Kajian unisel ini semakin buruk sokongan rakyat kepada pro kerajaan sementara

Oh! Krai Utara

Share

SHAH ALAM 30 APRIL: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (Pakatan) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU 13.Di peringkat negeri Selangor pula, Pakatan mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.Pembentangan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azziz itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU 13 di peringkat persekutuan dan negeri. Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan Pakatan akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang. Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan Pakatan akan menang.Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya. Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 Jom Shopping Warga Emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1,000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2,500. keadilandaily

Read More - Kajian unisel ini semakin buruk sokongan rakyat kepada pro kerajaan sementara

Oh Artis: Perang Blogger Meletus Kerana …Dalam Botol?

Oh! Krai Utara

Share
23 NOV 2010: Rasa Murai Batu, korang pun dah tahu yang prebiu awal filem …Dalam Botol telah pun dilakukan di Studio Digital Mixstage di Finas, Hulu Kelang pada 10 November 2010 yang lalu.
Apa yang menarik, produsernya iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman telah mengadakan prebiu tersebut di hadapan lebih 50 orang blogger serta beberapa portal termasuklah murai.com.my sendiri.
Sampaikan Murai Batu dengar ada pulak beberapa rakan dari kalangan media cetak dan media elektronik yang…READ MORE
Read More - Oh Artis: Perang Blogger Meletus Kerana …Dalam Botol?

Oh Politik:Sultan to skip ‘wasteful’ RM300,000 Yayasan Selangor do

Oh! Krai Utara

Share

By Boo Su-Lyn
November 12, 2010
SHAH ALAM, Nov 12 — The Sultan of Selangor has decided not to attend a RM300,000 40th anniversary luncheon by state education welfare body Yayasan Selangor over its excessive cost.
The decision was made after the Selangor Ruler this morning learnt of the bill for the event, state secretary Datuk Ramli Mahmud said today.
“The Selangor Sultan has cancelled his intentions to attend Yayasan Selangor’s 40th anniversary celebration that will be held on November 15, 2010 at Asrama Tun Dr Ismail in Kampung Pandan,” Ramli told reporters today.
“He felt shocked and was very sorrowful when he was informed that the cost of the anniversary celebration this year was very high.

“The cost of the luncheon is more than RM300,000. It is a waste and it is not beneficial,” added Ramli.
“He believed that the money would be put to better use for educational and welfare expenses, or to fund more poor students that is in line with the vision, mission and objective of Yayasan Selangor,” he said.
According to Ramli, prior to his discovery of the event’s cost, the Selangor Sultan had intended to attend the celebration to show his appreciation for the efforts of the foundation’s staff in helping poor children to get educated.
“The Sultan of Selangor believed that his presence at the event would invigorate the Yayasan Selangor workforce,” said Ramli.
The state secretary, however, pointed out that the Ruler was told that Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim had also not been apprised of the event’s costs.
“The Sultan of Selangor advises Yayasan Selangor to be more careful about managing its finances and to focus on the responsibilities accorded to it during its formation,” Ramli added.
Separately, Faekah Husin, political secretary to the mentri besar, claimed Khalid had proposed for the event to be called off.
“The mentri besar suggested that it be cancelled,” said Faekah.
Yayasan Selangor is a state education welfare body that transfers Bumiputera students from rural schools to schools located in Kuala Lumpur, Petaling Jaya and Sabak Bernam so that they can enjoy educational facilities more commonly available in urban locales.
Read More - Oh Politik:Sultan to skip ‘wasteful’ RM300,000 Yayasan Selangor do

OH:Bimbang kuil diroboh, lelaki bakar dirinya

Oh! Krai Utara

Share
Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.

M Chakragunasegaran, 52 bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis serta beberapa ahli persatuan kuil yang kebetulan berada di tempat kejadian menyelamatkannya. Beliau yang dalam keadaan pengsan dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya dilaporkan tenat.

Menurut saksi, K Dharmalingam,49, kejadian itu disedari semasa beliau melakukan upacara sembahyang di kuil berkenaan pada jam 6.30 pagi ini dan terlihat berlaku kekecohan.

Beliau terlihat mangsa menjerit “Jangan roboh kuil ini,” tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan rayuan lelaki itu. baca lagi 
Read More - OH:Bimbang kuil diroboh, lelaki bakar dirinya

Oh Politik:ADUN DAP Sekincan ditumbuk ahli umno Batu Karang?

Oh! Krai Utara

Share

SHAH ALAM 6 NOV 10: ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".
-Malaysiakini
Read More - Oh Politik:ADUN DAP Sekincan ditumbuk ahli umno Batu Karang?

OH Politik: Dah Kena!!! Khir Toyo Kena Belasah Ngan Faekah

Oh! Krai Utara

Share
SHAH ALAM 15 SEPT: “Kalau dia (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) berminat pun, dia tidak akan dapat. Untuk kelihatan macho dan berlapang dada, dia katalah,  dia tidak minat…”
Begitu jawapan sinis Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin apabila diminta mengulas laporan sebuah portal yang memaparkan kenyataan Dr Khir kembali menerajui kerajaan negeri.
Pada temu bual dengan Malaysia Kini, Dr Khir menyatakan tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor, sebaliknya menyarankan supaya jawatan berkenaan diserah kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, jika berjaya merampas semula negeri itu.
Dr Khir memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Selangor.
Beliau melabel, masalah berkenaan ‘sangat teruk’ dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat, katanya.
Namun, bagi Faekah, masalah ‘sangat teruk’ yang dinyatakan itu hanya tertuding kepada Khir Toyo sendiri tetapi dialih kepada Pakatan Rakyat yang baru dua tahun mentadbir bagi menutup kelemahan sendiri demi meraih sokongan politik.
Faekah berkata, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, terpaksa menempuh jalan sukar berikutan masalah-warisan kerajaan UMNO-BN khususnya ketika pimpinan Dr Khir  sendiri.
Bercakap kepada TV Selangor,  beliau percaya kenyataan Dr Khir itu hanya bertujuan melindungi keinginan sebenar.
“Saya tidak perlu risau pun dia tidak berminat. Dia minat pun, dia tidak akan dapat dengan cara mereka menguruskan Selangor selama 50 tahun ini” katanya yang percaya rakyat Selangor sudah bosan dengan corak kepimpinan UMNO-BN.
Faekah yakin kerosakan yang berlaku sepanjang UMNO memerintah Selangor terutama ketika Dr Khir menerajui tampuk kuasa, begitu nyata sekalipun doktor gigi itu mendabik dada mampu dan berupaya mentadbir negeri ini, jika diberi BN kembali menguasai Selangor.
Paling ketara, kata beliau, masalah kecurian pasir yang berlarutan begitu lama dan menjolok mata.
“Kerosakan yang mereka lakukan sehingga wujud kawah-kawah besar. Jurutera kita mendapati bahawa kawah-kawah besar itu telah dikorek lebih tujuh tahun lepas” kata Faekah.
Apabila ditanya signifikan Dr Khir  cenderung menyebut dua nama pemimpin Umno lain untuk mengemudi Selangor jika Umno BN merampas Selangor dari Pakatan Rakyat,  Faekah menganggap persoalan itu tidak relevan.
“Saya tidak peduli. Dia boleh beri 10 nama sekalipun. Dia boleh letak Tun Dr Mahathir, dia juga boleh letak Najib Razak sebagai orang yang sepatutnya dinaikkan di Selangor.
“Dia boleh letak siapapun tetapi rakyat Selangor yang menentukan siapa yang boleh,” tegas Faekah. – TVSELANGOR
Read More - OH Politik: Dah Kena!!! Khir Toyo Kena Belasah Ngan Faekah

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Dr Wan Azizah, Tan Sri Abdul Khalid Keluarga Sosilawati

Oh! Krai Utara

Share
Presiden KEADILAN, MB Selangor Ziarah Keluarga Sosilawati

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengunjungi keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya bagi menyampaikan ucapan takziah daripada KEADILAN dan juga kerajaan negeri.

Kedua-dua pemimpin tersebut turut diiringi Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan pimpinan serta anggota parti.

Mereka tiba di rumah Allahyarhamah di Taman Harmonis di sini kira-kira pukul 2.30 petang dan meluangkan lebih sejam bertanya khabar kepada anak-anak Sosilawati serta memberikan mereka semangat sebelum mengadakan majlis tahlil.

Ketika bercakap kepada media, Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah sambil menyifatkan pembunuhan Sosilawati sebagai mengejutkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis bagi pihak kerajaan negeri Selangor dapat menyelesaikan kes pembunuhan ini dengan pantas dan kita berharap polis juga mampu membuat penyiasatan terperinci sehingga pihak yang bersalah dihadapkan ke pengadilan," kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid menganggap Sosilawati seorang usahawan wanita yang gigih dan berjaya dan kehilangan beliau amat dirasai terutamanya oleh ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki yang hilang sejak 30 Ogos dibunuh sebelum mayat mereka dibakar disebuah ladang ternakan di Telok Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib pada tengah malam Sabtu lalu.

Jutawan kosmetik yang merupakan pengasas Nouvelle Visages hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual tanah. -SK
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Dr Wan Azizah, Tan Sri Abdul Khalid Keluarga Sosilawati

Oh Muslim: Cabutan Bertuah Untuk Si Kaki JUdi

Oh! Krai Utara

Share
Raya kaki judi


PETALING JAYA – Bagi menarik pelanggan, sebuah pusat judi yang berselindung di sebalik sebuah hotel bajet dikesan menawarkan cabutan bertuah sempena hari raya. 

Kegiatan menawarkan hadiah wang tunai dari RM2,000 hingga RM5,000 serta pelbagai hadiah lumayan lain termasuk televisyen skrin leper LCD, dan telefon canggih merupakan taktik terbaru pengusaha pusat haram ini. 

Mendedahkan perkara itu, Penga rah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Fauzi Maarop berkata, setiap pelanggan akan diberikan nombor yang akan dicabut mengi kut jumlah pertaruhan pemain. 

"Ini salah satu cara pengusaha untuk menambah keseronokan bermain di samping menggelapkan duit pengunjung tanpa disedari,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, hadiah lain ditawarkan termasuklah hamper dan hadiah lumayan yang lain. 

Dalam serbuan itu sebanyak 46 set komputer dirampas.

Menurut Fauzi tindakan Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MBPJ 2007 yang boleh didenda maksimun RM1,000 hingga RM2,000 jika sabit kesalahan. 

"Kita terus mengadakan operasi membanteras pusat judi haram ini dari masa ke semasa,’ katanya. - Sinar Harian
Read More - Oh Muslim: Cabutan Bertuah Untuk Si Kaki JUdi

Oh Politik:Pelan Selangor Blueprint bagi tempoh 2011-2013

Oh! Krai Utara

Share
Selepas lebih daripada dua tahun memerintah di Selangor, kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang sedang di dalam fasa pembentangan satu projek yang sangat menarik : Pelan Selangor Buleprint (Pelan Hala Tuju) bagi tempoh 2011-2013.
Ini adalah berlandaskan pencapaian dua tahun Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memerintah dengan pengenalan program seperti Merakyatkan Ekonomi Selangor 
(MES) dan Pakej Rangsangan Ekonomi negeri Selangor. Di sini,buat julung kalinya,  pembentukan Selangor Blueprint ini akan melibatkan siri pembentangan awam di setiap 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun (NGO) tempatan, pemimpin-pemimpin industri, badan-badan  keagamaan, Ahl-ahlii Majlis,serta  individu-
individu berpengaruh tempatan adalah dijemput untuk menghadiri sesi dialog jika ada kelapangan.
Tetapi, sekiranya tuan/puan tidak dapat menghadiri kesemua sesi dialog tersebut, tuan/puan adalah diharap agar dapat memberikan sebarang idea atau 
pendapat…READ MORE
Read More - Oh Politik:Pelan Selangor Blueprint bagi tempoh 2011-2013

Oh! Politik :Saya Masih Lagi AP Batu Yang Sah - Tian Chua

Oh! Krai Utara

Share
PETALING JAYA: "Saya masih lagi Ahli Parlimen Batu yang sah, tidak ada sebarang keraguan tentang itu," tegas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kepada mStar Online semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengurangkan denda ke atas beliau kerana didakwa mencederakan seorang anggota polis pada tahun 2007.
Mengikut perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000. READ MORE
Read More - Oh! Politik :Saya Masih Lagi AP Batu Yang Sah - Tian Chua

Oh! Politik:.Rumah Ibadat Kini Dijadikan 'Kelab Eksklusif'

Oh! Krai Utara

Share
PETALING JAYA: Sebuah banglo yang dibeli pada harga RM2.3 juta hasil kutipan derma orang-ramai di sebuah kawasan hijau di Kajang sepatutnya menjadi sebuah tempat beribadat dan meditasi kepada penganut agama Buddha.
Bagaimanapun kini perkara sebaliknya berlaku apabila mereka yang pernah menyumbang kepada pembinaan rumah ibadat itu mendakwa yang banglo berkenaan telah dijadikan sebagai kelab persendirian yang eksklusif dan hanya dibuka kepada lebih 30 orang ahlinya sahaja.
Hasil tinjauan yang dijalankan oleh akhbar The Star mendapati, ramai penganut agama Buddha yang menyumbang untuk rumah ibadat tersebut telah menghantar memorandum mendesak supaya ia dibuka kepada awam semula. READ MORE
Read More - Oh! Politik:.Rumah Ibadat Kini Dijadikan 'Kelab Eksklusif'

Oh! Politik:.Di mana Presiden PAS..?

Oh! Krai Utara

Share

Majlis tersebut dihadiri ramai tokoh utama Pakatan hadir, termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan pengarah pilihanraya PKR Fuziah Salleh..READ MORE

Read More - Oh! Politik:.Di mana Presiden PAS..?

Oh! Politik:.‘Bedah siasat’ pengundi Cina sokong pembangkang!

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR 26 April – Barisan Nasional (BN) perlu membuat satu ‘bedah siasat’ bagi mengenal pasti punca kenapa pengundi Cina enggan memberi sokongan pada parti tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana parti itu telah melakukan banyak perkara bagi membela nasib penduduk di Hulu Selangor termasuk kaum Cina sendiri…READ MORE
Read More - Oh! Politik:.‘Bedah siasat’ pengundi Cina sokong pembangkang!

Oh! Politik:.Mangsa Tembakan Polis Cari Menteri Di Hulu Selangor

Oh! Krai Utara

Share

HULU SELANGOR, 21 April: Norizan Salleh, 30, wanita yang ditembak oleh polis sebanyak 5 das pada Oktober lalu mengambil keputusan turun sendiri ke Hulu Selangor untuk bertemu dengan menteri-menteri berkaitan dan bertanya tentang nasib yang menimpa dirinya.
Read More - Oh! Politik:.Mangsa Tembakan Polis Cari Menteri Di Hulu Selangor

Oh! Politik:. Siapakah Zaid Ibrahim Si Kaki Botol @ Taik JUdi?

Oh! Krai Utara

Share



Zaid Ibrahim berasal daripada keluarga yang berlatarbelakangkan PAS. Asal dari keluarga yang susah. Saya khatam membaca bukunya (Saya Juga Melayu) pada tahun lepas. Dalam buku tersebut beliau menceritakan sewaktu kecil bapanya selalu membawa beliau mendengar ceramah-ceramah PAS di sekitar Kota Bharu.


Beliau boleh dijadikan kebanggaan dan contoh kepada bangsa Melayu tentang usahanya yang bersungguh-sungguh yang menjadikan beliau seorang yang berjaya. Peguam yang hebat berasal daripada keluarga yang susah.


Beliau menjadi ahli UMNO pada penghujung 80-an dan menceburkan diri di dalam politik pada awal 90-an. Ketika inilah kontorversi melanda dirinya dengan tindakannya memfailkan saman terhadap enakmen hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS.


Zaid Ibrahim boleh dikategorikan sebagai seorang yang hebat. Dengan usahanya, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihanraya 2004 walaupun kesemua DUN di bawah parlimennya adalah milik PAS. Pengundi Kota Bharu mengundi beliau kerana kewibawaan beliau.


Ini sama hebatnya dan ada persamaannya dengan kewibawaan Allahyarham Razali Ismail (bekas MP Kuala Terengganu) dan Allahyarham Dr. Zainal Abidin Ahmad (bekas MP Hulu Selangor). Pengundi di kedua-dua kawasan parlimen ini mengundi kedua-dua tokoh ini berdasarkan kewibawaan mereka.


Lihat Parlimen Kuala Terengganu dan Hulu Selangor. Di Kuala Terengganu, 3 daripada 4 DUN dikuasai oleh PAS dan selebihnya MCA, tapi ahli parlimennya daripada BN. Hulu Selangor pula, ketiga-tiga DUN dikuasai oleh BN, tapi ahli parlimennya daripada PKR. Sama dengan keadaan Zaid Ibrahim di Parlimen Kota Bharu (2004), bukan?


Di bawah ini saya turunkan tulisan Zukri Arsah yang saya petik sedikit dari Merdeka Review :



Dalam PKR juga, Zaid tidak sunyi dari dilanda kontroversi. Beliau pernah dihadap ke Lembaga Disiplin parti kerana kritikan terbukanya terhadap PKR yang dikatakan tidak tegas dalam membuat keputusan terhadap Zulkifli Noordin.
Manusia kontroversi inilah yang menjadi pilihan PKR untuk dipertaruhkan di Hulu Selangor, mengapa? Saya menyusuri secara rambang peristiwa-peristiwa di sekitar kontroversi yang menyelubungi diri Zaid Ibrahim ini. Ringkasnya ia terjadi kerana Zaid cukup terbuka dalam memperkata atau mengkritik sesuatu perkara, sehingga mungkin ramai yang tidak boleh menerima kepedasannya, Zaid juga saya lihat tidak mudah tunduk kepada kebiasaan yang pada pemikirannya salah. Semua kritikan tindakan kontroversinya ini pula hanya memusat kepada satu perkara, pendirian hidupnya!
Apakah ini lambang "taubat" PKR yang ingin dipotretkan kepada rakyat, setelah diuji teruk dengan isu kebolehpercayaan, pengkhianatan dan pembelotan? Zaid Ibrahim bukan kawan Anwar 30 tahun, Zaid Ibrahim bukan mentee politik Anwar, Zaid Ibrahim memang manusia kontroversi, tetapi kontroversinya kerana prinsip, kontroversinya kerana pendirian, yang tidak pernah dijual-belinya dengan harta mahupun kuasa. Senang cakap, Zaid Ibrahim ini boleh percaya! Sekurang-kurangnya beliau telah terbukti lebih berprinsip berbanding Zulkifli Noordin yang ada latar belakang PAS atau Mohsin yang tidak pernah lekang kopiah.
Saya pun pernah berjumpa dengan Zaid Ibrahim pada satu ketika, beliau nyata seorang yang humble.


Kesimpulannya, Zaid Ibrahim memang wajar disokong di Hulu Selangor.
Read More - Oh! Politik:. Siapakah Zaid Ibrahim Si Kaki Botol @ Taik JUdi?

Oh! Politik:.Setelah 72 Jam Sudah Ada Tanda-tanda Pemenang

Oh! Krai Utara

Share

SETELAH 72 jam berlangsung pilihan raya kecil P 094 Hulu Selangor menyaksikan berbagai perisitwa, melucu, tragis dan juga mendebarkan. Dalam tempoh hari separuh pilihan raya itu ia telah mula memberi petunjuk siapa yang akan memenangi pilihan raya berkenaan. hari mengundi ialah 25, Ahadini

Dari dua kali tinjuan langsung saya ke sana ia memberi gambaran jelas bahawa sokongan kepadaZaid Ibrahim semakin meningkat. Ini didasarkan kepada kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah yang melibatkan beliau, Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan lain.

Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman. READ MORE
Read More - Oh! Politik:.Setelah 72 Jam Sudah Ada Tanda-tanda Pemenang

Sekitar Hari Penamaan Calon PRK Hulu Selangor

Oh! Krai Utara

Share
Suasana Penamaan Calon PRK Hulu Selangor yang sempat dirakam pada 17 April 2010 di Sekitar Dewan Serbaguna Kompleks belia Dan Sukan Kuala Kubu Bharu.




Sumber: 
http://jiwokelate.wordpress.com/ 
Read More - Sekitar Hari Penamaan Calon PRK Hulu Selangor

Oh Hulu Selangor:. India makan Melayu makan India

Oh! Krai Utara

Share

tengoklah sedara sekalian nampaknya MIC terpaksa di makan oleh saudaranya sendiri, nasib2 badan... mau macam mana lagi kaum india oiii. Kamu boleh tengok sendiri laa itu MIC punya olang suka sangat memakan saudare dia, sokong lagi laaa parti perkauman macam tu, sendri worang pon mau makan.
Bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, V. S. Chandran akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Chandran, 56, yang sedang digantung selama setahun oleh parti berkata, beliau sudah membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
"Saya telah tinggal di sini selama 54 tahun lepas. Saya amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di sini," kata ahli perniagaan itu yang digantung oleh parti tahun lalu selepas beliau mendedahkan masalah yang dihadapi bahagian itu kepada media.
Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009.
Read More - Oh Hulu Selangor:. India makan Melayu makan India

Oh YB!::Kerajaan Selangor akan Beri Bantuan Terus Kepada ADUN BN...

Oh! Krai Utara

Share
Syarat MB kepada ADUN BN 

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sedia memberi peruntukan terus kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu daripada Barisan Nasional (BN) jika Kerajaan Pusat memberikan peruntukan terus kepada wakil rakyat daripada pakatan pembangkang. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setiap Ahli Parlimen BN menerima peruntukan RM1 juta setahun tetapi beliau selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mendapat peruntukan untuk kawasan Parlimen beliau wakili, sebaliknya wang itu disalurkan terus kepada Ketua Bahagian UMNO di kawasan itu. 

:“Esok juga kita akan salurkan peruntukan itu terus kepada ADUN BN sekiranya Kerajaan Persekutuan bersedia memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” katanya kepada media selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah perasmian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahukan kerajaan Selangor memastikan semua ADUN mendapat peruntukan yang sesuai agar mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

“Saya sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Exco Teresa Kok sebagai Ahli Parlimen Seputeh tidak mendapat apa-apa peruntukan daripada pihak berkenaan sebaliknya peruntukan itu diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian,” katanya. 

Beliau berkata, berdasarkan contoh itu, Kerajaan Selangor akan memberikan peruntukan RM500,000 setahun kepada ADUN daripada pakatan tiga parti - PKR, Pas dan DAP - manakala bagi kawasan yang dikuasai BN, peruntukan itu dipegang Exco Kerajaan Negeri yang dilantik sebagai ‘bapa angkat’ kepada kawasan DUN berkenaa
Read More - Oh YB!::Kerajaan Selangor akan Beri Bantuan Terus Kepada ADUN BN...

Oh Hulu Selangor::Kontraktor ditipu tanggung hutang berjuta

Oh! Krai Utara

Share
KERLING – Seramai 24 kontraktor tertipu dan menanggung hutang jutaan ringgit dengan sebuah agensi kebajikan Malaysia menerusi tawaran kerja di sebuah rumah warga emas di sini sejak dua tahun lalu. 

Salah seorang kontraktor, Md Lazim Sahil, 49, berkata, masalah yang dihadapi sudah dipanjangkan ke pengetahuan agensi berkenaan bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diperoleh. 

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat bagi mendesak agensi tersebut tampil menjelaskan dan menyelesaikan masalah itu. 

“Kami terpaksa menanggung beban hutang dengan pembekal dan pengilang dengan jumlah yang banyak. 

“Ada antara kami dibebani dengan hutang pinjaman bank malah sudah dikenakan tindakan oleh pihak bank,” katanya kepada Sinar Harian. 

Lazim berkata, sebelum ini agensi berkenaan telah mengeluarkan tawaran kerja dan melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja tersebut. 

Menurutnya, perjanjian awal menetapkan pembayaran akan dijelaskan dalam tempoh dua bulan dari tarikh persetujuan dibuat. 

Beliau berkata, setiap kerja turut dikenakan deposit sebagai cagaran kerja sempurna dan akan dipulangkan dalam tempoh enam bulan, namun semuanya tidak dijelaskan. 

Seorang lagi kontraktor, Rosli Naim, 46, berkata, lebih dari RM6.5 juta kos kerja telah dilaksanakan dengan pembayaran deposit dari kontraktor sebanyak RM1.1 juta. 

Namun menurutnya, pembayaran yang dijanjikan masih belum dijelaskan. 

“Kami telah membuat perjumpaan dengan wakil ibu pejabat agensi berkenaan di Kuala Lumpur tetapi tiada sebarang tindakan diambil. 

“Malah, kami telah dijanjikan bayaran oleh pengerusi agensi terbabit dan bayaran menerusi cek telah dijelaskan tetapi malangnya cek tersebut adalah cek tendang,” katanya. 

Hisham Ahmad, 43, yang juga mangsa penipuan itu berkata, pada mulanya me:reka tidak mengesyaki sebarang penipuan tetapi apabila kebanyakan kerja diulang semula oleh kontraktor baru. 

Menurutnya, agensi itu masih melantik wakil untuk mencari mangsa baru yang memerlukan kerja dan sanggup mengeluarkan deposit bagi setiap kerja serta dijanjikan dengan kaedah pembayaran sama. 

“Dia hanya menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan memberikan tarikh baru untuk membuat bayaran tetapi sehingga kini pihak kami gagal menghubunginya. 

“Kami telah menghabiskan wang untuk melaksanakan kerja yang ditawarkan dan sekarang kami menanggung beban hutang yang banyak,” katanya. -SH
Read More - Oh Hulu Selangor::Kontraktor ditipu tanggung hutang berjuta

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...