Edisi 999: penjenayah cederakan polis di bunuh
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR – Tindakan kejam seorang penjenayah yang mencederakan dua anggota polis ketika hendak membuat pemeriksaan di Jalan Kuchai Lama Rabu lalu berbalas apabila dia maut dalam kejadian berbalas tembak di tempat letak kereta Taman Tema Air Taman Desa di sini semalam.Difahamkan, suspek berusia 32 tahun tersebut maut pada pukul 3.30 pagi selepas terkena tiga das tembakan di kaki dan perut yang dilepaskan oleh pasukan khas yang ditugaskan untuk memburu suspek.Suspek dari Lanchang, Mentakab, Pahang merupakan pengedar dadah kecil-kecilan dan dikenali sebagai penjenayah tegar kerana sering keluar masuk lokap berdasarkan enam rekod jenayah termasuk berkaitan dadah yang dilakukan.Menurut sumber, pihaknya yang telah mengenal pasti suspek kemudian telah menjejak dan mengekorinya sejak kejadian dua anggota polis, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera ditembak di perut dan leher pada pukul 6.45 petang 26 September lalu.metro/-,