OH:Bimbang kuil diroboh, lelaki bakar dirinya

Oh! Krai Utara

Share Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.

M Chakragunasegaran, 52 bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis serta beberapa ahli persatuan kuil yang kebetulan berada di tempat kejadian menyelamatkannya. Beliau yang dalam keadaan pengsan dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya dilaporkan tenat.

Menurut saksi, K Dharmalingam,49, kejadian itu disedari semasa beliau melakukan upacara sembahyang di kuil berkenaan pada jam 6.30 pagi ini dan terlihat berlaku kekecohan.

Beliau terlihat mangsa menjerit “Jangan roboh kuil ini,” tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan rayuan lelaki itu. baca lagi 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...