Oh Politik:Selamat Tinggal PKR, Selamat Tinggal Penipu dan Pembohong - Zaid Ibrahim

Oh! Krai Utara

Share
[TMI]  KUALA LUMPUR, 15 Nov — Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PRK) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan.
Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.
“Saya tahu hari saya dalam parti (PKR) sudah dihitung kerana pemimpin — pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya,” kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu.

Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu.

Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Zaid, penyelaras Pakatan Rakyat, menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Kelmarin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali.

Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, “saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti.”

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.
 Laporan The Star boleh anda baca di sini.
Read More - Oh Politik:Selamat Tinggal PKR, Selamat Tinggal Penipu dan Pembohong - Zaid Ibrahim

OH:Malaysia tumbang 3-0 - ini pengadil tidak adil

Oh! Krai Utara

Share
MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.
Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.
Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.
"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.
"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.
Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.
Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.
"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.
Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.
Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.
"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.
Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.-kosmo
Read More - OH:Malaysia tumbang 3-0 - ini pengadil tidak adil

OH: Apple-1 Buah Tangan Steve Jobs dengan Harga £150,000

Oh! Krai Utara

Share
LONDON - Sebuah komputer Apple-1 yang dijual oleh pengasas syarikat Apple, Steve Jobs dari garaj ibu bapanya di California pada 1970-an kini dilelong pada harga pembukaan £150,000 (RM747, 785), lapor sebuah akhbar kelmarin.

Terdapat kira-kira 200 komputer asli Apple 1 buatan tangan yang dilancarkan pada 1976 dan dipercayai antara 30 hingga 50 buah komputer itu yang masih ada ketika ini.

Komputer Apple-1 dianggap sebagai komputer pertama di dunia dan ia akan dilelong oleh Rumah Lelongan Christie's pada 23 November ini di London.

Komputer itu dianggap menjadi perintis keluaran syarikat Apple yang diketuai Jobs seperti komputer tablet iPad, iPod dan telefon pintar iPhone.

Pada 1976, komputer Apple-1 cuma dijual pada harga AS$666.666 (RM2,075.33).

Sebahagian komputer Apple-1 itu mempunyai hiasan kayu.

Komputer itu mempunyai memori yang kecil iaitu 8K, 524,000 kali kurang daripada komputer standard keluaran Apple kini.

Ia juga tidak mempunyai kapasiti untuk menyimpan sebuah lagu.

Komputer itu dicipta oleh rakan Jobs, Steve Wozniak.

Ia dijual pada harga AS$666.666 kerana Wozniak suka nombor yang sama.

Ketika itu, Wozniak menjadi jurutera komputer itu manakala Jobs menjadi ketua untuk menjualnya.

Ia akan dilelong bersama buku panduan, kaset dan surat yang ditandatangani oleh Jobs yang kini masih mengetuai syarikat Apple.

KOMPONEN-KOMPONEN komputer Apple-1, surat Steve Jobs, buku panduan dan kaset dilelong pada harga pembukaan RM747, 785.

Kaset yang menjelaskan penggunaan komputer itu dijual pada harga AS$75 (RM233.47).

Namun, komputer itu tidak mempunyai skrin atau papan pemuka seperti yang ada ketika ini.

Beberapa buah muzium dan pengumpul barang-barang antik gagal untuk mendapatkan komputer Apple-1 sebelum ini untuk disimpan.

Bagaimanapun, komputer itu merupakan satu pelaburan yang baik.

Komputer yang dilelong itu mengekalkan konsep asal kerana ia tidak dipasang dengan sepenuhnya.

Pengguna perlu memasangnya sendiri dengan menggunakan buku panduan dan tidak mengandungi monitor dan papan pemuka.

Jobs memberikan panduan kepada soalan pembeli mengenai monitor dan papan kunci yang terbaik untuk digunakan bersama komputer tersebut.

Seorang kakitangan Rumah Lelongan Christie's, Julian Wilson berkata: "Ia (Apple-1) merupakan perintis penciptaan iPod, iPad dan iPhone. Komputer itu berkerja dari sebuah kotak yang merupakan konsep asal."

Menurutnya, komputer itu seperti alat pengira berprestasi tinggi.

"Jobs menjual komputer ini dari garaj ibu bapanya dan terdapat peningkatan penghargaan terhadap sejarah komputer dan di sinilah bermulanya sejarah komputer," kata Wilson. - Agensi
Read More - OH: Apple-1 Buah Tangan Steve Jobs dengan Harga £150,000

OH:P(Video) Hukum Setubuh Isteri Malam Pertama..bagaimana ya?

Oh! Krai Utara

Share
Read More - OH:P(Video) Hukum Setubuh Isteri Malam Pertama..bagaimana ya?

OH:Nak Kahwin? ini Tips Mencari Calon Suami Yang Baik

Oh! Krai Utara

Share


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti, itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang....
Kuat Agamanya

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
Tegas Mempertahankan Maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
Tidak Liar Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
Terbatas Pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.
Tenang Wajah

Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.- 
http://www.ustaznoramin.com
Read More - OH:Nak Kahwin? ini Tips Mencari Calon Suami Yang Baik

Oh! : Letak Ancak - Dia tak tau ke letak ancak itu syirik ke? mufti perak kata tak syirik?

Oh! Krai Utara

Share
Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu tidak melakukan syirik dan khurafat, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria....tak paham aku si harussani ni...

atau sebab zambry cakap kat dia cam ni, maka dia kata macam tu:

"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," 

laaa...kalau betul zamberi kata cam tu dah macam mana pulak ya, berita hairan ni...boleh ke pada pendapat kau orang, seorang yang berjawatan menteri besar tidak tahu atau tidak dimaklumkan tentang majlis / program yang beliau nak hadir..al mustahil lah pulak kan..dan kalau betul dia tak tau, sahhh nampak sangat bodohnya menteri besor perak ni kan?
Read More - Oh! : Letak Ancak - Dia tak tau ke letak ancak itu syirik ke? mufti perak kata tak syirik?

OH:Bimbang kuil diroboh, lelaki bakar dirinya

Oh! Krai Utara

Share
Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.

M Chakragunasegaran, 52 bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis serta beberapa ahli persatuan kuil yang kebetulan berada di tempat kejadian menyelamatkannya. Beliau yang dalam keadaan pengsan dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya dilaporkan tenat.

Menurut saksi, K Dharmalingam,49, kejadian itu disedari semasa beliau melakukan upacara sembahyang di kuil berkenaan pada jam 6.30 pagi ini dan terlihat berlaku kekecohan.

Beliau terlihat mangsa menjerit “Jangan roboh kuil ini,” tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan rayuan lelaki itu. baca lagi 
Read More - OH:Bimbang kuil diroboh, lelaki bakar dirinya

Oh!: Jantan Kaki Mabuk! Dah Mampus la kau....

Oh! Krai Utara

Share
OH! bertuah punya jantan, dah laaa dasar pemalas...kerja selalu ponteng,betina main rembat je, apa nak jadi ngan kau ni aku tak tau..kalau tengok betina pantang! sangat, terus kau ayat,cair betina tu kau usung sana sini..sampai bunting ler...dasar jantan!
Read More - Oh!: Jantan Kaki Mabuk! Dah Mampus la kau....

Oh! Artis:(Gambar) Rozita Che Wan sexy pakai baju Pengantin di MIFA Semalam

Oh! Krai Utara

Share
Boleh tahan juga RCW kita ni, makin lanjut makin laku dipasaran, untuk pengetahuan anda gambar ni diambil di MIFA semalam. Sebenarnya gossip ni Zoom ambil dekat laman forum popular di Malaysia, dalam ramai-ramai mereka dan mereka menggosipkan RCW kita ni. Nak buat macam mana dia comel…READ MORE
Read More - Oh! Artis:(Gambar) Rozita Che Wan sexy pakai baju Pengantin di MIFA Semalam

OH Artis: TERKINI! Jutawan Sosilawati Ditipu Pekerja Kesayangannya?

Oh! Krai Utara

Share
20 SEPTEMBER 2010: Murai Batu pasti ramai sehingga kini masih tidak boleh menerima kenyataan bagaimana kejamnya cara kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang menjadi mangsa penipuan peguam di Banting bulan lalu. Apatah lagi kini sedikit demi sedikit kegiatan orang yang tidak bertanggungjawab itu mula terbongkar dan didedahkan kepada umum.
Terbaru Murai Batu dapat tahu lagi, selain menjadi mangsa penipuan peguam terbabit, Sosilawati juga khabarnya telah ditipu bulat-bulat oleh seorang lagi bekas pekerjanya yang bersikap tidak amanah apabila menggelapkan wang syarikatnya sejak lima tahun lalu.
Apa yang mengejutkan Murai Batu, wang yang disonglap oleh pekerjanya dari syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd itu bukan setakat ribuan ringgit malah mencecah sehingga jutaan ringgit.
Oleh kerana terlalu mempercayai pekerjanya itu, penipuan licik yang dilakukan pekerjanya hanya diketahui…READ MORE
Read More - OH Artis: TERKINI! Jutawan Sosilawati Ditipu Pekerja Kesayangannya?

OH Artis: TERKINI! Awek Melayu Seksi, Malay TV Drama And Aurat

Oh! Krai Utara

Share
During the Hari Raya holidays, my family and I were watching this Malay TV drama entitled “Ragam Mertua” over TV Malaysia. Basically it is about two sons who bring back their so-called urban modern wives (awek Melayu) back to their parent’s home in the kampung.
There is this scene where the father-in-law (played by Jalil Hamid) sees one his daughter-in-law wearing a sarung and a sleevess blouse,  brushing her long black 
hair with her hand, without her knowledge. Of course in that scene the gadis Melayu actress purposely brushes her hair in a slow seductive way.
Then the father-in-law walks over to his wife (played by Norlia Ghani) and tells her to advise that daughter-in-law not to be “seksi”.
At that juncture my family members were shocked and appalled…READ MORE
Read More - OH Artis: TERKINI! Awek Melayu Seksi, Malay TV Drama And Aurat

Oh Kar:Pemasangan Cerwin Tweter(Tweeter Installation)

Oh! Krai Utara

Share

Kalau cerita pasal audio ni saya memang kurang berminat kerana saya lebih suka kepada engine performance.So kayuh pelan-pelan Bro lama-lama nanti boleh minat kot.Sistem audio yang saya tahu antaranya ialah sony,piooner,mowhawk(speaker)…..?….READ MORE
Read More - Oh Kar:Pemasangan Cerwin Tweter(Tweeter Installation)

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...