Oh! Sukan:.Kelantan berjaya kalahkan Johor 4-1

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU – Kembali temui rentak kecemerlangan. Daripada hampir diaibkan oleh Pahang di Kuantan minggu lalu, Kelantan kembali bangkit mengutip tiga mata penting di Larkin. 

Pada perlawanan tunggal Liga Super malam kelmarin, Kelantan berjaya mengalahkan Johor 4-1 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. 

Pemain tengah kreatif, Muhd Badhri Radzi muncul wira Kelantan apabila menjaringkan dua gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-15 dan 44. 

Sementara itu, ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin turut mengukir nama sebagai penjaring gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-32. 

Gol sendiri pemain pertahanan tuan rumah, Radzi Jasman pada minit ke-77 akhirnya menutup ruang buat anak buah Eddress Selamat untuk melakar kejutan ke atas Kelantan. 

Manakala gol tunggal pasukan tuan rumah telah dijaringkan oleh Rosaiful Nizam Omar pada minit ke-21. 

Beraksi di atas padang yang becak, ternyata tidak menghalang pasukan bimbingan B Sathianathan untuk melakarkan kemenangan kesembilan daripada 15 perlawanan setakat ini. 

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan antara individu paling gembira di atas kejayaan The Red Warriors menundukkan pasukan selatan tanah air itu. 

“Saya cukup gembira dengan kemenangan ini. Walaupun bermain dalam padang yang becak kerana hujan turun dengan lebat sebelum perlawanan, tetapi anak-anak buah saya tetap mempamerkan persembahan yang baik,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam. 

Sathianathan berkata, pujian seharusnya diberikan kepada barisan pemain Kelantan yang tidak patah semangat biarpun pada suatu ketika pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan. 

“Semua pemain menunjukkan persembahan yang bagus. Saya tidak ada rungutan mengenai persembahan keseluruhan pemain Kelantan kerana mereka memberikan apa yang saya mahukan pada perlawanan itu. 

“Mereka (pemain) me-ngambil iktibar daripada perlawanan di Kuantan minggu lalu. Semangat juang yang tinggi mereka bawa ke sini (Larkin) dan kita sememangnya berhak menang pada perlawanan ini. 

“Walau bagaimanapun, saya percaya masih ada ruang untuk kita memantapkan persembahan pasukan sebelum menghadapi pasukan jiran tetangga, Terengganu hari Sabtu ini,” katanya. 

Sementara itu B Sathianathan berkata, pemain pertahanan Zairul Fitree Ishak terpaksa dikeluarkan walaupun permainan baru berlangsung kerana mengalami kecederaan akibat dibentes pemain tuan rumah. 

“Zairul Fitree (Ishak) mungkin tidak dapat diturunkan pada perlawanan dengan Terengganu. Kecederaan yang dialami oleh beliau agak teruk, tetapi kita tetap berharap semoga dia segera sembuh. 

Agak menarik untuk diperkatakan, Kelantan merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas apabila bermain di gelanggang luar setakat ini. 

Kemenangan ini ternyata mengukuhkan kedudukan Kelantan di tangga kedua persada liga dengan mengumpul 32 mata wa-laupun telah bermain lebih satu perlawanan berbanding dengan pasukan yang lain.
Read More - Oh! Sukan:.Kelantan berjaya kalahkan Johor 4-1

Oh! Sukan:.Rashid Sidek dan anak disahkan positif H1N1

Oh! Krai Utara

Share
Jangkitan Influenza A (H1N1)Kini Mula Mengganas Kembali Di Negara Kita, Mangsa Kali Ini Ialan Bekas Pemain Badminton No.1 Dunia, Rashid Sidek Dan Anak Perempuannya Semalam disahkan positif H1N1.Baca Berita Penuh Di Sini
Rashid Sidek Yang Pernah Mengharumkan Nama Malaysia Dahulu Dan Aktif Bersukan Pon Boleh Dijangkiti Influenza A (H1A1), Jadi Tak Mustahil Untuk Aku Kita Yang 24 Jam Dok Depan PC/Lappy Menulis Dan Membaca Gosip Je Untuk Terkena Jangkitan Ini.. Jadi Langkah-langkah Awal Bagi Mencegah Jangkitan Haram Jadah Ini Perlu Di Diambil. Di Sini Aku Sertakan Beberapa Cara Untuk Mengelakan Jangkitan H1N1 Ini.
1.tutup Seluruh Bahagian Kepala Dengan Menggunakan Guni Beras Cap Rambutan mulut dan hidung setiap kali anda batuk atau bersin dengan tisu atau dengan tangan kemudian buangkan tisu itu Ke Muka Rakan Anda Dengan segera dan sentiasa cuci tangan dengan sabun antibakteria atau air…READ MORE
Read More - Oh! Sukan:.Rashid Sidek dan anak disahkan positif H1N1

Sebastian Vettel Menjuarai Perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2010

Oh! Krai Utara

Share
SEPANG, April 4 (Bernama) -- Pemandu Red Bull Racing, Sebastian Vettel (Jerman) dan Mark Webber (Australia) meraih tempat pertama dan kedua pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2010 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, pada Ahad.


Sementara pelumba Mercedes GP Petronas, Nico Rosberg (Jerman) meraih tempat ketiga.

-- BERNAMA
Read More - Sebastian Vettel Menjuarai Perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2010

Dr. 1M Mahu Lotus F1 Racing Pamer Aksi Pembaziran Terbaik 1Malaysia di Bahrain Bukti

Oh! Krai Utara

Share

NORFOLK (NORWICH): Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mahu pasukan Formula One (F1) Malaysia, Lotus F1 Racing memberikan saingan terbaik pada perlumbaan pembukaan di Bahrain bulan depan bagi menjaga imej dan reputasi jenama Lotus.
Beliau percaya pasukan itu pastinya mempunyai misi tersendiri untuk mencatat kejayaan terbaik dan berusaha mencapainya sementelahan mereka menggunakan nama Lotus, yang mempunyai reputasi tinggi.
Dr. M Mahu Lotus F1 Racing Pamer Aksi Terbaik Di Bahrain
Jika mereka gagal mencatat kejayaan, ia pastinya akan menjejaskan imej pasukan yang menggunakan nama tersohor jenama kuasa automotif dari United Kingdom itu dan memberi kesan tidak baik kepada pasukan.
Dr Mahathir, yang memainkan peranan penting dalam sukan permotoran di Malaysia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kilang pasukan itu di sini semalam.
Hadir sama Ketua pasukan Lotus F1 Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, kedua-dua timbalannya Datuk Kamaruddin Meranun dan SM Nasaruddin SM Nasimuddin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Riad Asmat dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.
Dr Mahathir secara berseloroh berkata keupayaan pasukan itu membina jentera perlumbaan dalam masa yang singkat telah menyebabkannya "tewas pertaruhan".
"Saya berada di sini kerana saya tidak percaya mereka akan dapat menyiapkan jentera perlumbaan mereka, jadi saya mencabar mereka. Anda siapkan dahulu jentera perlumbaan dan saya akan datang melawat, dan mereka berjaya menyediakannya. Saya tewas dalam pertaruhan ini... nasib baik tidak melibatkan wang," katanya.
Ditanya mengenai persepsinya tentang pasukan itu, Dr Mahathir berkata keupayaan pasukan kecil Lotus F1 Racing membina jentera untuk perlumbaan F1 dalam masa yang singkat lima bulan sangat menakjubkan kerana bagi membina sebuah kereta sekurang-kurangnya mengambil masa setahun walaupun hanya sebuah jentera prototaip.
"Saya sangat kagum dan melihat mereka amat bernasib baik kerana mereka dapat memiliki kilang yang sedia mempunyai kelengkapan untuk membina kereta. Kilang ini asalnya milik Toyota dan Audi serta semua telah tersedia, maka mereka perlu melakukan sedikit sahaja untuk mengendalikannya atau menambah apa jua keperluan," katanya.
Dr Mahathir berkata adalah sesuatu yang menakjubkan bagi sebuah pasukan kecil Lotus F1 Racing berjaya memulakan dan menghimpunkan sejumlah individu yang pakar dalam pembuatan kereta.
Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Bapa Sukan Permotoran di Malaysia, diberi peluang untuk duduk di dalam jentera Lotus Cosworth T127 Chassis 02 dengan enjin jentera dihidupkan.
Sementara itu, Fernandes berkata Lotus F1 Racing sedang bersaing dengan mereka yang terbaik di dunia dan beliau percaya pasukan itu akan melakukan yang terbaik meskipun dengan bajet terhad.
Ia bukanlah mengenai sejumlah wang yang banyak tetapi lebih untuk menunjukkan kebolehan kepada dunia, khususnya sebagai rakyat Malaysia, katanya.
Menafikan dakwaan pasukan itu gagal menarik penaja kerana ragu akan keupayaan mereka, beliau berkata: "Saya tahu banyak keraguan timbul tetapi pertamanya, kamu hanya mempunyai lima bulan, pasukan lain memiliki 10 tahun. Tunggu dan lihat sahajalah, malahan kami juga tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk membawa penaja.
"Matlamat kami pada masa ini ialah untuk menamatkan empat perlumbaan pertama. Kami juga tidak mensasarkan sebarang kedudukan. Anda berlumba dengan Ferrari yang telah berada dalam dunia perlumbaan sejak 1930, ini bermakna sudah 80 tahun sedangkan kami baru lima bulan.
"Bajet Ferrari pastinya lebih besar daripada kami, jadi berilah sokongan kepada kami dan tunjukkan kepada dunia apa yang boleh kita lakukan. Memiliki wang yang banyak bukanlah kunci utama mencapai kejayaan.
"Saya mempunyai individu yang hebat. Tenaga, innovasi bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang, maka saya tidak terlalu khuatir mengenainya. Sudah tentu kami mahu memiliki penaja besar yang dapat memberikan kami tajaan yang besar dan kami menjadi lebih berdaya saing tetapi jika itu tidak berlaku maka kami akan melakukan dengan apa yang kami ada," katanya. - BERNAMA
Read More - Dr. 1M Mahu Lotus F1 Racing Pamer Aksi Pembaziran Terbaik 1Malaysia di Bahrain Bukti

Stadium baru untuk Kelantan jadi kenyataan

Oh! Krai Utara

Share

STADIUM Sultan Muhammed IV yang hanya mampu menampung 15,000 penonton.
 peminat bola sepak Kelantan menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di stadium baru mungkin akan menjadi kenyataan.
Ini kerana kerajaan negeri telah bersetuju menyediakan tapak pembinaan bagi kompleks sukan termasuk sebuah stadium.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood berkata, mesyuarat Perbadanan Stadium sebelum ini turut memutuskan untuk mengekalkan Stadium Sultan Muhammed IV yang berusia lebih 40 tahun itu.
Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju menyediakan tanah seluas 16 hektar di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu sebagai lokasi pembinaan kompleks sukan tersebut.
Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri juga memohon sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi membina kompleks sukan yang dicadangkan itu.
Read More - Stadium baru untuk Kelantan jadi kenyataan

Virgin Racing lancar VR-01

Oh! Krai Utara

Share Read More - Virgin Racing lancar VR-01

Kelantan Tiada Nasib Di Kuala Terengganu

Oh! Krai Utara

Share
Beraksi dilaman sendiri nyata bukanlah kelebihan buat pasukan tuan rumah, apabila dipaksa bertahan oleh pasukan pelawat.Kelantan yang memburu tiga mata berharga bagi mencari kedudukan selesa mempamerkan rentak bertenaga apabila menlancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan sebaik sahaja wisel dibunyikan, namun gagal menemui penyudah.

Peluang terbaik Kelantan membuka tirai jaringan hadir pada minit ke- 11 menerusi kapten pasukan Indra Putra Mahyudin namun gagal membuahkan hasil.

Tersentak dengan aksi bertenaga pasukan pelawat, tuan murah mula memperkemaskan jentera serangan. Mereka hampir berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke 17, namun sepak percuma Zairol berjaya di selamatkan oleh pertahanan kelantan.

Kelantan sekali lagi berpeluang berada dihadapan namun hantaran Akamal Rizal di minit ke 21 gagal di sambut oleh rakan sepasukan. Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan mengusai hampir keseluruhan permainan, namun di gagalkan oleh penyudahaan yang tumpul.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan tampil lebih bertenaga apabila melancarkan gerak-gerak menarik untuk terus memburu gol pembukaan. Hasilnya diminit ke 46 kelantan hampir- hampir Berjaya memecahkan kebuntuan namun sepakan percuma dari indra terus kedakapan pengaja gol Terengganu Mohd Sarbinee Alawi. Selang seminit kemudian pasukan tuan rumah pula mengamcam kubu pelawat menerusi sepakan kencang dari Zairol namun berjaya ditepis keluar oleh pengaja gol kelantan Syed Adney.

Menyedari ketumpulan di bahagian serangan, Ketua Jurulatih Kelantan B. Sathianathan membuat percaturan berani apabila membawa masuk tonggak utama kebangsaan Nor Sharul Idlan untuk menambah sengat dibahagian depan. Kemasukan Shahrul ternyata berjaya mengubah corak serangan kelantan. Serangan bertali arus kelantan hampir membuahkan hasil dimini-minit akhir perlawanan, namun berjaya digagalkan oleh kekebalan Mohd Sarbinee Alawi untuk menafikan hak kelantan membawa 3 mata pulang ke kota bharu.
Read More - Kelantan Tiada Nasib Di Kuala Terengganu

Apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian keganasan penonton di Stadium Bukit Jalil

Oh! Krai Utara

Share
AMPANG, November 09, 2009 — Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh. Penonton yang kebanyakan nya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mula nya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak Nampak saja apa yang berlaku diluar sana. Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya dianak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan rela, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini?

Pintu akhir nya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.

Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalau lah “official gate” dibuka seawall jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan Rela akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain.

Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan.

Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut.

Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton, pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika merai kan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa?

Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis?

Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa “in-consistency” berlaku?

Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased” kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi.

Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras.

Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional, 



http://www.facebook.com/notes/salman-faris-hamat/nah-ambik-bukti-dari-pemerhatibebas-ke-tidak-ambo-dok-kira/173018984068
Read More - Apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian keganasan penonton di Stadium Bukit Jalil

Kelantan Jual Perlawanan?

Oh! Krai Utara

Share

Kelantan Nafi Pemain Jual Perlawanan
KOTA BAHARU, 9 Nov (Bernama) -- Kelantan menolak dakwaan kononnya pemain menjual permainan yang menyebabkan pasukan itu kalah kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lepas.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata kekalahan itu juga bukan kerana kelemahan strategi ketua jurulatih, B. Sathianathan.

"Semuanya spekulasi sahaja. Bagi saya adalah tidak benar disebabkan Kelantan kalah pada perlawanan itu pelbagai tuduhan dibuat dan andaian dikeluarkan banyak pihak," katanya ketika mengulas kekalahan pasukan Kelantan itu.

Beliau ditemui pemberita sekembali dari Kuala Lumpur bersama pasukan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, dan disambut oleh 50 penyokong.

Dalam perlawanan yang disaksikan oleh lebih 60,000 penonton itu, Kelantan kalah 3-1.

Azman berkata sekiranya betul ada cubaan membeli pemain Kelantan, pihak yang membuat andaian itu perlu memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

"Bagi saya perkara itu tidak berlaku, mungkin ada pihak mahu spekulasi isu ini setelah Kelantan kalah pada perlawanan itu," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui ada kelemahan dari segi penempatan posisi pemain yang membawa kepada pasukan itu mudah ditembusi dan permainan agak lemah.

Azman berkata sebagai jurulatih, Sathianathan tahu tentang pemain yang hendak diketengahkan walaupun baru mengetuai pasukan Kelantan.

-- BERNAMA
Read More - Kelantan Jual Perlawanan?

Piala Tuk Guru: Pasukan Kuala Krai Kalah, Tapi Puashati - Tengku Alias

Oh! Krai Utara

Share

Kuala Krai kalah, puas hati prestasi pemain 

KOTA BHARU - Pengurus Pasukan Kuala Krai, Tengku Alias Tengku Ismail menerima kekalahan tersebut dengan cara terbuka walaupun terpaksa menelan kepahitan melihat anak buahnya kecundang di peringkat separuh akhir.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan prestasi permainan yang telah ditunjukkan anak buahnya dalam perlawanan separuh akhir ketika bertemu pasukan Kota Bharu.

“Walau pasukan kami tewas saya tetap berpuas hati dengan prestasi dan rentak permainan yang telah ditunjukkan anak buah saya.

“Mungkin kami tidak bernasib baik dalam perlawanan lalu dan saya tetap berharap agar kekalahan ini menjadi pengajaran buat kesemua pemain untuk memperbaiki lagi kebolehan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Selaku pengurus pasukan beliau akan memperbaiki dan memperkasakan lagi pasukan Kuala Krai sehingga berjaya di masa akan datang.

“Selepas ini anak buah saya akan berlatih lebih kuat. Saya perlu baiki lagi pasukan ini dari segi pertahanan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan dan kelab di Kuala Krai,” katanya.

Selaku pasukan yang pernah menjuarai Liga Dewan Undangan Negeri (DUN), ia memberikan kelebihan buat pasukan ini yang semakin berpengalaman dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain.

Selain itu pasukan ini turut muncul juara dalam kejohanan peringkat Parlimen Kuala Krai dan juga juara Piala Presiden 2009.

“Dengan pengalaman yang ada pada pemain, saya rasa ia memberikan kelebihan buat pasukan saya. Saya juga meletakkan harapan yang tinggi kepada pasukan ini di musim hadapan.

“Saya berharap agar pasukan Kuala Krai dapat mara sehingga ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Sehubung itu, beliau turut bersyukur kerana pasukan Kuala Krai masih berpeluang untuk meneruskan perjuangan dalam Kejohanan Piala Tok Guru 2009 walaupun setelah berlakunya kekecohan ketika pertemuan pasukan Kuala Krai bertemu Pasir Puteh.- Sinar Harian

Read More - Piala Tuk Guru: Pasukan Kuala Krai Kalah, Tapi Puashati - Tengku Alias

Kafa berdepan tindakan keras FAM

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan berdepan dengan tindakan keras Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah berlaku keganasan dan beberapa insiden berikutan perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Kafa kini bakal didenda dan penonton fanatik Red Warrior’s pula tidak dibenarkan masuk ke stadium.

Bahkan barangkali negeri Kelantan bakal diharamkan terus daripada menyertai Liga Malaysia tahun hadapan.

Tindakan melampau sege-lintir penyokong fanatik Kelan-tan dengan membaling mercun dan botol minuman ke dalam padang sehingga ada yang terkena pemain dan penyokong yang sedang beraksi dan menyaksikan perlawanan tersebut.

Apa yang dikesalkan adalah mereka turut membakar sepanduk yang sepatutnya ditonjolkan dengan gah sebagai tanda sokongan bukannya dengan membakar sepanduk yang dihasilkan penyokong sendiri.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, beliau kecewa dengan sikap segelintir penyo-kong Kelantan yang tidak berdisiplin.

“Saya kesal dengan sikap mereka. Saya sendiri tidak faham adakah ini taktik mereka untuk mengganggu konsentrasi pemain lawan atau sebaliknya.

“Perbuatan seperti ini secara tidak langsung boleh mengancam keselamatan peminat bola sepak yang hadir,” katanya.

Azzuddin berkata, Kafa perlu dikenakan hukuman lebih keras ekoran sikap yang telah ditunjukkan penyokong Red Warrior’s.

“Kami masih menunggu la-poran mengenai kerugian dan kerosakan akibat kejadian itu daripada pihak yang berkaitan termasuk Polis Di Raja Malaysia dan sebarang hukuman hanya akan ditentukan apabila mesyuarat jawatankuasa disiplin diadakan nanti.

“Kafa harus bertanggungja-wab ke atas sikap penyokong mereka. Mereka akan dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin sedikit masa lagi, mungkin selepas hari raya Aidiladha,” katanya.- Sinar Harian


Read More - Kafa berdepan tindakan keras FAM

Kejohanan Piala Tuk Guru: Kuala krai mara ke separuh akhir

Oh! Krai Utara

Share
Kota Bharu- Kuala Krai mara ke separuh akhir setelah membenam Machang dalam aksi bola sepak di suku akhir  yang berkesudahan Kuala Krai menang 2-1ke atas lawannya. kuala krai yang turun dengan penuh semangat dapat mangawal permaianan walaupun bermain dalam keadaan hujan, tidak sedikitpun menghalangnya dari  memenangi perlawanan tersebut. Dalam aksi kumpulan Kuala Krai yang terikat 2-2 dengan tuan rumah Pasir puteh dalam perlawanan yang dicemari dengan Aksi pergaduhan, namun dipertikai oleh prmaian pasir puteh yang mendakwa pengadil tidak berfesioanal dan kurang mutu pengadilan. disebabkan rasa tidak puas hati para pemain, salah seorang pemain tuan rumah telah menyerang pengadil perlawanan. akibat tindakan itu pengurus perlawanan telah memberi kemengan kepada pasukan pelawat. Berbalik kepada perlawanan yang berlasung di Kota Bharu Pengurus pasuakan Kuala krai, Tengku Alias berkata kemenangan kepada  machang semalam adalah berkat kegigihan para pemain Menjalani latihan dan sikap bermain dalam kumpulan. Dengan kemenagan itu Kuala Krai layak keseparuh akhir menentang Kota Bharu.
Read More - Kejohanan Piala Tuk Guru: Kuala krai mara ke separuh akhir

Buat Duit Dengan Catch Eye? Cara Baru Buat Duit Sambil Berblog Di Malaysia

Oh! Krai Utara

Share


klik gambar di atas atau terus ke: www.catcheye.com.my
Read More - Buat Duit Dengan Catch Eye? Cara Baru Buat Duit Sambil Berblog Di Malaysia

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kepada bola sepak Kelantan

Oh! Krai Utara

Share
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri atas prestasi membanggakan dalam kempen Piala Malaysia tahun ini. 

Ia berikutan kejayaan pasukan itu menewaskan Perlis pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke- IV di sini malam kelmarin. 

Timbalan Speaker DUN Kelantan, Zaki Ibrahim membuat kenyataan itu ketika pembukaan dewan pagi, semalam. 

“Dewan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana menewaskan Perlis malam tadi. 

“Dewan juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir ke stadium untuk menyaksikan dan memberikan semangat kepada para pemain,” katanya. 

Pasukan Kelantan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan tahun ini apabila layak ke perlawanan akhir Piala FA dan separuh akhir Piala Malaysia. 

Kejayaan itu menjadi topik perbualan hangat di negeri ini selepas lebih 40 tahun tidak pernah membawa pulang sebarang kejuaraan.

Berikutan itu, pada sidang DUN ini juga masalah stadium yang tidak terurus dan lokasinya tidak strategik menjadi topik hangat. 

Perkara ini dibangkitkan oleh beberapa ADUN dan Kerajaan Negeri juga menyatakan bahawa masalah itu sedang dipantau serta dijangka dapat diselesaikan apabila sebuah stadium baru dibina di bandar Baru Tunjong dekat sini tidak lama lagi.
Read More - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kepada bola sepak Kelantan

Pemain Red Warrior’s terima bonus

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU - :Kejayaan Red Warrior’s dalam perlawanan kelmarin dihargai oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan seperti yang telah dijanjikan semalam kesemua pemain telah dibayar bonus secara berperingkat di atas kejayaan tersebut.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah menyampaikan cek bernilai RM52,000 kepada kesemua pemain dalam majlis penyerahan cek dan makan tengah hari untuk meraikan kemenangan Kelantan dan kelayakan mara ke peringkat separuh akhir.

“Saya bersyukur di atas kemenangan pasukan Kelantan dalam perlawanan menentang KL Plus kelmarin. Bonus yang diberikan ini sebagai tanda penghargaan pihak pengurusan KAFA kepada pemain yang telah bertungkus-lumus dalam setiap perlawanan.

“Piala Malaysia merupakan peluang terakhir buat Red Warrior’s musim ini dan perlawanan separuh akhir merupakan kunci buat pasukan Kelantan untuk meraih kejayaan penutup tirai 2009 dengan menjadi sebuah pasukan legenda,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, kesemua persatuan bola sepak negeri perlu menerima hakikat yang pemain bola sepak negeri merupakan pemain profesional dan mereka perlu dibayar gaji secara pemain profesional.

Dalam Piala FA musim lalu pasukan Kelantan tewas kepada Selangor pada perlawanan akhir dan kini pasukan tersebut kecundang di tangan Terengganu dalam penentuan sepakan penalti kelmarin.

“Kini peluang untuk menjuarai Piala Malaysia telah terbuka dengan ketiadaan pasukan Selangor. Pasukan Negeri Sembilan kita pernah tewaskan begitu juga dengan dua pasukan lain iaitu Perlis dan Terengganu.

“Saya berharap agar Kelantan dapat menundukkan pasukan Perlis di perlawanan akan datang. Jika mereka berjaya menewaskan Perlis, 4-0, kesemua pemain akan menerima bayaran bonus melebihi daripada biasa,” katanya.

Menurutnya, tahun 2009 merupakan tahun yang sangat berwarna-warni di Kelantan sejajar dengan kemajuan bola sepak di sini.

Katanya, Red Warrior’s boleh diibaratkan seperti pembawa obor dan panji dalam perspektif yang lebih meluas.

“Kini pasukan Kelantan telah lengkap dengan kombinasi yang begitu cemerlang dari segi pemain, jurulatih dan juga penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada Red Warrior’s.

“Jika pasukan beraksi dengan baik sudah tentu peminat akan datang menyaksikan perlawanan yang diadakan tak kira di mana-mana sahaja. Tahun 2010, pasukan Kelantan buat keputusan untuk menggunakan kekuatan tahun ini untuk menjadikan Red Warrior’s. Sebuah pasukan gergasi bola sepak negara,” katanya.

Annuar berkata, beliau berduka cita dengan kelakuan segelintir peminat bola sepak pasukan Red Warrior’s yang secara sengaja membaling botol dan membakar mercun di dalam kawasan stadium.

“KAFA tak dapat buat apa-apa dan terpaksa membayar denda yang dikenakan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beratus ribu telah dihabiskan untuk membayar denda dan jika kejadian ini masih berterusan KAFA bakal menghadapi masalah kewangan.

“Saya berharap agar kesemua penonton menunjukkan semangat muhibah bola sepak dan lebih berdisiplin,” katanya.-sinar harian
Read More - Pemain Red Warrior’s terima bonus

NS, Perlis, Kelantan dan Terengganu layak

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR -- Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak Piala Malaysia selepas memenangi perlawanan suku akhir malam ini.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan Terengganu mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan pilihan Selangor dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 malam ini dan 2-2 secara agregat.

Dalam perlawanan malam ini, Terengganu membuka tirai jaringan menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-12 tetapi pada minit ke-62 Selangor menyamakan kedudukan menerusi D. Surendren. Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 dan tambahan masa 30 minit masih gagal menghasilkan gol menyebabkan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan melangkah ke perlawanan separuh akhir selepas menang bergaya 3-0 ke atas KL Plus. Dengan keputusan itu Kelantan mara dengan agregat 4-1 selepas seri 1-1 di Cheras, Selasa lalu.

Gol pasukan "Red Warriors" di hadapan lebih 20,000 penyokong itu dijaringkan oleh pemain sensasinya Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-13 melalui sepakan penalti dan dua gol lagi dijaringkan penyerang Mohd Norfarhan Mohamad pada minit ke-75 dan 78.

Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan separuh akhir setelah menewaskan Kuala Muda Naza 3-0 dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, untuk secara agregat menang 5-0 Negeri Sembilan mendapat jaringan pertama pada minit ke-12 menerusi Mohd
Shukor Adan. Kuala Muda terus tertekan apabila pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-28 setelah Idris Abdul Karim dijatuhkan dan berjaya disempurnakan oleh Mohd Zakuan Adha untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan Shahurain Abu Samah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-36.

Perlis pula menempah tiket ke separuh akhir apabila menumpaskan Johor FC dengan agregat 4-1 setelah malam ini menang 2-0 dalam perlawanan di Stadium Utama di Kangar.

Gol-gol Perlis dijaringkan oleh Amar Rohidan pada minit kelapan dan Nizaruddin Yusof pada minit ke-48. Perlawanan malam ini dicemari dengan insiden pergaduhan di tengah padang pada minit ke-69 menyebabkan dua pemain Johor iaitu Mohd Saiful Sabtu dan Sivakumar Munusamy serta seorang pemain Perlis Azi Shahril Azmi dilayangkan kad merah oleh pengadil R.Krishnan.

--BERNAMA
Read More - NS, Perlis, Kelantan dan Terengganu layak

Red Warriors tunggu di Kota Bharu

Oh! Krai Utara

Share
Plus FC dan Kelantan mempertahankan dan mendakwa pasukan masing-masing berhak beroleh kemenangan berdasarkan peluang yang dicipta pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, kelmarin.

Namun, ketika diminta pandangan mengenai mutu perlawanan ini, kedua-dua jurulatih enggan mengulas lanjut mengenai tahap pengadil pada perlawanan itu.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin dan Fadzli Saari.

Bagaimanapun, beberapa insiden kekasaran sedikit mengganggu rentak permainan manakala gol Fadzli pula mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong Kelantan yang mendakwanya offside.

“Saya berasa ralat jugalah kerana tak boleh menang walaupun memiliki beberapa peluang di depan pintu gol.

“Plus FC tidak mempunyai masalah untuk beroleh kemenangan di Kota Bharu. Lagipun berdasarkan suasana pada malam ini(kelmarin) pun, tidak banyak bezanya. Jadi kami sudah bersedia mengharungi perlawanan di sana nanti.

“Cuma saya berharap kawalan keselamatan yang lebih ketat ketika di sana nanti,” kata pengendali Plus FC, Mat Zan Mat Aris.

Mengenai jaringan penyamaan Plus FC, jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata: “Saya terpaksa terima apa sahaja keputusan. :Kami masih pulang ke Kota Bharu berbekalkan kelebihan jaringan di tempat lawan.”

Menurutnya, bukan mudah untuk mana-mana pasukan mendapat kemenangan di Kota Bharu.

“Apatah lagi mendapat sokongan berbelah bahagi daripada peminat," katanya.

Ketika diminta mengulas jaringan penyamaan Plus FC, jawab Sathianathan mudah: “Biarlah orang bijak pandai di FAM (Persekutuan Bola Sepak Malaysia) yang mencari jawapannya.”-sianr harian
Read More - Red Warriors tunggu di Kota Bharu

Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru kali ke 5: Skuad Pasir Puteh disingkir akibat tindakan luar batasan

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU - Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran! Begitulah umpama yang sukar diterima buat Skuad Bola Sepak Parlimen Pasir Puteh akibat bertindak di luar batasan.

Dalam perlawanan 17 Oktober lalu, pasukan Pasir Puteh yang bertemu pasukan Kuala Krai, tiba-tiba hilang kawalan setelah pemain Kuala Krai menjaringkan gol pertama buat pasukannya.

Ketika itu penjaga garisan yang bertugas telah mengangkat bendera menandakan pemain Kuala Krai telah ‘offside’, tetapi tidak diendahkan oleh mereka sehingga menjaringkan gol kemarahan pasukan Pasir Puteh.

Jaringan tersebut pula dikira masuk oleh pengadil dan tercetuslah kemarahan ketua pasukan Pasir Puteh, Suhaidi Suhaimi sehingga hilang kawalan dan memukul penjaga garisan dalam perlawanan Kejohanan Piala Tok Guru.

Bagaimanapun, penjaga garisan tersebut berjaya menyelamatkan diri dan berlari ke arah penonton sehingga keadaan kembali tenang.

Ditambah lagi dengan sorakan dan hasutan penyokong yang hadir menyemarakkan lagi ketegangan itu.

Pengurus Pasukan Pasir Puteh, Shafie Jusuf berkata, beliau tidak berpuas hati dengan tindakan penjaga garisan yang dianggap berat sebelah.

“Masa pemain Kuala Krai jaringkan gol, pemain Pasir Puteh tak tengok bola sebab mereka sudah ‘offside’. Tetapi pemain Kuala Krai tetap tidak mengendahkan tindakan penjaga garisan yang telah mengangkat naik bendera tanda ‘offside’.

“Tetapi tindakan penjaga garisan menurunkan bendera ketika pemain Kuala Krai berjaya jaringkan gol itulah penyebab kekecohan itu berlaku,” katanya.

Shafie Jusuf mengakui yang anak buahnya hilang kawalan sehingga dikenakan tindakan tatatertib sekali gus disingkir daripada mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan pihak pengurusan kejohanan. Sebelum ini mereka berkata yang perlawanan ini akan ditangguhkan tetapi mengapa pasukan Pasir Puteh disingkirkan.

“Saya sanggup menerima apa jua hukuman yang boleh dikenakan setimpal dengan kesalahan anak buah saya, tetapi pihak pengadil perlulah adil dalam mengadili perlawanan yang sedang berlangsung,” katanya. - sinar harian
Read More - Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru kali ke 5: Skuad Pasir Puteh disingkir akibat tindakan luar batasan

Warga Kuala Krai sambut baik Klinik Motocross

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BHARU - Klinik Motocross kali ketiga anjuran Persatuan Motocross 4x4 Kelantan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Kelantan disambut meriah warga Kuala Krai.

Klinik selama dua ha-ri yang bermula dari 16 hingga 17 Oktober tersebut disertai 58 peserta daripada seluruh Kelantan di Trek Motocross Batu Jong, Bukit Sireh, Kuala Krai.

Kesemua peserta yang hadir berjaya menamatkan kursus tersebut dan membawa pulang sijil penyertaan.

Selain klinik, pertan-dingan motocross dan cupcross turut diadakan pada tarikh tersebut dan penonton yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan daripada kugiran Moto X.

Presiden Motorcross 4x4 Kelantan, Abdul Halim Awang berkata, sambutan diterima melebihi jangkaan.

“Pada mulanya penyertaan hanya dibuka kepada 40 peserta. Tetapi memandangkan penyertaan amat menggalakkan, kami menambah bilangan peserta kepada 58 orang yang terdiri daripada ahli Motorcross 4x4 Kelantan dan bukan ahli.

“Setiap peserta yang telah mengikuti klinik ini akan diberi pendedahan mengenai teknik-teknik menunggang motocross dengan selamat. Dengan pendedahan dan teknik yang telah diajar oleh jurulatih yang berpengalaman diharap dapat dimanfaatkan sebaik yang mungkin,” katanya.

Tiga jurulatih yang mengendalikan klinik tersebut ialah Muhammad Mansor, Tuan Mansor Raja Sulaiman dan Ibrahim Muhammad yang memiliki pengalaman luas dalam sukan motocross.

Sementara itu, Setiausaha Per-satuan Motocross 4x4 Kelantan, Che Rosli Che Ismail berkata, sukan motocross diminati tak kira usia dan persatuan itu sentiasa memberi peluang kepada ahli dan bukan ahli yang berminat untuk menaik taraf sukan tersebut ke peringkat lebih baik.

Katanya, dalam pertandingan motocross dan cubcross, sebanyak 91 motosikal lasak yang terdiri daripada 33 motocross dan 58 cubcross mengambil bahagian dalam kejohanan tertutup itu.

Bagi motocross, dua kategori dipertandingkan iaitu kategori 4 Lejang (stroke) dan 2 Lejang. Kategori 4 Lejang dimenangi Mohd Zabidi Muhammad dan kategori 2 Lejang menjadi milik Mohd khairi Muhammad.

Manakala bagi kategori cubcross pula dimenangi pasangan adik beradik Mohd Khairi Muhammad dan Mohd Azwandi Muhammad yang berjaya menguasai litar tersebut dengan baik.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Krai, Asisten Superintendan Idris Man.

Melihat sambutan mengga-lakkan itu, Persatuan Motocross 4x4 Kelantan menganjurkan Kejo-hanan Motocross Antarabangsa yang dijangka diadakan awal tahun hadapan. - sinar harian
Read More - Warga Kuala Krai sambut baik Klinik Motocross

Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru kali ke 5: Kota Bharu hantar pulang Gua Musang selepas kalah 4-1

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU - Pasukan Bola Sepak Kota Bharu berjaya menewaskan pasukan Gua Musang 4-1, dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru kali ke-5 yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Pada awal perlawanan, pasukan Gua Musang dilihat menguasai padang apabila berjaya menembusi pertahanan Kota Bharu di minit ke-12 separuh masa pertama melalui jaringan Mohd Suharmizi Abdul Rahman.

Kota Bharu yang keting-galan 0-1, mula mengasak lawan dan Nik Mohd Hafizul berjaya menghadi-ahkan jaringan pertama buat pasukannya pada minit ke-21.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Mohd Juzali Zakarna berjaya merembat masuk gol kedua Kota Bha-ru pada minit ke-35. - www.sinarharian.com.my

Setelah rehat, sekali lagi pemain penyerang Kota Bharu, Mohd Juzali Zakarna berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-46.

Pada minit ke-60, Mohd Juzali Zakarna berjaya menyempurnakan gol keempat sekali gus menghantar pulang pasukan Gua Musang.

Pengurus Pasukan Kota Bharu, Khairudin Abdul Wahab yang ditemui menyifatkan perlawanan yang dilangsungkan pada 17 Oktober lalu merupakan satu perlawanan sebenar.

“Saya rasa pasukan ini boleh pergi lebih jauh. Prestasi yang telah dipamerkan anak buah saya memang baik dalam perlawanan menentang Gua Musang.

“Saya lihat kesefahaman pemain semakin baik dan dari segi kerjasama pemain juga bertambah baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Menurutnya, pada tahun 2007 pasukan Kota Bharu berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini dan tahun ini Kota Bharu meletakkan sasaran untuk mara sehingga ke akhir perlawanan.

“Saya rasa tahun ini pasukan Kota Bharu boleh mara lebih jauh kerana pemain pasukan ini seperti Mohd Juzali Zakarna dan lain-lain baru menunjukkan kekuatan sebenar.

“Sebelum ini mereka tidak berani hendak tonjolkan kebolehan sebenar tetapi secara keseluruhan kesemua pemain semakin bertambah baik dan lebih berani,” katanya.
Read More - Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru kali ke 5: Kota Bharu hantar pulang Gua Musang selepas kalah 4-1

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...