Pegawai Trafik Sanggup Gadai Nyawa Nak Bagi Saman

Oh! Krai Utara

Share

Pegawai trafik bertanggungjawab ini sanggup bergadai nyawa dengan hanya berpaut pada wiper depan bas yang bergerak laju sejauh 1 km semata-mata hendak menyerahkan surat saman kepada pemandu bas yang telah melakukan kesalahan jalan raya. 
Peristiwa yang berlaku di Hanoi, Vietnam menyaksikan LeftenanNguyen Manh Phan dengan beraninya tanpa menghiraukan keselamatan dirinya memaksa pemandu bas supaya berhenti. Akhirnya pemandu bas tersebut berjaya diberkas. Saksikan video aksi ngeri ini. [dailymail] 
Read More - Pegawai Trafik Sanggup Gadai Nyawa Nak Bagi Saman

Oh! Balasan Si Bapa Durjana! Di Hukum 45 tahun penjara, 30 sebatan...

Oh! Krai Utara

Share
RAUB - Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang sub kontraktor yang boleh digelar seperti haruan makan anak kerana sanggup memperkosa anak kandung ketika isteri keluar mencari rezeki.

Hukuman itu setelah dia didapati bersalah dengan tiga tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun, ketika kejadian.

Berdasarkan pertuduhan, dia melakukan perbuatan keji itu antara jam 4.30 dan 5 petang, dua hari berturut-turut iaitu 19 dan 20 Julai tahun lalu di sebuah rumah di Kerambit, Lipis dekat sini.

Tidak cukup itu, dia sekali lagi memuaskan nafsunya terhadap mangsa kira-kira jam 7 pagi, keesokannya.

Berdasarkan keterangan, ketika isterinya yang juga ibu tiri mangsa tiada di rumah, lelaki itu memanggil mangsa masuk ke bilik tidur dan menyuruhnya membuka pakaian lalu merogolnya.

Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan lelaki berkenaan ditahan pada tengahari, sehari selepas itu.

Berdasarkan siasatan, mangsa rupa-rupanya dirogol berkali-kali sejak berusia sembilan tahun iaitu selepas lelaki tersebut bercerai dengan ibu kandung mangsa kira-kira tujuh tahun lalu.

Kejadian dipercayai menghantui mangsa kerana bapanya itu selalu mengambil kesempatan ketika ibu tirinya tiada di rumah.

Akibatnya, Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhi hukuman penjara 15 tahun, 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan secara berasingan dari hari tangkapan.

Ironinya, lelaki itu meneruskan kehidupannya dalam penjara selama 45 tahun dengan 30 sebatan rotan
Read More - Oh! Balasan Si Bapa Durjana! Di Hukum 45 tahun penjara, 30 sebatan...

Oh Artis::Belaian lelaki jambu

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR: Ketika usaha pembanterasan banyak ditumpukan terhadap gadis urut yang menawarkan khidmat seks, ramai mungkin terlepas pandang terhadap ‘jejaka urut’ yang turut menyediakan khidmat serupa terhadap golongan sejenis yang bernafsu songsang. JIJIK…pakej unik dan pelik. Seorang pelanggan tetap sebuah pusat urut untuk golongan gay yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel, 30, mendedahkan kepada Metro Ahad, khidmat disediakan di premis yang sering dikunjunginya adalah pelbagai dan lebih ‘advanced’ daripada rumah urut biasa. READ MORE
Read More - Oh Artis::Belaian lelaki jambu

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...