Tok Wakil kaki tipu: Penganjur konsert dakwa ditipu Adun RM13,500
Oh! Krai Utara
myMetro
KAJANG: Seorang warga emas kerugian RM13,500 apabila dipercayai diperdayakan seorang ahli politik ketika menganjurkan satu konsert Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persatuan di Tian Hou Temple, di sini, pada Februari lalu.Mangsa, Tan Kim Swee, 70, dari Pandan Perdana, Cheras di sini, kesal dengan sikap ahli politik berkenaan yang cuba lepas tangan berhubung bayaran tiket bagi persembahan itu.Katanya, dia diamanahkan ahli politik yang juga Adun kawasan itu untuk menguruskan acara terbabit dan memberi 18 buku tiket konsert bernilai RM1,000 dan RM700 bagi jumlah tetamu seramai 458 orang.“Ini kali pertama saya ditipu sepanjang 20 tahun menguruskan acara.“Saya terpaksa menanggung hutang terbabit kerana penganjur mahu saya menjelaskan wang itu segera selepas konsert habis,” katanya.Menurut Tan, keengganan Adun itu menjelaskan bayaran kepada penganjur menyebabkan dia terpaksa meminjam wang daripada kawan-kawan untuk menyelesaikan hutang terbabit.“Saya pergi ke pejabat Adun itu sebanyak tiga kali untuk meminta kembali wang konsert, tetapi tidak dilayan dan dia memberi alasan tidak mahu membayarnya serta menganggap ia percuma.“Saya sudah buntu bagaimana mahu mendapatkan wang saya kembali. Saya hanya minta RM3,800, tetapi masih tidak dipedulikan,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.Tan membuat laporan polis pada September lalu di Balai Polis Pandan bagi menuntut keadilan.
0 ulasan:
Catat Ulasan