NS, Perlis, Kelantan dan Terengganu layak
Oh! Krai Utara
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan Terengganu mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan pilihan Selangor dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 malam ini dan 2-2 secara agregat.
Dalam perlawanan malam ini, Terengganu membuka tirai jaringan menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-12 tetapi pada minit ke-62 Selangor menyamakan kedudukan menerusi D. Surendren. Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 dan tambahan masa 30 minit masih gagal menghasilkan gol menyebabkan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan melangkah ke perlawanan separuh akhir selepas menang bergaya 3-0 ke atas KL Plus. Dengan keputusan itu Kelantan mara dengan agregat 4-1 selepas seri 1-1 di Cheras, Selasa lalu.
Gol pasukan "Red Warriors" di hadapan lebih 20,000 penyokong itu dijaringkan oleh pemain sensasinya Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-13 melalui sepakan penalti dan dua gol lagi dijaringkan penyerang Mohd Norfarhan Mohamad pada minit ke-75 dan 78.
Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan separuh akhir setelah menewaskan Kuala Muda Naza 3-0 dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, untuk secara agregat menang 5-0 Negeri Sembilan mendapat jaringan pertama pada minit ke-12 menerusi Mohd
Shukor Adan. Kuala Muda terus tertekan apabila pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-28 setelah Idris Abdul Karim dijatuhkan dan berjaya disempurnakan oleh Mohd Zakuan Adha untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan Shahurain Abu Samah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-36.
Perlis pula menempah tiket ke separuh akhir apabila menumpaskan Johor FC dengan agregat 4-1 setelah malam ini menang 2-0 dalam perlawanan di Stadium Utama di Kangar.
Gol-gol Perlis dijaringkan oleh Amar Rohidan pada minit kelapan dan Nizaruddin Yusof pada minit ke-48. Perlawanan malam ini dicemari dengan insiden pergaduhan di tengah padang pada minit ke-69 menyebabkan dua pemain Johor iaitu Mohd Saiful Sabtu dan Sivakumar Munusamy serta seorang pemain Perlis Azi Shahril Azmi dilayangkan kad merah oleh pengadil R.Krishnan.
--BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan