Warga Kuala Krai sambut baik Klinik Motocross
Oh! Krai Utara
Klinik selama dua ha-ri yang bermula dari 16 hingga 17 Oktober tersebut disertai 58 peserta daripada seluruh Kelantan di Trek Motocross Batu Jong, Bukit Sireh, Kuala Krai.
Kesemua peserta yang hadir berjaya menamatkan kursus tersebut dan membawa pulang sijil penyertaan.
Selain klinik, pertan-dingan motocross dan cupcross turut diadakan pada tarikh tersebut dan penonton yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan daripada kugiran Moto X.
Presiden Motorcross 4x4 Kelantan, Abdul Halim Awang berkata, sambutan diterima melebihi jangkaan.
“Pada mulanya penyertaan hanya dibuka kepada 40 peserta. Tetapi memandangkan penyertaan amat menggalakkan, kami menambah bilangan peserta kepada 58 orang yang terdiri daripada ahli Motorcross 4x4 Kelantan dan bukan ahli.
“Setiap peserta yang telah mengikuti klinik ini akan diberi pendedahan mengenai teknik-teknik menunggang motocross dengan selamat. Dengan pendedahan dan teknik yang telah diajar oleh jurulatih yang berpengalaman diharap dapat dimanfaatkan sebaik yang mungkin,” katanya.
Tiga jurulatih yang mengendalikan klinik tersebut ialah Muhammad Mansor, Tuan Mansor Raja Sulaiman dan Ibrahim Muhammad yang memiliki pengalaman luas dalam sukan motocross.
Sementara itu, Setiausaha Per-satuan Motocross 4x4 Kelantan, Che Rosli Che Ismail berkata, sukan motocross diminati tak kira usia dan persatuan itu sentiasa memberi peluang kepada ahli dan bukan ahli yang berminat untuk menaik taraf sukan tersebut ke peringkat lebih baik.
Katanya, dalam pertandingan motocross dan cubcross, sebanyak 91 motosikal lasak yang terdiri daripada 33 motocross dan 58 cubcross mengambil bahagian dalam kejohanan tertutup itu.
Bagi motocross, dua kategori dipertandingkan iaitu kategori 4 Lejang (stroke) dan 2 Lejang. Kategori 4 Lejang dimenangi Mohd Zabidi Muhammad dan kategori 2 Lejang menjadi milik Mohd khairi Muhammad.
Manakala bagi kategori cubcross pula dimenangi pasangan adik beradik Mohd Khairi Muhammad dan Mohd Azwandi Muhammad yang berjaya menguasai litar tersebut dengan baik.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Krai, Asisten Superintendan Idris Man.
Melihat sambutan mengga-lakkan itu, Persatuan Motocross 4x4 Kelantan menganjurkan Kejo-hanan Motocross Antarabangsa yang dijangka diadakan awal tahun hadapan. - sinar harian
0 ulasan:
Catat Ulasan