oH aRTis : Zarina Anjoulie bikin panas lagi .......wow!

Oh! Krai Utara

Share



Dia bikin panas lagi. Alahai la... Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul. Lepas satu, satu kontroversi berkaitan dicetus pelakon-model kacukan Melayu-Iran dan Scottish ni.

Belum pun habis mengenai isu dia berperang dengan bintang Akademi Fantasia (AF6) Lufya, baru-baru ini.

Berita terkini, sekeping foto yang menunjukkan dia di cium oleh seorang lelaki, telah terpampang di laman twitter miliknya sekaligus dengan sepantas kilat menjadi tatapan di ruang internet. Siapakah gerangan lelaki itu?

Dan... lepas ni apa lagi kontroversi mengenainya yang bakal timbul?? Heh.

- mD source

Read More - oH aRTis : Zarina Anjoulie bikin panas lagi .......wow!

Oh! Balasan Si Bapa Durjana! Di Hukum 45 tahun penjara, 30 sebatan...

Oh! Krai Utara

Share
RAUB - Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang sub kontraktor yang boleh digelar seperti haruan makan anak kerana sanggup memperkosa anak kandung ketika isteri keluar mencari rezeki.

Hukuman itu setelah dia didapati bersalah dengan tiga tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun, ketika kejadian.

Berdasarkan pertuduhan, dia melakukan perbuatan keji itu antara jam 4.30 dan 5 petang, dua hari berturut-turut iaitu 19 dan 20 Julai tahun lalu di sebuah rumah di Kerambit, Lipis dekat sini.

Tidak cukup itu, dia sekali lagi memuaskan nafsunya terhadap mangsa kira-kira jam 7 pagi, keesokannya.

Berdasarkan keterangan, ketika isterinya yang juga ibu tiri mangsa tiada di rumah, lelaki itu memanggil mangsa masuk ke bilik tidur dan menyuruhnya membuka pakaian lalu merogolnya.

Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan lelaki berkenaan ditahan pada tengahari, sehari selepas itu.

Berdasarkan siasatan, mangsa rupa-rupanya dirogol berkali-kali sejak berusia sembilan tahun iaitu selepas lelaki tersebut bercerai dengan ibu kandung mangsa kira-kira tujuh tahun lalu.

Kejadian dipercayai menghantui mangsa kerana bapanya itu selalu mengambil kesempatan ketika ibu tirinya tiada di rumah.

Akibatnya, Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhi hukuman penjara 15 tahun, 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan secara berasingan dari hari tangkapan.

Ironinya, lelaki itu meneruskan kehidupannya dalam penjara selama 45 tahun dengan 30 sebatan rotan
Read More - Oh! Balasan Si Bapa Durjana! Di Hukum 45 tahun penjara, 30 sebatan...

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...