Arak dari najis manusia...nak rasa?, gila.
Oh! Krai Utara
Boleh membayangkan minuman beralkohol yang difermentasi dari kotoran manusia? Minuman ini benar-benar ada di Korea! Meski terdengar menjijikkan, konon minuman tersebut bermanfaat bagi kesihatan.Namanya 'Tsongsul' atau wine feses. Soju, minuman beralkohol dari Korea, dituangkan ke dalam liang berisi kotoran ayam, anjing, atau manusia. Kemudian, campuran ini diperam 3-4 bulan untuk berfermentasi. Setelah diekstrak, minuman ini langsung ditenggak. Masyarakat Korea percaya bahawa Tsongsul dapat menyembuhkan penyakit dan membantu penyembuhan tulang patah.Tsongsul memang nyata, namun minuman ini tidak popular. Reporter Web Rocket News 24 penasaran dan melakukan riset selama enam bulan untuk mendapatkannya. Akhirnya, dia dapat menghubungi penjual Tsongsul di Korea Selatan dan terbang ke sana untuk melakukan transaksi.Entah apakah hukum Korea melarang penjualan minuman mengandung feses, namun seluruh prosesnya dilakukan secara rahsia. Sambil melakukan transaksi di pinggir jalan, si penjual dan reporter membicarakan minuman tersebut.Dari sini, diketahui bahan-bahan dan cara membuat Tsongsul. "Saya harus memanggang kotoran anak saya di oven elektrik dengan suhu 250 C selama 30 minit... Kemudian, rendam dalam alkohol minimal dua bulan sebelum diminum," kata si penjual.Menurutnya, Tsongsul tak boleh dibuat sembarangan. Jika tidak dipanggang dengan cara tadi, baunya akan sangat menyengat. Selain itu, kalau dipanggang di rumah, baunya akan menyebar ke seluruh rumah sampai-sampai boleh dimarahi tetangga.Minuman ini berwarna cokelat bening dan bersih tanpa hampas, seperti brandy. Menurut si penjual, warnanya menjadi cokelat kerana campuranubat-ubatan tradisional seperti ash tree, hanyak, dan kucing. Kucing? Ya, si penjual mengaku memasukkan tulang kucing dalam pembuatan minuman ini!Setelah mendapat informasi tersebut, si reporter membayar 70.000 won untuk dua botol besar Tsongsul. Saat dituang, minuman ini seperti minuman beralkohol biasa yang sedikit berbueh. Anehnya, minuman ini memang tak berbau.Menurut staf Rocket News 24 yang mencubanya, kadar alkoholnya terasa tinggi. "Saya juga merasakan jejak herba ubat-ubatan China. Baunya tidak seperti kotoran. Saya tidak akan tahu di dalamnya ada feses kalau anda tidak memberitahukannya," ia berkomentar pada (13/11/12). Selain itu, aftertaste-nya terasa pahit.
OH! Guru guru disaran minum Guiness STOUT di zaman UMNO gagah dahulu!
Oh! Krai Utara
Gambar ini dijumpai di Library Ohio University. Pada muka surat 2 buku program KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968. Sebelah pada iklan ini kenyataan daripada Tun Abdul Razak Hussein, Pendana Menteri ketika itu. - ketulusan budi .blogspot |
Oh! Tak Ada Faedah Cakap ngan Harussani...
Oh! Krai Utara
Cadangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan majlis pertemuan dan dialog antara agama bagi menangani masalah sosial mendapat reaksi berbeza dari kalangan para ulama.
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan cadangan itu menyifatkan pendekatan tersebut langkah baik dalam membawa mesej keharmonian antara kaum.
Menurut Asri dengan adanya dialog ini bukan menonjolkan perspektif wujud sifat ‘kurang Islam’ sebaliknya ia platform terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini.
“Dialog antara agama ini mencari isu yang membawa kerjasama dari sudut kemasyarakatan, khususnya bagi bukan Islam untuk menerangkan kebaikan dalam Islam.
“Tiada agama yang menghalalkan zina dan arak. Sesetengah agama terlalu menekankan isu-isu spiritual dan lupa tentang gejala sosial.
Menerusi dialog ini mereka akan mendapat manfaat,” katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam Nik Aziz berkata isu meliputi judi, arak, zina dan pergaulan bebas boleh dianjurkan menerusi dialog mahupun majlis pertemuan oleh mana-mana badan bebas.
Asri juga tidak keberatan untuk turut serta jika dialog itu diadakan, namun menurut beliau Nik Aziz perlu melakukan inisiatif untuk mengadakan majlis tersebut.
“Nik Aziz perlu ada inisiatif untuk menjadikan dialog ini sebagai platform besar membincangkan isu-isu tersebut. Contohnya memulakan dialog di Kelantan,” cadang Asri.
Tidak berfaedah
Bagi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula berpandangan dialog tidak perlu dan disifatkan sebagai ‘tidak berfaedah’. Katanya, sesetengah isu yang diketengahkan kurang sesuai memandangkan hukum halal haram itu digunapakai oleh agama Islam.
Malah beliau turut mempersoalkan tindakan hasil dari perbincangan mengenai isu pergaulan bebas itu yang meruntuhkan moral dan akhlak hingga membawa kepada gejala sosial.
“Judi arak bagi agama lain tiada apa-apa, hanya dalam Islam yang diharamkan ke atas umat kita. Jika nak bincangkan tentang arak apa akan jadi? Tak kan kita mahu angkat tangan dan undi tanda setuju? Apa pula faedahnya kita bincang urusan keruntuhan akhlak? Apa pula tindakannya selepas itu?” soal beliau.
Beliau turut merujuk kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
“Dalam negara kita sudah letak perlembagaan bahawa Islam itu agama rasmi. Nak bincang buat apa lagi? Jika nak bincang isu khalwat itu bukan haram pada agama lain, tapi bagi kita haram,” katanya.
Sementara itu, merujuk kepada isu orang Islam yang bekerja di premis penyediaan minuman arak, Harussani berpendapat ia kelemahan kerajaan negeri Selangor. Beliau turut bersetuju dengan tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di premis arak.
“Betul tindakan yang dibuat MPSJ dengan melarang orang Islam bekerja di premis arak. Tapi kerajaan negeri Selangor pula bersekongkol. Mereka ada kuasa untuk buat peraturan tapi masih lemah dalam membuat perlaksanaan.
“Hukum tetap haram bagi orang Islam bekerja di premis itu, institusi sudah larang tapi kerajaan negeri Selangor tidak terima. Itu tidak betul,” jelas Harussani.
TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT