Najib lah BAPA filem blue...satu malaysia

Oh! Krai Utara

Share

Kalau dulu2 masa kita kecik2 perkataan video lucah tak pernah laaa kita dengar, kalau ada orang dewasa cakap "video blue" pon kita tak paham apa, maklum tak pernah dengar kita benda2 camtu.
 
sekarang, usahkan kita yang dah dewasa ni bebudak yang masih berhingus dan baru pandai baca pon dah tahu apa itu video seks, kalau tak percaya try korang tanya ketua bahagian umno kawasan korang, sah bebudak tu kata dia tau!
terima kasih laaa bapak perdana menteri kerana mengajar bebudak yang tak reti tu untuk tahu apa itu seks seawal umur mereka! 

dan terbaru ni, bukan setakat di promosikan di utusan meloya, tv3, sekarang xpayah susah2 dah nak pegi beli, atau carik2 kat internet. apa ke taknya kita boleh dapat secara percuma di masjid2 pulak!

jadinya pak2 imam umno yg selama ini malu2 nak tengok blue kerana segan nak mintak cd blue dari bebudak umno, kini dengan tak malunya boleh laaa dapat sekeping dua, bleh layan ngan anak bini dia hu3. kalau dah begini jadinya...memang laaa hukum kata haram dah jadik halal..dah pak2 ustaz umno yang sokong di sebalik tabir pengedaran video lucah....otak setan laaa tu!

jamil khir pon bangga jugak laaaa kalau pak2 lebai umno dan pak jahil semuanya kaki blue...dah jadi negara pengeluar filem lucah laaa pulak malaysia ni kan? tu lah sokong lagi umno...tunggu bala dari tuhan ajer korang!













Read More - Najib lah BAPA filem blue...satu malaysia

OH Artis:Maher Zain - Insya'Allah (Malay Version)

Oh! Krai Utara

Share
Read More - OH Artis:Maher Zain - Insya'Allah (Malay Version)

Oh! Balasan Si Bapa Durjana! Di Hukum 45 tahun penjara, 30 sebatan...

Oh! Krai Utara

Share
RAUB - Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang sub kontraktor yang boleh digelar seperti haruan makan anak kerana sanggup memperkosa anak kandung ketika isteri keluar mencari rezeki.

Hukuman itu setelah dia didapati bersalah dengan tiga tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun, ketika kejadian.

Berdasarkan pertuduhan, dia melakukan perbuatan keji itu antara jam 4.30 dan 5 petang, dua hari berturut-turut iaitu 19 dan 20 Julai tahun lalu di sebuah rumah di Kerambit, Lipis dekat sini.

Tidak cukup itu, dia sekali lagi memuaskan nafsunya terhadap mangsa kira-kira jam 7 pagi, keesokannya.

Berdasarkan keterangan, ketika isterinya yang juga ibu tiri mangsa tiada di rumah, lelaki itu memanggil mangsa masuk ke bilik tidur dan menyuruhnya membuka pakaian lalu merogolnya.

Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan lelaki berkenaan ditahan pada tengahari, sehari selepas itu.

Berdasarkan siasatan, mangsa rupa-rupanya dirogol berkali-kali sejak berusia sembilan tahun iaitu selepas lelaki tersebut bercerai dengan ibu kandung mangsa kira-kira tujuh tahun lalu.

Kejadian dipercayai menghantui mangsa kerana bapanya itu selalu mengambil kesempatan ketika ibu tirinya tiada di rumah.

Akibatnya, Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhi hukuman penjara 15 tahun, 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan secara berasingan dari hari tangkapan.

Ironinya, lelaki itu meneruskan kehidupannya dalam penjara selama 45 tahun dengan 30 sebatan rotan
Read More - Oh! Balasan Si Bapa Durjana! Di Hukum 45 tahun penjara, 30 sebatan...

Oh! Tak Ada Faedah Cakap ngan Harussani...

Oh! Krai Utara

Share
Harussani Tolak Cadangan Tok Guru Nik Aziz - Harussani kata 'tak ada faedah!'
Cadangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan majlis pertemuan dan dialog antara agama bagi menangani masalah sosial mendapat reaksi berbeza dari kalangan para ulama.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan cadangan itu menyifatkan pendekatan tersebut langkah baik dalam membawa mesej keharmonian antara kaum.

Menurut Asri dengan adanya dialog ini bukan menonjolkan perspektif wujud sifat ‘kurang Islam’ sebaliknya ia platform terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini.


“Dialog antara agama ini mencari isu yang membawa kerjasama dari sudut kemasyarakatan, khususnya bagi bukan Islam untuk menerangkan kebaikan dalam Islam.
“Tiada agama yang menghalalkan zina dan arak. Sesetengah agama terlalu menekankan isu-isu spiritual dan lupa tentang gejala sosial.

Menerusi dialog ini mereka akan mendapat manfaat,” katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam Nik Aziz berkata isu meliputi judi, arak, zina dan pergaulan bebas boleh dianjurkan menerusi dialog mahupun majlis pertemuan oleh mana-mana badan bebas.

Asri juga tidak keberatan untuk turut serta jika dialog itu diadakan, namun menurut beliau Nik Aziz perlu melakukan inisiatif untuk mengadakan majlis tersebut.

“Nik Aziz perlu ada inisiatif untuk menjadikan dialog ini sebagai platform besar membincangkan isu-isu tersebut. Contohnya memulakan dialog di Kelantan,” cadang Asri.

Tidak berfaedah

Bagi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula berpandangan dialog tidak perlu dan disifatkan sebagai ‘tidak berfaedah’. Katanya, sesetengah isu yang diketengahkan kurang sesuai memandangkan hukum halal haram itu digunapakai oleh agama Islam.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan hasil dari perbincangan mengenai isu pergaulan bebas itu yang meruntuhkan moral dan akhlak hingga membawa kepada gejala sosial.

“Judi arak bagi agama lain tiada apa-apa, hanya dalam Islam yang diharamkan ke atas umat kita. Jika nak bincangkan tentang arak apa akan jadi? Tak kan kita mahu angkat tangan dan undi tanda setuju? Apa pula faedahnya kita bincang urusan keruntuhan akhlak? Apa pula tindakannya selepas itu?” soal beliau.

Beliau turut merujuk kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Dalam negara kita sudah letak perlembagaan bahawa Islam itu agama rasmi. Nak bincang buat apa lagi? Jika nak bincang isu khalwat itu bukan haram pada agama lain, tapi bagi kita haram,” katanya.

Sementara itu, merujuk kepada isu orang Islam yang bekerja di premis penyediaan minuman arak, Harussani berpendapat ia kelemahan kerajaan negeri Selangor. Beliau turut bersetuju dengan tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di premis arak.

“Betul tindakan yang dibuat MPSJ dengan melarang orang Islam bekerja di premis arak. Tapi kerajaan negeri Selangor pula bersekongkol. Mereka ada kuasa untuk buat peraturan tapi masih lemah dalam membuat perlaksanaan.

“Hukum tetap haram bagi orang Islam bekerja di premis itu, institusi sudah larang tapi kerajaan negeri Selangor tidak terima. Itu tidak betul,” jelas Harussani.

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Read More - Oh! Tak Ada Faedah Cakap ngan Harussani...

Awas! Lambang salib di baju sekolah

Oh! Krai Utara

Share
kalau korang, si mak bapak pegi membeli baju sila awas dengan perkara ni...salib pada baju kurung anak sekolah korang,
kalau sekali pandang memang tak nampak! kena perati betul2
ni lambang dia! korang tengok betul2 dia kalau xnampak jugak pakai kaca mata....
Read More - Awas! Lambang salib di baju sekolah

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...