Tok Wakil kaki tipu: Penganjur konsert dakwa ditipu Adun RM13,500

Oh! Krai Utara

Share

myMetro
KAJANG: Seorang warga emas kerugian RM13,500 apabila dipercayai diperdayakan seorang ahli politik ketika menganjurkan satu konsert Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persatuan di Tian Hou Temple, di sini, pada Februari lalu.Mangsa, Tan Kim Swee, 70, dari Pandan Perdana, Cheras di sini, kesal dengan sikap ahli politik berkenaan yang cuba lepas tangan berhubung bayaran tiket bagi persembahan itu.Katanya, dia diamanahkan ahli politik yang juga Adun kawasan itu untuk menguruskan acara terbabit dan memberi 18 buku tiket konsert bernilai RM1,000 dan RM700 bagi jumlah tetamu seramai 458 orang.“Ini kali pertama saya ditipu sepanjang 20 tahun menguruskan acara.“Saya terpaksa menanggung hutang terbabit kerana penganjur mahu saya menjelaskan wang itu segera selepas konsert habis,” katanya.Menurut Tan, keengganan Adun itu menjelaskan bayaran kepada penganjur menyebabkan dia terpaksa meminjam wang daripada kawan-kawan untuk menyelesaikan hutang terbabit.“Saya pergi ke pejabat Adun itu sebanyak tiga kali untuk meminta kembali wang konsert, tetapi tidak dilayan dan dia memberi alasan tidak mahu membayarnya serta menganggap ia percuma.“Saya sudah buntu bagaimana mahu mendapatkan wang saya kembali. Saya hanya minta RM3,800, tetapi masih tidak dipedulikan,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.Tan membuat laporan polis pada September lalu di Balai Polis Pandan bagi menuntut keadilan.

Read More - Tok Wakil kaki tipu: Penganjur konsert dakwa ditipu Adun RM13,500

Geng honda lumpuh : sindiket jual motor curi di internet

Oh! Krai Utara

Share

myMetro

KLANG: Kegiatan sindiket mencuri dan menjual motosikal yang dikenali sebagai Geng Honda lumpuh apabila polis menahan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket berkenaan, Selasa lalu.Semua lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, dalam serbuan pertama pada jam 9.15 malam, sepasukan anggota peronda pencegahan jenayah yang melakukan rondaan ternampak seorang lelaki mencurigakan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Kampung Jawa, di sini.Katanya, apabila didekati, lelaki yang bekerja sebagai mekanik sambilan itu melarikan diri sebelum berlaku pergelutan.“Suspek dapat ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui dua batang kunci ‘allen’ yang ditajamkan di dalam poket seluarnya. Polis turut merampas motosika Honda EX5 digunakan suspek.“Suspek mengaku kunci ‘allen’ miliknya digunakan untuk mencuri sebuah motosikal di kawasan Klang, namun motosikal berkenaan sudah diserahkan kepada seorang lagi anggota sindiket untuk dileraikan,” katanya pada sidang media di IPD Klang Selatan, di sini, semalam.Mohamad berkata, sejurus soal siasat, polis melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Lot 6278 Jalan Kota Raja, di sini, pada jam 10.15 malam dan menahan seorang lelaki serta menemui dua enjin motosikal di bahagian belakang rumah berkenaan.“Hasil maklumat suspek kedua, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Jalan Sungai Jati, di sini, jam 1.15 pagi dan menahan seorang lagi lelaki. “Bersama suspek, polis merampas lima motosikal iaitu Yamaha 135 LC, Honda EX5 dan Kawasaki, empat enjin serta dua rangka motosikal selain pelbagai komponen motosikal dileraikan,” katanya.Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek, polis menjumpai tiga set peralatan yang digunakan untuk menukar nombor enjin dan chasis motosikal yang dicuri.“Kumpulan ini dipercayai mencuri lebih 20 motosikal sebelum menjual terus kepada pembeli atau diiklankan dalam Internet.“Setiap satu enjin motosikal pula dijual pada harga RM200 hingga RM300 bergantung kepada jenis dan kuasa kuda enjin motosikal berkenaan,” katanya.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek pertama sebelum ini pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) kerana mencuri motosikal dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif Methapethamine.Katanya, dengan tertangkapnya tiga suspek, pihaknya menyelesaikan 10 kes curi motosikal yang pernah dilaporkan sepanjang tahun ini di Klang.Semua suspek ditahan direman seminggu sehingga 11 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi motosikal.

Read More - Geng honda lumpuh : sindiket jual motor curi di internet

Oh! Kemaluan lelaki di simbah asid ekoran perkosa gadis belasan tahun!

Oh! Krai Utara

Share

GEORGE TOWN - Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat."Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Read More - Oh! Kemaluan lelaki di simbah asid ekoran perkosa gadis belasan tahun!

Oh! Gadis penari balet bunuh diri akibat pengaruh laman web bunuh diri

Oh! Krai Utara

Share

TRIBUNNEWS.COM, LONDON -Seorang gadis remaja berusia 15tahun, bunuh diri dengan berbaring di rel keretapi, setelah ia terpengaruh mengunjungi situsyang mempromosikan perilaku menyiksa diri dan bunuh diri. Rosie Whitaker (15) yang merupakan seorang penari baletberbakat, merupakan seorang gadis yang bahagia, dengan kehidupan normal, hingga pada awal tahun ini setelah ia divonis menderita penyakit gangguan makan, bulemia. Kepada ibunya, ia pernah menceritakan bahawa dirinya kerap menyakiti dirinya sendiri, dan kerap mengunjungi situs-situs yang semakin membuatnya terpengaruh, sebelum ia menemui ajalnya di bulan Jun lalu, di dekat rumahnya yang berada di Beckenham, London. Ia menyerahkan nyawanya kepada kereta yang melintas di dekat Stesyen Pancras, London. Saksi   mengatakan mereka melihat Rosie berbaring di rel dekat stesyen Junction Beckenham ketika kereta api meluncur.Masinis kereta, Andrew Pagram mengatakan dia melihat sesuatu jatuh ke atas rel, namun ia fikir itu hanya seonggok kantong plastik, sehingga ia tidak menginjak remnya. "Ia muncul ketika sekitar dua atau tiga detik berjalan ke arahnya. Sayamenginjak rem setelah saya menyedari apa yang terjadi. Saya masih mengingat dengan jelas wajah gadis itu yang menatap lurus ke arahku" katanya.Tallulah Wilson, seorang teman Rosie, mengatakan, sahabatnya itu sempat berkunjung ke sebuah web yang mempromosikan kegiatan menyakiti diri sendiri dan anoreksia.Vanja Whitaker, ibunda Rosie, dalam pemeriksaannya mengatakan, tidak menyangka anaknya melakukan tindakan tak berakal sihat itu."Ia adalah seseorang yang perfeksionis, sangat serius dalam sekolahnya, dan ia merupakan orang yang boleh membuat orang di sekitarnya tertawa, dan tak suka menghakimi siapapun," katanya."Dia peduli dengan orang lain, dan menyukai pekerjaan sosial. Saya pernahmelihatnya melakukan tindakan yang menyakiti dirinya sendiri. Dia meminta maaf dan berjanji untuk tidak pernah melakukannya lagi," lanjutnya.Dia mengatakan bahawa puterinya telah dirujuk ke unit spesialis anoreksiaremaja di Rumah Sakit King College di London selatan.Pascakematian Rosie, keluarganya mengatakan dalam sebuah pernyataan di bulan Jun , bahawa mereka menyesalkan adanya situs dan komuniti dunia maya yang mempromosikan tindakan menyakiti diri sendiri dan bunuh diri. "Kami berharap kematian tragisnya, menjadi sebagai peringatan bagi anak-anakyang mudah dipengaruhi lainnya dan orangtua mereka bahwa situs tersebutmenimbulkan risiko serius." (dailymail)

Read More - Oh! Gadis penari balet bunuh diri akibat pengaruh laman web bunuh diri

Oh! Hishammuddin lu boleh letak jawatan laaa ni jugak!

Oh! Krai Utara

Share

Musa hassan buat pendedahan lagi

Bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Musa Hassan menggesa supaya statistik jenayah disahkan secara bebas kerana sesetengah kes mungkin salah dikelaskan.Bercakap dalam sidang akhbar semalam, Musa berkata, pada tahun 2007, beliau telah memulakan siasatan terhadap polis daerah Sentul selepas data rasmi menunjukkan jenayah berkurangan di kawasan itu."Saya tidak percaya jenayah berkurangan (di Sentul), jadi saya minta pegawai saya (dari bahagian tatatertib untuk memeriksa) dan mendapati terdapat banyak kesilapan dalam mengklasifikasikan laporan," katanya.Dalam kes Sentul, Musa (kanan) berkata, percanggahan dalam angka terbabit selepas siasatan dibuat ialah antara 20 dan 30 peratus.Ditanya sama ada beliau percaya kesilapan mengklasifikasi laporan polis boleh berlaku, Musa menjawab: "Sudah tentulah, jika anda tidak menyemaknya."Sebelum persaraannya, Musa berkata, pentadbirannya mendapat geran kerajaan yang telah digunakan untuk membiayai kajian Universiti Sains Malaysia terhadap statistik jenayah, tetapi kini beliau tidak lagi tahu mengenainya.Musa memberitahu demikian dalam sidang akhbar mengenai statistik jenayah yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch). Musa adalah penaung pertubuhan itu.

Read More - Oh! Hishammuddin lu boleh letak jawatan laaa ni jugak!

Oh! Kejamnya: Penggal kepala gadis 15 tahun kerana tolak lamaran

Oh! Krai Utara

Share

KABUL - Seorang lelaki di timur laut Wilayah Kunduz, Afghanistan, ditangkap pihak keselamatan  kerana dipercayai   memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun yang menolak lamarannya.Dia ditangkap oleh polis  bersama seorang rakannya, setelah membunuh gadis itu di hari Isnin 26/1/2012 , waktu setempat.Keduanya membunuh gadis itu sekitar 100 meter dari rumahnya, ketika  gadis itu tengah pergi mengambil air.Menurut Ketua Daerah Imam Sahib, Quraishi, tertuduh meminang gadis yang bernama Gaiseena, melalui keluarganya pada tahun lalu, namun gadis itu menolaknya.Namun Quraishi belum boleh memastikan apakah tertuduh dan seorang rakannya tersebut merupakan kerabat atau tidak.Insiden itu terjadi selang satu bulan, setelah empat anggota polis tempatan Afghanistan (ALP), dijatuhi hukuman penjara lantaran memperkosa seorang perempuan.

Read More - Oh! Kejamnya: Penggal kepala gadis 15 tahun kerana tolak lamaran

Oh! Arab Saudi penggal kepala tiga lelaki

Oh! Krai Utara

Share

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi memenggal kepala tiga lelaki disabitkan kesalahan membunuh di negara itu, semalam.Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, Mubarak Al-Harithi dan Obaidallah Al-Harithi didapati bersalah di Makkah kerana mengelar dan menembak mati seorang mangsa bernama Ayedh Al-Harithi.Seorang lagi pesalah, Majed Al-Dosari juga dipenggal kepalanya di Riyadh kerana menembak mati rakannya dari Arab Saudi, Mehmas Al-Dosari.Berdasarkan laporan rasmi, hukuman penggal kepala itu adalah kes ke-70 di negara tersebut sepanjang tahun ini.Kes rogol, pembunuhan, murtad, rompakan bersenjata dan pengedaran dadah adalah tertakluk di bawah undang-undang syariah di mana pesalah berhadapan hukuman mati. -AP

Read More - Oh! Arab Saudi penggal kepala tiga lelaki

Oh! Pukul bekas isteri dengan alat kelamin...

Oh! Krai Utara

Share

TRIBUNNEWS.COM – Seorang lelaki warga Cushing, Maine, Amerika Syarikat (AS), dijatuhkan hukuman penjara selama lima hari, kerana memukul bekas isterinya menggunakan alamat kelaminnya. Fred melakukan hal tersebut, kerana bekas  isteri menolak berhubungan seks dengannya. Fred Thomas juga dikenakan hukuman masa percubaan selama satu tahun lantaran melakukan kekerasan domestik dan perilaku tidak senonoh.Di perbicaraan, lelaki berusia 62 tahun itu mengakui semua tuduhan yang dibacakan keatasnya. Fred juga mengaku menawarkan wang sebanyak 15 poundsterling kepada mantan isterinya itu, agar   mantan isteri mau melakukan hubungan badan dengan dirinya.Insiden ini bermula pada bulan Julai 2012 lalu, saat Fred menyambangi mantan isterinya yang tinggal di kota Warren. Menurut kuasa hukumnya, Justin Andrus, kliennya melakukan hal tersebut lantaran kesal dengan gagalnya pernikahan mereka yang sudah berusia 39 tahun.Fred makin kesal saat mengetahui bekas isterinya merancang terbang ke Pakistan, untuk menemui seorang lelaki  yang baru dikenalinya di dunia maya. "Itu bukan perilakunya dalam kondisi normal," ucapnya dalam perbicaraan yang dipimpin oleh hakim Jeffrey Hjelm.Asisten peguamcara, Christopher Fernald sebelumnya menuntut Thomas dengan tujuh hari penjara. Namun hakim Jeffrey memiliki pandangan yang berbeda. "Ini adalah perilaku seksual agresif. Hal ini tidak boleh lebih ofensif," katanya.Penulis: Samuel FebriantoEditor: Dodi Esvandi

Read More - Oh! Pukul bekas isteri dengan alat kelamin...

Anu tak naik akibat main perasaan gadis siam

Oh! Krai Utara

Share

SUNGAI BULOH: Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga Thailand walaupun sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib amat malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci hingga tidak bermaya setiap kali mahu bersama isteri.Itu keluhan lelaki hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 25, yang percaya masalahnya itu angkara wanita terbabit yang ingin merosakkan rumah tangganya selepas mengugut berbuat demikian sekiranya dia berkahwin dengan wanita lain.Shahrul berkata, pada mulanya dia menyangka menghadapi masalah seksual atau lemah tenaga batin sejurus melangsungkan pernikahan dan selepas berbincang dengan isteri, mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian, namun pegawai perubatan mengesahkan dia sihat dan normal.Berikutan itu, Shahrul bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangganya.Menceritakan kembali kisahnya selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di sini, Shahrul berkata, dia kesal kerana mempermainkan perasaan wanita negara jiran itu yang juga pembantu di sebuah kedai alat telekomunikasi.

Read More - Anu tak naik akibat main perasaan gadis siam

Hot! Wanita cuba bunuh teman lelaki dengan dada bersaiz dd

Oh! Krai Utara

Share

 UNNA - Seorang wanita berdada besar, didakwa mencuba membunuh teman lelakinya, dengan cara mencekik menggunakan payudaranya yang berukuran DD.Franziska Hansen (33) didakwa dengan pasal 'percubaan pembunuhan dengan senjata', setelah peguam mangsa menyatakan, Franziska mencuba mencekiknya, sambil berpura-pura bahawa itu adalah bahagian dari permainan seks.Perempuan asal Jerman membantah tuduhan itu, dan mengatakan itu memang sebuah permainan seks. Demikian dilaporkan Daily Mail dan dikutip The Mirror, Jumat (23/11/2012).Namun, Tim Schmidt, mangsa sekaligus teman lelaki terdakwa mengungkapkan, Franziska memang sudah berniat membunuhnya. Dalam pembicaran di telepon, Franziska mengatakan ingin membuat kematian teman lelakinya semenyenangkan mungkin.Di Mahkamah Kota Unna, Jerman, Schmidt menceritakan peristiwa yang dia alami. Kejadian berawal saat ia berhubungan seks dengan teman wanitanya, Mei 2012.Tiba-tiba, Franziska menyambar kepala Schmidt, lalu mendorongnya di antara payudaranya, dengan sekuat tenaga."Aku tidak boleh  bernafas lagi. Mungkin saat itu wajahku sudah membiru. Saat itu saya fikir saya akan mati," ujar Schmidt.Singkat cerita, Schmidt berhasil lolos dari sekapan payudara pacarnya. Dia kemudian melarikan diri dengan bogel ke rumah tetangganya. Schmidt menduga, sang pacar mencuba membunuhnya, kerana dia memang berencana meninggalkan perempuan yang sudah ia pacari sekitar empat tahun. (*)Penulis: Yaspen Martinus  | TRIBUNNEWS.COM,

Read More - Hot! Wanita cuba bunuh teman lelaki dengan dada bersaiz dd

Edisi 999: penjenayah cederakan polis di bunuh

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR – Tindakan kejam seorang penjenayah yang mencederakan dua anggota polis ketika hendak membuat pemeriksaan di Jalan Kuchai Lama Rabu lalu berbalas apabila dia maut dalam kejadian berbalas tembak di tempat letak kereta Taman Tema Air Taman Desa di sini semalam.Difahamkan, suspek berusia 32 tahun tersebut maut pada pukul 3.30 pagi selepas terkena tiga das tembakan di kaki dan perut yang dilepaskan oleh pasukan khas yang ditugaskan untuk memburu suspek.Suspek dari Lanchang, Mentakab, Pahang merupakan pengedar dadah kecil-kecilan dan dikenali sebagai penjenayah tegar kerana sering keluar masuk lokap berdasarkan enam rekod jenayah termasuk berkaitan dadah yang dilakukan.Menurut sumber, pihaknya yang telah mengenal pasti suspek kemudian telah menjejak dan mengekorinya sejak kejadian dua anggota polis, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera ditembak di perut dan leher pada pukul 6.45 petang 26 September lalu.metro/-,

Read More - Edisi 999: penjenayah cederakan polis di bunuh

Sila Ambik Perhatian! Bayi Kena culik!

Oh! Krai Utara

Share
840pm 
Mesej dari Hanani Yahaya: "PERHATIAN: sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong.. -Pls spread the word."
Read More - Sila Ambik Perhatian! Bayi Kena culik!

Oh !:: Youngsters' sex video courts controversy

Oh! Krai Utara

Share
A videoclip showing two children believed to be related to each other having sex has has created a stir in Malaysia.
The boy is believed to be about 11 or 12 while the girl is about 13 to 14 years old, reported Malaysian newspaper, Harian Metro.
The video clip was taken by a third person in a hotel room in Butterworth, Penang, and is being spread via mobile phones.
A person who obtained the clip from a friend said: "I can only shake my head in disgust. How will their parents react when they find out?" he asked.
He said the clip was a sign of moral decay and hoped the authorities will take action.-yahoo asia
Read More - Oh !:: Youngsters' sex video courts controversy

Oh !:: Berjudi Di Jirat Cina

Oh! Krai Utara

Share
BUKIT MERTAJAM: Seramai 23 lelaki, termasuk warga emas, ditahan ketika sedang leka berjudi di jirat Cina di Kampung Baru di sini petang Jumaat. Jurucakap polis berkata jirat Cina itu dijadikan mini kasino yang menjadi tumpuan kaki judi pada setiap malam, namun operasi itu tidak dapat diteruskan lagi kerana berjaya dihidu oleh polis hasil maklumat orang ramai dan intipan sejak seminggu lepas.

Katanya sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menyerbu tempat berkenaan kira-kira 6 petang semalam.

"Kesemua mereka berusia antara 34 tahun dan 70 tahun, ditahan ketika sedang leka berjudi," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM900 di atas meja judi, sebiji mangkuk, tiga biji dadu, 78 keping cip judi, tiga buah meja panjang dan 20 buah kerusi.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas semua lelaki yang ditahan itu, polis berjaya merampas RM39,771 wang tunai yang dipercayai digunakan untuk berjudi," katanya.

Kesemua yang ditahan kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.-BERNAMA
Read More - Oh !:: Berjudi Di Jirat Cina

OH:Janda anak satu buat maksiat dalam kereta

Oh! Krai Utara

Share
LUNAS - Seorang janda anak satu ditangkap khalwat bersama kekasihnya yang juga suami orang di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Taman Industri Saujana, di sini. 

Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) berkata, pemantauan terhadap kereta pasangan itu dilakukan kira-kira dua minggu lalu selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai perlakuan sumbang pasangan itu. 

"Kira-kira jam 9 malam ketika Penguat kuasa PADK membuat rondaan, anggota terserempak dengan kereta Proton Saga baru sepertimana aduan diterima. 

"Setelah membuat pemeriksaan terhadap kereta itu. PADK menemui sepasangan kekasih duduk di kerusi belakang kereta dalam keadaan mencurigakan, " katanya. 

Menurutnya, siasatanPADK mendapati pasangan wanita berusia 38 tahun dan sudah menjanda sejak 14 tahun lalu setelah kematian suaminya, manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun merupakan suami orang dan mempunyai seorang anak. 

"Mereka bekerja di kilang sama di Lunas dan keluar bersama sejak jam 5 petang sehingga ditangkap kira-kira jam 9.30 malam, ” katanya. 

Juru cakap PADK berkata, hasil siasatan PADK terhadap pasangan wanita mendapati mereka berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan mengaku sudah terlanjur. 

Bagi mengelak perlakuan sumbang mereka itu dilihat orang ramai, tingkap belakang kereta ditutup dengan penggalas cermin. 

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Lunas untuk membuat laporan tangkapan. 

Pasangan wanita ditahan di lokap Balai Polis Lunas manakala lelaki dilokap Balai Polis Kulim. Pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

PADK turut menasihatkan pasangan itu agar menyedari kesalahan dilakukan tergolong dalam dosa besar. Pasangan akan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan.-SH
Read More - OH:Janda anak satu buat maksiat dalam kereta

OH: Gadis Sunti Maut Kerana Seks Bebas

Oh! Krai Utara

Share
REMAJA 12 TAHUN SANGGUP PANJAT BUMBUNG FLAT KEDIAMAN UNTUK BERASMARA DANA DENGAN 3 REMAJA LELAKI. Mereka bukan remaja bodoh tapi bermaklumat sebab dijumpai juga beberapa keping kondom yang tentulah bermaksud 'for safe sex'. Safe from STD, HIV, AIDS. Safe from unwanted pregnancy. Guna kondom untuk 'seks yang selamat'. Selamat dari penyakit yang disebarkan melalui seks rambang, selamat dari HIV dan AIDS. Paling penting selamat dari termengandung. Namun ketentuan Allah mengatasi segala2nya. Remaja perempuan remaja sunti 12 tahun ini tidak selamat apabila jatuh dari balkoni lalu MAUT ketika cuba melarikan diri setelah menyedari aktiviti mereka telah dikesan oleh orang-orang dewasa kediaman tersebut. Astaghfirullah, apa lagi perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menerangkan tragisnya peristiwa ini. Apakah cukup kita ni setakat menggeleng2 kepala. Hai bapa2, ibu2, guru2, penjaga kepada remaja. JANGAN PERCAYA remaja kita 100%. Saya sangat cemburu anak2 remaja saya. Semasa mereka menginjak umur remaja yang penuh perasaan ingin tahu, rasa cinta dan nafsu yang membuak2 ditambah dengan pendedahan kepada dunia IT tanpa sempadan,saya sentiasa pantau secara lagsung. Kalau hantar tuisyen, kadang2 datang balik 1/2 jam kemudian untuk pastikan anak ada dalam kelas. Bila ada peluang, buka hanfon untuk semak sms yang dihantar dan diterima, nombor2 panggilan dan sekarang kena cek gambar2 (dulu2 zaman remaja anak2 saya hanfon belum canggih sangat). Remaja saya tidak saya lepaskan hatta ke KLCC yang hanya sejarak 2 stesyen jauhnya dari rumah saya. Kalau nak pergi untuk tujuan apa dan sudah tentu diiringi Mama atau dan Babah.. Mereka kadang2 malu, sebab kawan2 kata macam orang dolu2, kolot. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, sama sahaja cara saya mendidik dan membesarkan mereka walaupun sudah tentu ada perbezaan dari sudut biologi dan perbezaan jantina. Sehinggalah mereka berumur 20 tahun keatas, dan setelah kami suami isteri meyakini kebolehan, kematangan dan kedewasaan mereka untuk menjaga diri, barulah mereka diberi lebih kebebasan untuk mengendalikan urusan kehidupan mereka sendiri. Banyak sebenarnya yang kami suami isteri lalui bersama dalam mendidik dan membesarkan anak2. Kami melabur dalam pendidikan mereka sehingga kami tidak pernah hidup mewah walau pun dua2 Doktor Perubatan. Sedaya upaya kami ikut sepenuhnya ajaran Alquran dan AsSunnah sebab kami yakin dan sewajarnya semua ibubapa Islam wajib yakin didik anak cara Islam itulah yang selamat untuk mereka menghadapi dunia dan akhirat. Berbalik kepada cerita sedih tadi, taaziah kepada keluarga remaja perempuan yang terbunuh. Moga Allah ampunkan dosa dia kerana mungkin terlalu muda untuk sempat membezakan buruk baik, ibu bapanya saya percaya sudah cuba mengikut kemampuan mereka. Apa nak dikata, kejahilan merata2... kredit utk sahabat : prebetsapus.blogspot.com
Read More - OH: Gadis Sunti Maut Kerana Seks Bebas

Oh Artis:Ameng Dihukum Penjara 2 Bulan, Denda RM4,000

Oh! Krai Utara

Share
Ameng mendukung anaknya, Wan Ahmad Haizal, 3 sambil ditemani isterinya, Sabariah Zakaria. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Spring, Ameng (gambar) atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 40, dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan pada April lalu.
Ameng juga diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan selama 3 tahun.
Ameng didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Sentul, di sini, pukul 3.45 pagi, 2 April lalu. BACA LAGI
Read More - Oh Artis:Ameng Dihukum Penjara 2 Bulan, Denda RM4,000

OH! Jual mercun di akhir Piala Malaysia, pekerja kantin dipenjara

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini Sabtu lepas, dia dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sh Ahmad Sh Othman, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 95 biji mercun pelbagai jenis semasa ditahan di Stesen LRT di stadium itu pada 11 malam Sabtu lepas.
Sh Ahmad, pekerja kantin sekolah, diarah menjalani hukuman itu berkuatkuasa semalam.
Dia didakwa memiliki 40 biji mercun “bola”, 40 biji mercun “ketupat” dan 15 biji mercun “bunga api gasing” semasa ditahan. - Bernama
Read More - OH! Jual mercun di akhir Piala Malaysia, pekerja kantin dipenjara

Oh: Pemandu Bas Minta Maaf Kepada Keluarga Mangsa

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR: Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah yang meragut tujuh nyawa Jumaat lepas, memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu.
Menyesali dan mengakui kesilapannya, S. Muthumani, 36, mendakwa kemalangan ngeri itu berpunca daripada brek bas yang rosak.
"Saya minta maaf kerana saya dah buat kesalahan, tapi saya tak boleh buat apa-apa kerana brek bas tak ada," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur pada Ahad.
Dia yang patah kaki kanan akibat kemalangan itu, kini ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
Suspek mendakwa selepas itu dia cuba menarik brek tangan, namun ia juga gagal berfungsi.
"Gear pun tak boleh masuk kerana paip sudah pecah waktu itu," katanya.
Lelaki itu juga mendakwa dia memang memiliki lesen memandu, tetapi telah digantung oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang mendapati dokumen itu tidak sah atau lesen terbang, dan ini menyebabkan dia tidak boleh memperbaharuinya.
"Saya bawa bas pun kerana terpaksa, anak tiga orang masih belajar, isteripun tak kerja, malah rumahpun kena bayar jugak, oleh sebab itu, terpaksa kerja sini," katanya.
Suspek turut mendakwa syarikat bas berkenaan mengetahui bahawa dia tidak memiliki lesen memandu, namun tetap memintanya membawa bas berkenaan.
"Mereka (syarikat) paksa saya dengan mengatakan bahawa driver bas tak ada, jadi perlukan bantuan saya, tolonglah...tolong..., driver bas tak ada, you datang Genting sini (bawa bas)," katanya.
Dalam kejadian 7.50 malam itu, sebuah bas yang membawa 44 anggota Belia 4B dari Kampung Baru Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands. - BERNAMA
Read More - Oh: Pemandu Bas Minta Maaf Kepada Keluarga Mangsa

Oh Artis:PANAS!! MENJEJAK AKTIVITI ‘CALL GIRL’ DI LEMBAH KELANG!!

Oh! Krai Utara

Share
Dah hampir dua bulan Mc cuba siasat isu ni. Korek punya korek, dapat la dua tiga bahan yang boleh dijadikan bukti. Pada yang tak tahu maksud ‘call girl’, call girl ni lebih kurang macam pelacur delivery la.. Call je, nanti sampai depan pintu. Tapi bukan direct call pada girl tu, mereka yang jadi call girl ni guna ejen. Ejen ni yang akan menapis setiap panggilan yang mereka terima. Call girl ni ada bermacam2 pilihan, indon, filipina, china, vietnam, dan uzbakistan. Kalau yang tempatan pula, selalunya mereka hanya jadi ‘call girl’ part-time. Sebab tu ramai anak gadis melayu kita, kerja kerani, basic rm800, tapi keretanya..makk aii.. mengalahkan bisnesman….READ MORE
Read More - Oh Artis:PANAS!! MENJEJAK AKTIVITI ‘CALL GIRL’ DI LEMBAH KELANG!!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...