dapat pula mengajak rakan-rakan lamanya dari kerabat Barisan Nasional yang lain untuk berkongsi khidmat dan sumbangan orang tua bagi menyekat keburukan pentadbiran dan pimpinannya.
Apa yang lebih penting dari Amanah selain dari ia menyeru kepada perubahan seawal mungkin? Perubahan itulah yang dikehendaki oleh pembangkang, oleh Bersih 2.0 dan oleh sekalian rakyat yang menutup mulut.
Perubahan apa yang diserukan oleh Amanah itu? Tentulah perubahan kepada pentadbiran yang lain. Amanah tentunya cenderung mengakalkan pentadbiran itu kepada parti yang sama, tetapi ia mahu pentadbiran saja berubah. Kalau pentadbiran dan kepimpinan itu tidak diubah perubahan akan pergi kepada pembangkang.
Justeru parti itu tidak berdaya melakukan perubahan, maka perubahan  mestilah melalui parti lain iaitu pembangkang bersatu di bawah Pakatan Rakyat.
Walau pun Amanah lahir lambat dari Perkasa, tetapi Amanah adalah untuk menuyatan dan mendedahkan Perkasa itu tidak berguna baik untuk tujuan perubahan mahu pun untuk mempertahankan pentadbiran dan pimpinan yang pincang dan tidak berguna.
Read More - Ku Li dan AMANAH!

Oh! Lu Boleh Blah Laaa Gobala....hak3, wak tadaaa kesah...

Oh! Krai Utara

Share

Ahli Parlimen Padang Serai 'N.Gobalakrishnan' Akhirnya Buat Keputusan Lepas Semua Jawatan Daripada Parti Keadilan Rakyat Mulai Hari Ini !!


Selepas dikecohkan akibat teguran dan kritikan pedasnya terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahimsusulan perlantikan R.Surendran sebagaiNaib Presiden PKR yang dilantik baru-baru ini, akhirnya N.Gobalakrisnan(foto) mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatannya daripadaParti Keadilan Rakyat (PKR). Keputusan itu dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau hari ini. Gobala selaku Ahli Parlimen Padang Serai juga menyatakan bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuahBadan Bukan Kerajaan (NGO) yang baru. Biar pun ramai pihak dalam PKR yang gembira dengan keputusan beliau ini, namun bagi kami Gobala adalah antara pejuang tulen dalam PKR sejak sekian lama. Beliau rela bertempur dengan pihak polis dan sanggup diperlakukan apa saja demi mempertahankan Anwar Ibrahim. Malah, dalam ceramah-ceramahnya beliau begitu berani mengkritik kerajaan UMNO BN tanpa rasa takut dan gentar. Melihat kepada jasa dan sumbangan beliau kepada PKR selama ini, maka adalah amat wajar dia diangkat sebagai pemimpin PKR yang mewakili kaum India dalam parti itu. Namun, tindakan Anwar mengambil Peguamnya yang langsung tidak bertanding dalam Pemilihan PKR 2010lalu jelas sekali satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Surendran walau pun hebat di mata Anwar, namun bagi rakyat jelata Gobalakrisnan jauh lebih hebat dari itu. Makanya, adalah lebih baik Gobala diangkat sebagai pemimpin India dalam parti itu. Namun, kenapa ini tidak berlaku?. Inilah yang menjadi masalah dan menyebabkan ketegangan yang berlaku dalam parti itu sebenarnya, Makanya perginya Gobala adalah satu kehilangan besar buat PKR. Apakah lebih ramai lagi yang akan pergi meninggalkan parti itu selepas ini agaknya. -ihsan pahang daily
Read More - Oh! Lu Boleh Blah Laaa Gobala....hak3, wak tadaaa kesah...

Isu Kerajaan Perpaduan: Pimpinan DAP,PKR tak puas hati perangai pemimpin PAS

Oh! Krai Utara

Share
Pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PAS dengan presiden dan timbalan presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasm parti Islam itu. “Sebagai ahli Parlimen dan sebahagian daripada Pakatan, saya merasakan bahawa mereka harus berunding dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR dan juga DAP. “Mengapa mereka (PAS) harus pergi (hadir pertemuan itu)? Bagi PKR, secara jujur kami tiada petunjuk mengenai perkara ini, dan saya tidak fikir pemimpin-pemimpin kanan parti juga tahu mengenainya jika tidak dilaporkan oleh media,” kata Ahli Parlimen PKR dari Kapar S. Manikavasagam. Manikavasagam berkata, PAS juga perlu “menghormati” anggota komponen Pakatan Rakyat dan tindakan pemimpin-pemimpin parti Islam itu boleh menjejaskan perikatan pembangkang itu dalam pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini. “Ini adalah tahun kritikal bagi Pakatan... kita tidak mahu kejadian-kejadian menikam dari belakang atau mengumpat, kita perlu bersama dalam hal ini. “Sesetengah ahli Parlimen Pakatan macam saya adalah orang kecil, jadi kami tidak tahu apa yang perlu di peringkat atasan... tetapi pemimpin-pemimpin atasan juga tidak tahu. PAS perlu menghormati anggota-anggota lain dalam Pakatan,” kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR ini. Justeru kata beliau, PAS perlu mendedahkan butiran hasil perbincangan itu. “Bagi tahu kami. Apakah kami bukan anggota yang sama taraf (dalam Pakatan)? Orang ramai, penyokong kami juga ingin tahu... jika ia pertemuan antara pemimpin-pemimpin kanan BN dan Pakatan, kesemua wakil ketiga-tiga parti (dalam Pakatan) harus pergi (hadir sama),” kata Manikavasagam. Dalam laporan terbaru semalam, The Malaysian Insider melaporkan, pemimpin-pemimpin Umno dan PAS terpaksa mengakhiri perundingan ‘perpaduan Melayu’ di Istana Terengganu pada 24 Disember lalu selepas pertemuan mereka mula menyentuh isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam. The Malaysian Insider difahamkan seorang pemimpin Umno pada pertemuan itu bercakap mengenai keperluan perpaduan orang Melayu atas alasan bukan Melayu mengambil kesempatan dengan perpecahan di kalangan orang Melayu dengan membuat pelbagai permintaan termasuk menuntut penggunaan kalimah “Allah” — merujuk kepada langkah Gereja Katolik yang mahu menggunakan perkataan itu dalam akhbar versi Bahasa Malaysia mereka. Bagaimanapun difahamkan bahawa pada peringkat itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membantah dengan menyebut bahawa ayahanda Nabi Muhammad s.a.w., Abdullah juga pernah menggunakan kalimah “Allah” walaupun dia merupakan bukan Islam. “Kemudian perbincangan mereka berakhir apabila Agong meminta diri dan Nik Aziz juga meminta diri (keluar daripada perbincangan), dengan mengatakan sakit belakang,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Kelmarin, Nik Aziz enggan mengumumkan butiran perkara yang disentuh dalam pertemuan tersebut dengan berkata, beliau menghadiri pertemuan di Istana Terengganu di sini atas undangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan isu politik. Kata beliau, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Abdullah ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas. “Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya. Nik Aziz membuat penjelasan itu pada sidang akhbar yang turut dihadiri Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik. “Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu,” katanya. Begitu juga pendirian Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mahu PAS menjelaskan “perundingan perpaduan Melayu.” “Satu kenyataan daripada PAS untuk menjelaskan isu ini adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan,” kata wakil rakyat ini. “Biar PAS keluarkan kenyataan rasmi untuk mengulangi kedudukan dan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat,” katanya lagi. Bagaimanapun Loke yakin PAS akan kekal setia dalam Pakatan Rakyat. “Ramai pemimpin dalam PAS terkenal sebagai penyokong kuat Pakatan seperti Mat Sabu, Nik Aziz, (Datuk) Husam (Musa) and Salahuddin Ayub. Malam tadi, dalam satu ceramah, Mat Sabu secara terbuka mengulangi bahawa beliau akan memastikan PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat,” kata beliau yang nama sebenarnya Mohamad Sabu. Mohamad Sabu dan Husam merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat manakala Salahuddin pula salah seorang daripada tiga naib presiden. Bagaimanpun Naib Presiden PKR Chua Tian Chang menyifatkan pertemuan Umno dan PAS itu sebagai perkembangan biasa. “Saya tidak melihat ia sebagai satu perkara besar,” kata beliau sambil menambah, sebagai pembangkang, jika seseorang menjemput kami, mengapa pula tidak mengadakan pertemuan dengan mereka. “Saya merasakan bahawa persoalan yang perlu ditanya ialah mengapa Najib mahu bertemu dengan PAS?” kata Chua kepada The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Batu ini berkata, adalah sesuatu yang normal bagi pemimpin-pemimpin Pakatan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatan mereka dari BN secara “sulit” untuk membincangkan perkara-perkara tertentu. “Ada juga mereka dari Pakatan Rakyat yang bertemu dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein diam-diam berhubung isu Suara Keadilan. Saya tidak melihat pertemuan ini satu petanda bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua yakin PAS akan kekal dalam perikatan pembangkang itu. “Ia dilaporkan sebagai perundingan perpaduan. Tidak pula dilaporkan PAS berminat dengannya,” kata Pua lagi. Ahli Parlimen ini menambah, undangan Umno kepada PAS itu menunjukkan parti pemerintah kerajaan pusat itu dan juga teras dalam BN tidak ikhlas dalam mengamalkan konsep 1 Malaysia. “Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Umno tidak jujur dengan slogan 1 Malaysia atau matlamat mereka hanya tentang soal perpaduan Melayu Islam dan bukannya perpaduan rakyat Malaysia,” kata Pua. Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan mengulas sehingga PAS mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan 24 Disember itu. “Sebelum saya komen, kita tunggu dulu satu laporan daripada PAS apa sebenarnya pertemuan itu terlebih dahulu,” kata Lim yang juga wakil rakyat kawasan Parlimen Ipoh Timur.(m/insider)
Read More - Isu Kerajaan Perpaduan: Pimpinan DAP,PKR tak puas hati perangai pemimpin PAS

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...