Hijauuuu ke putrajaya @ Kuala Krai....Sek Kto Pakat Maghi PANAH line

Oh! Krai Utara

Share

Read More - Hijauuuu ke putrajaya @ Kuala Krai....Sek Kto Pakat Maghi PANAH line

OH Artis: TERKINI! Jutawan Sosilawati Ditipu Pekerja Kesayangannya?

Oh! Krai Utara

Share
20 SEPTEMBER 2010: Murai Batu pasti ramai sehingga kini masih tidak boleh menerima kenyataan bagaimana kejamnya cara kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang menjadi mangsa penipuan peguam di Banting bulan lalu. Apatah lagi kini sedikit demi sedikit kegiatan orang yang tidak bertanggungjawab itu mula terbongkar dan didedahkan kepada umum.
Terbaru Murai Batu dapat tahu lagi, selain menjadi mangsa penipuan peguam terbabit, Sosilawati juga khabarnya telah ditipu bulat-bulat oleh seorang lagi bekas pekerjanya yang bersikap tidak amanah apabila menggelapkan wang syarikatnya sejak lima tahun lalu.
Apa yang mengejutkan Murai Batu, wang yang disonglap oleh pekerjanya dari syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd itu bukan setakat ribuan ringgit malah mencecah sehingga jutaan ringgit.
Oleh kerana terlalu mempercayai pekerjanya itu, penipuan licik yang dilakukan pekerjanya hanya diketahui…READ MORE
Read More - OH Artis: TERKINI! Jutawan Sosilawati Ditipu Pekerja Kesayangannya?

OH Artis: TERKINI! kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Beli Polis Tutup Kes Sebelum ini?

Oh! Krai Utara

Share
Sebanyak sembilan kes jenayah dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dilaporkan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, peguam yang bergelar Datuk itu dikatakan terbabit dengan tujuh kes jenayah komersial membabitkan penipuan dan pecah amanah berjumlah RM7.1 juta di daerah ini.
"Ini termasuk dua laporan polis melibatkan kehilangan dua orang iaitu seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.
"Kes ini dibuka semula untuk siasatan. Sedia maklum, kes jenayah komersial bukan cepat untuk diselesaikan maka perlu diteliti banyak dokumen dan menyoal siasat ramai saksi," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Ditanya sama ada terdapat pegawai atau anggota polis 'dibeli' oleh peguam terbabit bagi menutup kes tersebut, Khalid berkata, tiada laporan dibuat mengenainya setakat ini.
"Jika ada, laporkan kepada polis atau datang berjumpa dengan saya sendiri, ceritakan kepada saya apa maksud polis ini dibeli.
"Sudah semestinya perkara ini akan diambil tindakan sekiranya betul. Setakat ini, semuanya sekadar cakap-cakap saja.
"Kita tidak akan melindungi orang-orang kita yang menyeleweng atau mereka yang melindungi orang jahat," tegasnya. Selain itu, laporan lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek adalah kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.
Read More - OH Artis: TERKINI! kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Beli Polis Tutup Kes Sebelum ini?

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Taktik Licik Hapus Bukti berdasarkan teori ‘No Body, No Murder’

Oh! Krai Utara

Share

Kes Bunuh Sosilawati: Taktik Licik Hapus Bukti
Taktik siasatan polis berdasarkan teori ‘No Body, No Murder’ digunakan suspek utama yang juga seorang peguam berstatus Datuk dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, baru-baru ini.
Teori itu dikatakan digunakan suspek ketika dia cuba menghapuskan segala bukti fizikal dengan membakar semua mayat sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.
Malah bagi mengelirukan polis, suspek turut membuang abu mayat mangsa, barangan peribadi, senjata digunakan dan bahan yang ada kaitan dengan kes itu ke dalam beberapa sungai yang terletak berhampiran ladang berkenaan. Dengan perancangan rapi dilakukannya, lelaki berkenaan disifatkan sebagai bijak kerana mengetahui cara terbaik menghapuskan barangan kes.
Sebagai peguam, dia sendiri mengetahui ketiadaan bukti fizikal seperti mayat atau senjata pembunuhan akan menyulitkan pihak polis untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah andai kata dia tertangkap.
Malah, dia boleh dianggap sebagai ‘Mastermind’ kerana menggunakan pekerjanya sendiri sebagai budak suruhan dengan meminta mereka melakukan pembunuhan terbabit tanpa dia perlu ‘menyentuh’ semua mangsa.
Selain itu, kuasa wang turut digunakan untuk membayar gaji tambahan kepada setiap pekerjanya yang sanggup melakukan pembunuhan kejam terbabit.
Jumlah ganjaran yang diberikan kepada setiap pekerjanya juga dikatakan mencecah ribuan ringgit membuatkan mereka setia dan patuh dengan arahan yang diberikan majikan mereka itu. Setakat ini, polis sudah menemui beberapa tulang dalam kawasan ladang yang dijadikan tempat pembakaran semua mangsa terbabit.
Menurut sumber forensik, biarpun tulang ditemui, namun ia belum menentukan ia milik empat mangsa terbabit kerana mungkin ia adalah tulang haiwan atau tulang orang lain.
"Buat masa ini, kita sudah menghantar semua tulang berkenaan ke makmal untuk dilakukan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan setakat ini kes terbabit agak sukar untuk diklasifikasikan sebagai bunuh.
"Semuanya bergantung kepada hasil laporan ujian DNA yang dilakukan itu," katanya. Sehingga kini, kematian Sosilawati, pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, belum dapat dipastikan kesahihannya kerana memerlukan ujian DNA.
Bagaimanapun, selepas enam hari penahanan lapan suspek, polis menemui pelbagai petunjuk yang mungkin mampu membawa suspek ke muka pengadilan. Biarpun pelbagai barang peribadi milik mangsa sudah ditemui, namun apa yang dinanti kini hasil laporan ujian DNA yang dilakukan bagi menentukan sama ada sepadan dengan mangsa dan kerja terbabit perlu dilakukan dengan teliti berikutan membabitkan mangsa yang ramai.
Selain itu, motif sebenar pembunuhan kejam terbabit turut masih belum diketahui bagaimanapun siasatan awal polis mendapati ia berkaitan dengan wang dalam urus niaga jual beli tanah antara Sosilawati dan peguam berkenaan.
Bagi menutup rahsianya, peguam terbabit dikatakan sanggup membunuh semua mangsa semata-mata tidak mahu perbuatan kejamnya itu terbongkar.
Malah, pembunuhan kejam itu juga dikatakan turut dirancang peguam terbabit berikutan dia terlebih dulu menghubungi pekerjanya kira-kira jam 10 pagi 30 Ogos lalu meminta mereka menyediakan ‘persiapan’ untuk membunuh. -hmetro
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Taktik Licik Hapus Bukti berdasarkan teori ‘No Body, No Murder’

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Ke'Bengis'an Detektif Polis Bantu Selesaikan Kes Pembunuhan Sosilawati

Oh! Krai Utara

Share

Kenapa ya kes sosilawati cepat sangat diketahui suspek pembunuhnya. Adakah kerana ketidakcerdikan penjenayah menyebabkan mereka mudah ditangkap. Atau kerana ketegasan dan kebengisan anggota penyiasat dalam kes ini. Ya, mungkin ini faktornya. Sebab kes ini terbongkar bila ada pengakuan dari suspek. Kalau tak, sudah tentu sukar untuk pihak polis cari pembunuh sebenar kes pembunuhan kejam ini. Apapun, jom kita baca sedikit kisah detektif PDRM yang gah ini..sumber dari blog seorang wartawann
Wajah para detektif PDRM yang ‘menggerunkan’….
 
entry aku hari ini nak menceritakan pengalaman aku berurusan dengan anggota-anggota detektif PDRM sewaktu bertugas sebagai wartawan jenayah dulu
dalam banyak-banyak cawangan dalam PDRM, detektif Cawangan Jenayah Berat (D9) lah bagi aku mempunyai imej dan wajah yang cukup ‘menggerunkan’
para detekftif D9 ini kebanyakannya terlibat dalam mengendalikan kes rompakan bersenjata api, pembunuhan, penculikan dan kes rogol
percayalah, kalau korang tengok diaorang, mati hidup balik korang tak percaya yang mereka ini anggota polis
kalau yang selekeh tu, mengalahkan mat gian yang duduk belakang Chow Kit
kalau yang smart pulak, mengalahkan pegawai bank lagaknya
kalau yang ‘ganas’ pulak, aku rasa mafia Itali tak kelihatan seganas diaorang
ada yang berambut panjang melebihi bahu, ada yang bermisai mengalahkan A. Galak, ada yang berjambang, bertatoo, bertindik telinga dan macam-macam lagilah, kalah Mat Rock!
dulu aku ada sorang member yang aku panggil abang, juga dari D9
dahlah tinggi, misai tebal, rambut mengerbang, muka pulak berkerutu, suara dia mak aiii, kalah Ramli Sarip
dia pernah ngaku kat aku yang ada seorang perogol pernah terkencing dalam seluar bila dia sergah, itu baru sergah, kalau dia jentik aku rasa mau terberak dalam seluar mamat tu
pistol ni pulak jangan ceritalah, kat pinggang ada, kat dalam beg ada, kat kaki pun ada!
" Bukan abang nak sangat pakai gelang ngan berambut panjang ni dik, rimas gak rasanya…tapi demi kerja, kenalah berlakon sikit. Rasanya kalau kami ni di D9 ‘jambu-jambu’, suspek nak ngaku salah pun fikir sepuluh kali, bila ‘dressing’ macam ni, baru dia gerun sikit," katanya sambil tersenyum
lagipun mereka selalu terlibat dalam penyamaran, so thats why mereka perlu pandai ‘berlakon’ dengan menggunakan pelbagai imej
abang yang aku maksudkan tadi pernah memberkas seorang perompak bersenjata sewaktu dia menyamar sebagai pekerja Telekom Malaysia yang sedang memasang kabel telefon, heheheh, lawak seh
dan sekarang ni dok heboh pasal kes pembunuhan Sosilawati…so kalau korang tengok akhbar dan TV, korang akan perasan para detektif D9 ini sewaktu mereka mengiringi suspek ke lokasi pembunuhan
contohnya gambar di atas, mak aiiii, gila ganas muka diaorang…korang bayangkan kalau dua orang detektif yang mengiringi lawyer di atas itu, adalah orang yang sama menyoal-siasat korang
silap haribulan, baru dia nak buka mulut, kita dah tercirit-birit macam orang kena taun, ngeri sehhhhh….
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Ke'Bengis'an Detektif Polis Bantu Selesaikan Kes Pembunuhan Sosilawati

OH Artis:kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh

Oh! Krai Utara

Share
Suspek kes Sosilawati bongkar lagi kejadian culik-bunuh Gambar: Seorang suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil hari ini. Polis turut menyiasat beberapa kes culik dan bunuh berdasarkan keterangan yang diberikan oleh suspek-suspek kes Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang didapati dibunuh dan dibakar. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata, empat suspek pertama yang ditahan Jumaat lalu mendedahkan mereka terlibat dalam kes yang sama tahun lalu.Artikel Penuh
Read More - OH Artis:kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Suspek Bongkar Beberapa Kejadian Culik-Bunuh

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...