Oh! Sponge bob yang kaler kuning tu pon najib takut, Patutlaaa
Oh! Krai Utara
Ku Li dan AMANAH!
Oh! Krai Utara
Selamat lahir Amanah Ku Li
Subky Latif |
TENGKU Razaleigh Hamzah bersama beberapa orang rakannya dari kerabat veteran Barisan Nasional, termasuk mantan menteri, wajar dialu-alukan apabila berjaya melahirkan sebuah NGO baru yang dinamai AMANAH atau Angkatan Amanah Merdeka. NGO ini bersandar kepada semangat amanah, keadilan dan kemerdekaan yang dikatakan diwarisi dari wawasan Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Malaysia. Syabas kepadanya kerana dapat mengumbul bersamanya Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil, Bujang Ulis, Dato S. Subramaniam, kebas Timbalan Presiden MIC dan Ong Tee Kiat, bekas Presiden MCA dan ramai lagi. Cuma Ku Li belum dapat mengajak sama Tun Musa Hitam, Tun Abdul Rahman Yaakub, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan lain-lain. Kiranya beberapa nama ini dapat ikut serta, Amanah akan menjadi sebuah kelab pengamat politik dan sosial yang amat menarik. Amanah seperti Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra, selepas tidak terlibat dalam politik yang aktif, diharap dapat mengamati perkembangan politik semasa dan prihatin terhadap jalan serta arah tuju pentadbiran hari ini bagi memanda negara dan rakyat terus berada di jalan yang lurus dan betul. Dengan pandangan awal Tengku Razaleigh itu tidak nampak Tun Dr. Mahathir yang sesinis manapun sikapnya terhadap pentadbiran yang ada akan ikut bersamanya. Demkian juga Tun Abdullah Badawi. Justeru pentadbiran yang ada adalah mempusakai zaman mereka, malah segala kepincangan yang ada itu adalah tambahan dari perjalanan lamanya. Bahkan sebahagian dari kerosakan itu seperti skendal pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia berlaku dalam pentadbiran sebelum ini, dan berkemungkinan ia bermula di zaman Dr. Mahathir. Pemilihan kepada pentadbir sekarang bukan sekadar atas kemahuan pentadbir sebelum ini, tetapi ia adalah kehendak pentadbir sebelum yang lalu. Malah pentadbir sebelum bagai dipaksa menyediakan laluan bagi pantadbir sekarang. Sekali pun Amanah prihatin dan sedar kepada kepincangan politik dan penyelewengan pentadbiran sekarang tetapi ia tidak mungkin menjadikan dirinya terikat dengan rentak dan arah puak pembangkang rasmi. Tetapi suara yang diutarakan oleh Amanah dipercayai boleh menyakitkan keselesaan pemerintah dan politik parti yang berkuasa. Sebagaimana sakitnya pentadbiran Tun Razak dan Tun Hussein Onn atas kritik tajam Tunku, maka begitulah kmungkinan bisanya saranan Amanah Ku Li yang menusuk pangkal kalbu pentadbiran Najib. Kerabat Amanah payah bersekutu dengan pembangkang, kerana ia adalah warisan Tunku sama seperti kerabat pentadbiran sekarang adalah juga warisan Tunku, justeru ia sudah berada di luar pentadbiran mulai nampak kelemahan dan kepincangan pentadbiran serta kesan buruknya kepada negara dan rakyat. Maka melalui Amanah orang lama BN ini bercadang memainkan nada dan irama yang pernah didendangkan oleh Tunku selepas bersara terhadap pentadbiran selepasnya hingga ke sejurus selepas terhadamnya UMNO di zaman Dr Mahathir sebelum dia meninggal dunia. Amanah bercadang untuk menjadi seperti itu dan nadanya sejalan dengan rentak pakatan pembangkang yang ada. Kalau Najib dan pentadbirannya sakit dan cemas menghadapi kesatuan pembangkang dan penyokong-penyokongnya, maka kedatangan Amanah boleh menambah sakit dan cemasnya. Sekali pun Amanah ada matlamatnya sendiri, tetapi ia dapat memberi nilai tambah kepada suara dan kebangkitan pembangkang. Dengan ini keburukan yang dikatakan menyelubungi Najib, partinya dan pentadbirannya, bukan sekadar diwarwarkan oleh pembangkang bahkan ia dirasakan sama setengah orang UMNO. Hanya orang UMNO yang ada kepentingan diri menyanggupi apa saja dari Najib dan pentadbirannya, tetapi bagi UMNO yang sudah tidak banyak kepentingan diri lagi, bahkan terasa perlunya kepeantingan rakyaat dan negara dipertahankan, merasa bertanggungjawab melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh Tunku di zaman tuanya dan sebelum meninggalnya. Ku Li dapat pula mengajak rakan-rakan lamanya dari kerabat Barisan Nasional yang lain untuk berkongsi khidmat dan sumbangan orang tua bagi menyekat keburukan pentadbiran dan pimpinannya. Apa yang lebih penting dari Amanah selain dari ia menyeru kepada perubahan seawal mungkin? Perubahan itulah yang dikehendaki oleh pembangkang, oleh Bersih 2.0 dan oleh sekalian rakyat yang menutup mulut. Perubahan apa yang diserukan oleh Amanah itu? Tentulah perubahan kepada pentadbiran yang lain. Amanah tentunya cenderung mengakalkan pentadbiran itu kepada parti yang sama, tetapi ia mahu pentadbiran saja berubah. Kalau pentadbiran dan kepimpinan itu tidak diubah perubahan akan pergi kepada pembangkang. Justeru parti itu tidak berdaya melakukan perubahan, maka perubahan mestilah melalui parti lain iaitu pembangkang bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Walau pun Amanah lahir lambat dari Perkasa, tetapi Amanah adalah untuk menuyatan dan mendedahkan Perkasa itu tidak berguna baik untuk tujuan perubahan mahu pun untuk mempertahankan pentadbiran dan pimpinan yang pincang dan tidak berguna. |
Oh! Balasan Si Bapa Durjana! Di Hukum 45 tahun penjara, 30 sebatan...
Oh! Krai Utara
RAUB - Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang sub kontraktor yang boleh digelar seperti haruan makan anak kerana sanggup memperkosa anak kandung ketika isteri keluar mencari rezeki.
Hukuman itu setelah dia didapati bersalah dengan tiga tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun, ketika kejadian.
Berdasarkan pertuduhan, dia melakukan perbuatan keji itu antara jam 4.30 dan 5 petang, dua hari berturut-turut iaitu 19 dan 20 Julai tahun lalu di sebuah rumah di Kerambit, Lipis dekat sini.
Tidak cukup itu, dia sekali lagi memuaskan nafsunya terhadap mangsa kira-kira jam 7 pagi, keesokannya.
Berdasarkan keterangan, ketika isterinya yang juga ibu tiri mangsa tiada di rumah, lelaki itu memanggil mangsa masuk ke bilik tidur dan menyuruhnya membuka pakaian lalu merogolnya.
Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan lelaki berkenaan ditahan pada tengahari, sehari selepas itu.
Berdasarkan siasatan, mangsa rupa-rupanya dirogol berkali-kali sejak berusia sembilan tahun iaitu selepas lelaki tersebut bercerai dengan ibu kandung mangsa kira-kira tujuh tahun lalu.
Kejadian dipercayai menghantui mangsa kerana bapanya itu selalu mengambil kesempatan ketika ibu tirinya tiada di rumah.
Akibatnya, Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhi hukuman penjara 15 tahun, 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan secara berasingan dari hari tangkapan.
Ironinya, lelaki itu meneruskan kehidupannya dalam penjara selama 45 tahun dengan 30 sebatan rotan

Oh! Ustaz jangan guna agama untuk isi perut aja....
Oh! Krai Utara
di salin dari mkini:
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang.
"Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan.
"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang.
"Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, ulama muda yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengingatkan golongan peniaga supaya beretika dalam perniagaan.
"Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang.
Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan.
"Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini."
Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya:
Read More - Oh! Ustaz jangan guna agama untuk isi perut aja....

- Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan.
- Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
- Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya.