Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru kali ke 5: Kota Bharu hantar pulang Gua Musang selepas kalah 4-1

Oh! Krai Utara

Share KOTA BHARU - Pasukan Bola Sepak Kota Bharu berjaya menewaskan pasukan Gua Musang 4-1, dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru kali ke-5 yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Pada awal perlawanan, pasukan Gua Musang dilihat menguasai padang apabila berjaya menembusi pertahanan Kota Bharu di minit ke-12 separuh masa pertama melalui jaringan Mohd Suharmizi Abdul Rahman.

Kota Bharu yang keting-galan 0-1, mula mengasak lawan dan Nik Mohd Hafizul berjaya menghadi-ahkan jaringan pertama buat pasukannya pada minit ke-21.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Mohd Juzali Zakarna berjaya merembat masuk gol kedua Kota Bha-ru pada minit ke-35. - www.sinarharian.com.my

Setelah rehat, sekali lagi pemain penyerang Kota Bharu, Mohd Juzali Zakarna berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-46.

Pada minit ke-60, Mohd Juzali Zakarna berjaya menyempurnakan gol keempat sekali gus menghantar pulang pasukan Gua Musang.

Pengurus Pasukan Kota Bharu, Khairudin Abdul Wahab yang ditemui menyifatkan perlawanan yang dilangsungkan pada 17 Oktober lalu merupakan satu perlawanan sebenar.

“Saya rasa pasukan ini boleh pergi lebih jauh. Prestasi yang telah dipamerkan anak buah saya memang baik dalam perlawanan menentang Gua Musang.

“Saya lihat kesefahaman pemain semakin baik dan dari segi kerjasama pemain juga bertambah baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Menurutnya, pada tahun 2007 pasukan Kota Bharu berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini dan tahun ini Kota Bharu meletakkan sasaran untuk mara sehingga ke akhir perlawanan.

“Saya rasa tahun ini pasukan Kota Bharu boleh mara lebih jauh kerana pemain pasukan ini seperti Mohd Juzali Zakarna dan lain-lain baru menunjukkan kekuatan sebenar.

“Sebelum ini mereka tidak berani hendak tonjolkan kebolehan sebenar tetapi secara keseluruhan kesemua pemain semakin bertambah baik dan lebih berani,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...