Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kepada bola sepak Kelantan
Oh! Krai Utara
Ia berikutan kejayaan pasukan itu menewaskan Perlis pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke- IV di sini malam kelmarin.
Timbalan Speaker DUN Kelantan, Zaki Ibrahim membuat kenyataan itu ketika pembukaan dewan pagi, semalam.
“Dewan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana menewaskan Perlis malam tadi.
“Dewan juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir ke stadium untuk menyaksikan dan memberikan semangat kepada para pemain,” katanya.
Pasukan Kelantan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan tahun ini apabila layak ke perlawanan akhir Piala FA dan separuh akhir Piala Malaysia.
Kejayaan itu menjadi topik perbualan hangat di negeri ini selepas lebih 40 tahun tidak pernah membawa pulang sebarang kejuaraan.
Berikutan itu, pada sidang DUN ini juga masalah stadium yang tidak terurus dan lokasinya tidak strategik menjadi topik hangat.
Perkara ini dibangkitkan oleh beberapa ADUN dan Kerajaan Negeri juga menyatakan bahawa masalah itu sedang dipantau serta dijangka dapat diselesaikan apabila sebuah stadium baru dibina di bandar Baru Tunjong dekat sini tidak lama lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan