WANITA; 1 AKAL, 9 NAFSU?

Oh! Krai Utara

Share

Sejak sekian lama masyarakat Islam di negara kita sentiasa terdedah dengan perkara yang pelik lagi menarik. Manusia memang berminat untuk mengetahui, mengeluar dan menyebarkan cerita-cerita yang karut, samada secara lisan, tulisan, filem atau apa saja.
Cerita bahawa kaum lelaki memiliki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan pula sebaliknya, iaitu 1 akal dan 9 nafsu memang amat masyhur sekali di kalangan kita. Ia telah  dilihat dan diterima oleh masyarakat kita sebagai sesuatu yang benar. Jika ditanya dari manakah sumber fakta ini diambil, mereka akan menjawabnya; mendengarnya daripada para alim ulama'.

Kata-kata sakti ini dinukilkan daripada dialog yang berlaku di antara Imam al-Hasan al-Basri dengan tokoh Sufi yang masyhur, Rabiatul Adawiyah rahimahumalLah. Iaitu semasa al-Hasan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan tidak dapat menjawabnya. Tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan al-Hasan telah menjawab sebagaimana di atas, iaitu 9:1 dan 1:9.
Demikianlah kisah yang didakwa telah berlaku di antara dua tokoh besar dalam Islam. Kisah ini telah dinukilkan oleh Usman al-Khaubawi, dalam kitabnya "Durrah an-Nasihin" , (dalam buku ini jugalah terdapat hadis masyhur di kalangan orang Melayu tentang kelebihan tertentu setiap malam solat terawih).

Menurut al-Fadhil Dr Abu Zaid, Ahmad Najib Abdullah al-Qari [mantan pensyarah KIAS, sekarang di APIUM, Nilam Puri] melalui makalah beliau dalam majalah "Pengasuh" terbitan MAIK bil 623:
Cerita ini tidak benar sama sekali untuk dinisbahkan kepada al-Hasan al-Basri (apalagi kepada Rasulullah saw) kerana ia diambil daripada sumber yang tidak sahih. Hujahnya mudah sahaja, al-Hasan al-Basri dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia pada 110H.  Manakala Rabiatul Adawiyah pula -berdasarkan pendapat yang paling tepat- dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal dunia pada 180H [Lihat: Az-Zahabi, Siyar A'lam an-Nubala': 8341].
Ini bermakna ketika al-Hasan meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah baru berumur 10 tahun, bagaimana pula boleh berlaku dialog sedemikian di antara mereka berdua?
Untuk maklumat lanjut sila lihat majalah "Pengasuh" yang tersebut di atas tadi. Wallahua'lam.
Akhukum, Abu Anas Madani, 23 Syawal 1432H.
www.abuanasmadani.com
www.abuanasmadani.blogspot.com
Read More - WANITA; 1 AKAL, 9 NAFSU?

Oh! Puntung Rokok pun Berguna la....

Oh! Krai Utara

Share

Shanghai: CNNGo mewartakan, Cina menjadikan puntung rokok yang dibuang bersepah merata tempat oleh perokok lebih berguna untuk melindungi paip besi di negara itu daripada masalah karat. Sekumpulan pengkaji Cina mengesahkan puntung rokok apabila direndam dalam air dapat membantu mencegah pengaratan

Dalam industri minyak, bahan-bahan seperti yang terdapat dalam puntung rokok  telah diterapkan untuk jenis logam besi (N80). Besi terlindung dari karat, mencegah kerosakan dan gangguan dalam produksi minyak. Para pengkaji telah mengenal pasti sembilan bahan kimia dalam ekstrak rokok, termasuk nikotin, yang  bermanfaat untuk efek antikarat.

Kini, perokok di seluruh negara Cina telah mengetahui kegunaan puntung rokok dengan mengitar semula sebagai bahan anti karat di tempat mereka masing-masing.  Secara tidak langsung kebersihan persekitaran daripada puntung rokok yang bersepah-sepah di merata tempat telah dapat di atasi.  [sumber: CNNGo]

Read More - Oh! Puntung Rokok pun Berguna la....

Oh! Tak Ada Faedah Cakap ngan Harussani...

Oh! Krai Utara

Share
Harussani Tolak Cadangan Tok Guru Nik Aziz - Harussani kata 'tak ada faedah!'
Cadangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan majlis pertemuan dan dialog antara agama bagi menangani masalah sosial mendapat reaksi berbeza dari kalangan para ulama.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan cadangan itu menyifatkan pendekatan tersebut langkah baik dalam membawa mesej keharmonian antara kaum.

Menurut Asri dengan adanya dialog ini bukan menonjolkan perspektif wujud sifat ‘kurang Islam’ sebaliknya ia platform terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini.


“Dialog antara agama ini mencari isu yang membawa kerjasama dari sudut kemasyarakatan, khususnya bagi bukan Islam untuk menerangkan kebaikan dalam Islam.
“Tiada agama yang menghalalkan zina dan arak. Sesetengah agama terlalu menekankan isu-isu spiritual dan lupa tentang gejala sosial.

Menerusi dialog ini mereka akan mendapat manfaat,” katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam Nik Aziz berkata isu meliputi judi, arak, zina dan pergaulan bebas boleh dianjurkan menerusi dialog mahupun majlis pertemuan oleh mana-mana badan bebas.

Asri juga tidak keberatan untuk turut serta jika dialog itu diadakan, namun menurut beliau Nik Aziz perlu melakukan inisiatif untuk mengadakan majlis tersebut.

“Nik Aziz perlu ada inisiatif untuk menjadikan dialog ini sebagai platform besar membincangkan isu-isu tersebut. Contohnya memulakan dialog di Kelantan,” cadang Asri.

Tidak berfaedah

Bagi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula berpandangan dialog tidak perlu dan disifatkan sebagai ‘tidak berfaedah’. Katanya, sesetengah isu yang diketengahkan kurang sesuai memandangkan hukum halal haram itu digunapakai oleh agama Islam.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan hasil dari perbincangan mengenai isu pergaulan bebas itu yang meruntuhkan moral dan akhlak hingga membawa kepada gejala sosial.

“Judi arak bagi agama lain tiada apa-apa, hanya dalam Islam yang diharamkan ke atas umat kita. Jika nak bincangkan tentang arak apa akan jadi? Tak kan kita mahu angkat tangan dan undi tanda setuju? Apa pula faedahnya kita bincang urusan keruntuhan akhlak? Apa pula tindakannya selepas itu?” soal beliau.

Beliau turut merujuk kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Dalam negara kita sudah letak perlembagaan bahawa Islam itu agama rasmi. Nak bincang buat apa lagi? Jika nak bincang isu khalwat itu bukan haram pada agama lain, tapi bagi kita haram,” katanya.

Sementara itu, merujuk kepada isu orang Islam yang bekerja di premis penyediaan minuman arak, Harussani berpendapat ia kelemahan kerajaan negeri Selangor. Beliau turut bersetuju dengan tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di premis arak.

“Betul tindakan yang dibuat MPSJ dengan melarang orang Islam bekerja di premis arak. Tapi kerajaan negeri Selangor pula bersekongkol. Mereka ada kuasa untuk buat peraturan tapi masih lemah dalam membuat perlaksanaan.

“Hukum tetap haram bagi orang Islam bekerja di premis itu, institusi sudah larang tapi kerajaan negeri Selangor tidak terima. Itu tidak betul,” jelas Harussani.

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Read More - Oh! Tak Ada Faedah Cakap ngan Harussani...

Oh! : Letak Ancak - Dia tak tau ke letak ancak itu syirik ke? mufti perak kata tak syirik?

Oh! Krai Utara

Share
Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu tidak melakukan syirik dan khurafat, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria....tak paham aku si harussani ni...

atau sebab zambry cakap kat dia cam ni, maka dia kata macam tu:

"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.

"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," 

laaa...kalau betul zamberi kata cam tu dah macam mana pulak ya, berita hairan ni...boleh ke pada pendapat kau orang, seorang yang berjawatan menteri besar tidak tahu atau tidak dimaklumkan tentang majlis / program yang beliau nak hadir..al mustahil lah pulak kan..dan kalau betul dia tak tau, sahhh nampak sangat bodohnya menteri besor perak ni kan?
Read More - Oh! : Letak Ancak - Dia tak tau ke letak ancak itu syirik ke? mufti perak kata tak syirik?

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...