Kafa berdepan tindakan keras FAM

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan berdepan dengan tindakan keras Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah berlaku keganasan dan beberapa insiden berikutan perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Kafa kini bakal didenda dan penonton fanatik Red Warrior’s pula tidak dibenarkan masuk ke stadium.

Bahkan barangkali negeri Kelantan bakal diharamkan terus daripada menyertai Liga Malaysia tahun hadapan.

Tindakan melampau sege-lintir penyokong fanatik Kelan-tan dengan membaling mercun dan botol minuman ke dalam padang sehingga ada yang terkena pemain dan penyokong yang sedang beraksi dan menyaksikan perlawanan tersebut.

Apa yang dikesalkan adalah mereka turut membakar sepanduk yang sepatutnya ditonjolkan dengan gah sebagai tanda sokongan bukannya dengan membakar sepanduk yang dihasilkan penyokong sendiri.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, beliau kecewa dengan sikap segelintir penyo-kong Kelantan yang tidak berdisiplin.

“Saya kesal dengan sikap mereka. Saya sendiri tidak faham adakah ini taktik mereka untuk mengganggu konsentrasi pemain lawan atau sebaliknya.

“Perbuatan seperti ini secara tidak langsung boleh mengancam keselamatan peminat bola sepak yang hadir,” katanya.

Azzuddin berkata, Kafa perlu dikenakan hukuman lebih keras ekoran sikap yang telah ditunjukkan penyokong Red Warrior’s.

“Kami masih menunggu la-poran mengenai kerugian dan kerosakan akibat kejadian itu daripada pihak yang berkaitan termasuk Polis Di Raja Malaysia dan sebarang hukuman hanya akan ditentukan apabila mesyuarat jawatankuasa disiplin diadakan nanti.

“Kafa harus bertanggungja-wab ke atas sikap penyokong mereka. Mereka akan dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin sedikit masa lagi, mungkin selepas hari raya Aidiladha,” katanya.- Sinar Harian


0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...