Ku Li dan AMANAH!

Oh! Krai Utara

Share

Selamat lahir Amanah Ku Li


Subky Latif   
TENGKU Razaleigh Hamzah bersama beberapa orang rakannya dari kerabat veteran Barisan Nasional, termasuk mantan menteri, wajar dialu-alukan apabila berjaya melahirkan sebuah NGO baru yang dinamai AMANAH atau Angkatan Amanah Merdeka.
NGO ini bersandar kepada semangat amanah, keadilan dan kemerdekaan yang dikatakan diwarisi dari wawasan Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Malaysia.
Syabas kepadanya kerana dapat mengumbul bersamanya Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil, Bujang Ulis, Dato S. Subramaniam, kebas Timbalan Presiden MIC  dan Ong Tee Kiat, bekas Presiden MCA dan ramai lagi.
Cuma Ku Li belum dapat mengajak sama Tun Musa Hitam, Tun Abdul Rahman Yaakub, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan lain-lain. Kiranya beberapa nama ini dapat ikut serta, Amanah akan menjadi sebuah kelab pengamat politik dan sosial yang amat menarik.
Amanah seperti Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra, selepas tidak terlibat dalam politik yang aktif, diharap dapat mengamati perkembangan politik semasa dan prihatin terhadap jalan serta arah tuju pentadbiran hari ini bagi memanda negara dan rakyat terus berada di jalan yang lurus dan betul.
Dengan pandangan awal Tengku Razaleigh itu tidak nampak Tun Dr. Mahathir yang sesinis manapun sikapnya terhadap pentadbiran yang ada akan ikut bersamanya. Demkian juga Tun Abdullah Badawi. Justeru pentadbiran yang ada adalah mempusakai zaman mereka, malah segala kepincangan yang ada itu adalah tambahan dari perjalanan lamanya. Bahkan sebahagian dari kerosakan itu seperti skendal pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia berlaku dalam pentadbiran sebelum ini, dan berkemungkinan ia bermula di zaman Dr. Mahathir.
Pemilihan kepada pentadbir sekarang bukan sekadar atas kemahuan pentadbir sebelum ini, tetapi ia adalah kehendak pentadbir sebelum yang lalu. Malah pentadbir sebelum bagai dipaksa menyediakan laluan bagi pantadbir sekarang.
Sekali pun Amanah prihatin dan sedar kepada kepincangan politik dan penyelewengan pentadbiran sekarang tetapi ia tidak mungkin menjadikan dirinya terikat dengan rentak dan arah puak pembangkang rasmi. Tetapi suara yang diutarakan oleh Amanah dipercayai boleh menyakitkan keselesaan pemerintah dan politik parti yang berkuasa.
Sebagaimana sakitnya pentadbiran Tun Razak dan Tun Hussein Onn atas kritik tajam Tunku, maka begitulah kmungkinan bisanya  saranan Amanah Ku Li yang menusuk pangkal kalbu pentadbiran Najib.
Kerabat Amanah payah bersekutu  dengan pembangkang, kerana ia adalah warisan Tunku sama seperti kerabat pentadbiran sekarang adalah juga warisan Tunku, justeru ia sudah berada di luar pentadbiran mulai nampak kelemahan dan kepincangan pentadbiran serta kesan buruknya kepada negara dan rakyat.
Maka melalui Amanah orang lama BN ini bercadang memainkan nada dan irama yang pernah didendangkan oleh Tunku selepas bersara terhadap pentadbiran selepasnya hingga ke sejurus selepas terhadamnya UMNO di zaman Dr Mahathir sebelum dia meninggal dunia.
Amanah bercadang untuk menjadi seperti itu dan nadanya sejalan dengan rentak pakatan pembangkang yang ada.
Kalau Najib dan pentadbirannya sakit dan cemas menghadapi kesatuan pembangkang dan penyokong-penyokongnya, maka kedatangan Amanah boleh menambah sakit dan cemasnya.
Sekali pun Amanah ada matlamatnya sendiri, tetapi ia dapat memberi nilai tambah kepada suara dan kebangkitan pembangkang. Dengan ini keburukan yang dikatakan menyelubungi Najib, partinya dan pentadbirannya, bukan sekadar diwarwarkan oleh pembangkang bahkan ia dirasakan sama setengah orang UMNO.
Hanya orang UMNO yang ada kepentingan diri menyanggupi apa saja dari Najib dan pentadbirannya, tetapi bagi UMNO yang sudah tidak banyak kepentingan diri lagi, bahkan terasa perlunya kepeantingan rakyaat dan negara dipertahankan, merasa bertanggungjawab melakukan sesuatu      seperti yang dilakukan oleh Tunku di zaman tuanya dan sebelum meninggalnya.
Ku Li dapat pula mengajak rakan-rakan lamanya dari kerabat Barisan Nasional yang lain untuk berkongsi khidmat dan sumbangan orang tua bagi menyekat keburukan pentadbiran dan pimpinannya.
Apa yang lebih penting dari Amanah selain dari ia menyeru kepada perubahan seawal mungkin? Perubahan itulah yang dikehendaki oleh pembangkang, oleh Bersih 2.0 dan oleh sekalian rakyat yang menutup mulut.
Perubahan apa yang diserukan oleh Amanah itu? Tentulah perubahan kepada pentadbiran yang lain. Amanah tentunya cenderung mengakalkan pentadbiran itu kepada parti yang sama, tetapi ia mahu pentadbiran saja berubah. Kalau pentadbiran dan kepimpinan itu tidak diubah perubahan akan pergi kepada pembangkang.
Justeru parti itu tidak berdaya melakukan perubahan, maka perubahan  mestilah melalui parti lain iaitu pembangkang bersatu di bawah Pakatan Rakyat.
Walau pun Amanah lahir lambat dari Perkasa, tetapi Amanah adalah untuk menuyatan dan mendedahkan Perkasa itu tidak berguna baik untuk tujuan perubahan mahu pun untuk mempertahankan pentadbiran dan pimpinan yang pincang dan tidak berguna.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...