OH! Jual mercun di akhir Piala Malaysia, pekerja kantin dipenjara

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini Sabtu lepas, dia dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sh Ahmad Sh Othman, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 95 biji mercun pelbagai jenis semasa ditahan di Stesen LRT di stadium itu pada 11 malam Sabtu lepas.
Sh Ahmad, pekerja kantin sekolah, diarah menjalani hukuman itu berkuatkuasa semalam.
Dia didakwa memiliki 40 biji mercun “bola”, 40 biji mercun “ketupat” dan 15 biji mercun “bunga api gasing” semasa ditahan. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...