Oh! Artis: Petinju Vietnam Tercantik Yang Masih Berusia 15 Tahun...cantik wa cakap lu!
Oh! Krai Utara
Buat Cowok hati-hati bila bertemu dengan Gadis Cantik ini kerana boleh buat mata kamu tak berkedip plus Hidung Mimisan seperti di film-film. Tran Thi Kim Ngan nama Atlit Boxing Wanita bertubuh seksi asal Vietnam ini. Lahir pada tahun 1997, memiliki karier olahraga yang bagus meski umurnya masih sangat muda 15 tahun dan masih aktif bersekolah. Sebelum banting stir menjadi petinju Tran Thi Kim Ngan pernah memenangi Kejuaraan Nasional ketika dia masih menjadi Atlit Renang dan Aerobik. Dalam setiap penampilan pertandingannya, Kim Ngan berhasil membuat jutaan lelaki di Vietnam terpukau oleh Kecantikan dan Keberingasannya ketika bertarung. Dan seluruh media Entertaiment di Vietnam akan menobatkannya sebagai Petinju Wanita Termuda dan Paling Cantik di Vietnam untuk 2013 nanti. Sahabat anehdankonyol.com, Berikut foto-fotonya selengkapnya : anehdankonyol
Oh! Wanita warga asing disuruh makan kertas di malaysia
Oh! Krai Utara
105 dipaksa makan kertas
myMetro
PELABUHAN KLANG: Seramai 105 wanita warga asing bukan saja dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak dibayar gaji sejak enam bulan lalu oleh sebuah syarikat agensi pembantu rumah yang beroperasi di Bandar Baru Klang, di sini.Mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun itu diperdaya menjadi pembantu rumah secara bulanan dan harian, namun tidak menerima gaji selepas berkhidmat sejak enam bulan lalu dengan alasan mereka perlu menyerahkan gaji selama tujuh bulan sebagai bayaran untuk bekerja di Malaysia.Mereka yang terdiri daripada 95 warga Indonesia dan masing-masing enam dan empat warga Filipina itu, diselamatkan dalam Ops Khas 6P Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, serbuan jam 7.45 pagi itu mendapati semua wanita terbabit dikurung di tingkat tiga dan empat premis syarikat agensi pembantu rumah berkenaan.Beliau berkata, wanita terbabit turut mendakwa dikasari selain makanan dicatu agensi berkenaan dan ada antara mereka yang dipaksa makan kertas surat khabar setiap kali cuba melawan atau menuntut hak mereka.“Setiap pagi, agensi ini akan menghantar mangsa dengan van ke rumah dan pejabat di Klang untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang cuci dengan pendapatan RM700 sebulan.
Oh! Najib tak dapat sembunyikan rasa bimbang di SABOTAJ! dalam pru
Oh! Krai Utara
Najib: 'Saya khuatir sikit soal kita sesama kita'Abdul Rahim SabriMalaysiakini Dis 1 2012Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menyembunyikan kekhuatiran terhadap kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.Walau percaya bahawa sokongan umum akan memihak kepada BN, Najib tetap bimbang bahawa beliau akan menghadapi tindakan sedemikian daripada pemimpin Umno yang tidak dipilih sebagai calon."Saya percaya musuh kita tidak kuat... saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN... yang saya khuatir satu sahaja.... sikit sahaja.. soal kita sesama kita," tegasnya dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.Sepertimana dalam perhimpunan terdahulu, Najib turut meminta perwakilan membacakan ikrar agar taat kepada parti serta bekerja demi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih."Saya beri lima kemungkinan. Pertama sokong sepenuhnya calon yang dipilih parti; kedua, sokong; ketiga, tidak bekerja; keempat, sabotaj dan kelima lompat parti," katanya.Tambahnya, soalan berkenan lebih penting untuk dijawab daripada kajian yang menunjukkan sokongan besar pada BN - seperti dikemukakan naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya."Sebab itu dalam perhimpunan ini kita mesti kata kita mesti dengan suara yang cukup hebat bahawa jawapan yang kita hendak 'adalah saya tetap akan sokong BN'," kata Najib yang disambut laungan "Boleh" sebanyak tiga kali oleh para perwakilan."Kalau itu jawapannya yang sebenarnya dalam hati kita, Insya-Allah, akan memberi kemenangan kepada Umno dan BN (dalam pilihan raya umum)," tambahnya.Najib seterusnya meminta para perwakilan membawa soalan itu pulang untuk difikir secara mendalam dan mengawasi golongan penghasut - yang digelarkan "tukang kipas dan "batu ronson" di dalam parti."..dalam kereta, dalam bas ekspres, cuba tepuk dada tanya selera... Kita nak bawa semangat ini, kita nak menghayati semangat ini, (apabila) kita nak jumpa penyokong kita bila balik," katanya.Sekiranya ahli berkenaan tidak kuat iman, "sokongan penuh" kepada calon berkenaan mungkin akan menyebabkan mereka berubah pandangan sehingga melakukan sabotaj ke atas parti, kata Najib."Jangan lupa ada juga bekas menteri, bekas timbalan menteri yang telah mengkhianati parti... kerana gila jawatan, kerana dirasuk orang tertentu sekarang jadi orang yang menentang Umno dan BN," katanya.