Geng honda lumpuh : sindiket jual motor curi di internet

Oh! Krai Utara

Share

myMetro

KLANG: Kegiatan sindiket mencuri dan menjual motosikal yang dikenali sebagai Geng Honda lumpuh apabila polis menahan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket berkenaan, Selasa lalu.Semua lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, dalam serbuan pertama pada jam 9.15 malam, sepasukan anggota peronda pencegahan jenayah yang melakukan rondaan ternampak seorang lelaki mencurigakan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Kampung Jawa, di sini.Katanya, apabila didekati, lelaki yang bekerja sebagai mekanik sambilan itu melarikan diri sebelum berlaku pergelutan.“Suspek dapat ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui dua batang kunci ‘allen’ yang ditajamkan di dalam poket seluarnya. Polis turut merampas motosika Honda EX5 digunakan suspek.“Suspek mengaku kunci ‘allen’ miliknya digunakan untuk mencuri sebuah motosikal di kawasan Klang, namun motosikal berkenaan sudah diserahkan kepada seorang lagi anggota sindiket untuk dileraikan,” katanya pada sidang media di IPD Klang Selatan, di sini, semalam.Mohamad berkata, sejurus soal siasat, polis melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Lot 6278 Jalan Kota Raja, di sini, pada jam 10.15 malam dan menahan seorang lelaki serta menemui dua enjin motosikal di bahagian belakang rumah berkenaan.“Hasil maklumat suspek kedua, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Jalan Sungai Jati, di sini, jam 1.15 pagi dan menahan seorang lagi lelaki. “Bersama suspek, polis merampas lima motosikal iaitu Yamaha 135 LC, Honda EX5 dan Kawasaki, empat enjin serta dua rangka motosikal selain pelbagai komponen motosikal dileraikan,” katanya.Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek, polis menjumpai tiga set peralatan yang digunakan untuk menukar nombor enjin dan chasis motosikal yang dicuri.“Kumpulan ini dipercayai mencuri lebih 20 motosikal sebelum menjual terus kepada pembeli atau diiklankan dalam Internet.“Setiap satu enjin motosikal pula dijual pada harga RM200 hingga RM300 bergantung kepada jenis dan kuasa kuda enjin motosikal berkenaan,” katanya.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek pertama sebelum ini pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) kerana mencuri motosikal dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif Methapethamine.Katanya, dengan tertangkapnya tiga suspek, pihaknya menyelesaikan 10 kes curi motosikal yang pernah dilaporkan sepanjang tahun ini di Klang.Semua suspek ditahan direman seminggu sehingga 11 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi motosikal.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...