Ceramah anak dihalang

Oh! Krai Utara

Share

Ceramah Anak disekat lagi! Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula. Pengkhianat yang merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala Anak dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka dihalang dari menyampaikan maklumat. Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas Hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik. Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yang datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya. Kalau hampir 5 tahun boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2 hingga 3 bulan tidak boleh menahan sabar. Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar setelah menguasai Putrajaya!Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sungai Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi-aksi hodoh para samseng ini.Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia diperalat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircond; peneroka dan generasi 2/3 jadi korban.Kesian sungguh.... (http://gayapeneroka.blogspot.com)

Read More - Ceramah anak dihalang

Wow! Gadis dituduh mencuri dipukul, pakaian dilucut

Oh! Krai Utara

Share

myMetro
Kuching: Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan.Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah.“Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa.“Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. “Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa.

Read More - Wow! Gadis dituduh mencuri dipukul, pakaian dilucut

UMNO Bahagian Pasir Gudang tutup kedai, gulung tikarlah jawabnya

Oh! Krai Utara

Share

Ketua UMNO Bahagian arah tutup bilik gerakan UMNO sebab marah pada MB

Sinar harian
PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan. Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab. “Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji. “Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti. “Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut. “Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol. Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja. “Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya. -

Read More - UMNO Bahagian Pasir Gudang tutup kedai, gulung tikarlah jawabnya

Muslim Fact: 10 fakta tentang kelahiran yg anda patut tahu

Oh! Krai Utara

Share
I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad's photo. subhanalllah...amin.. ‎>> 10 fakta tentang kelahiran yg anda patut tahu <<1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.>> Sayangi ibu anda...redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa <<~az-zahra~
Read More - Muslim Fact: 10 fakta tentang kelahiran yg anda patut tahu

Isu RM 207 billion Pampasan buruh paksa: Jepun sudah bayar - setiausaha kedutaan

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an."Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu." Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak. Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. Dalam kunjungan hari ini, Sekteriat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu."Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya."Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruh paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan negeri atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini."Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,".Mengikut rekod persatuan, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan."Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

Read More - Isu RM 207 billion Pampasan buruh paksa: Jepun sudah bayar - setiausaha kedutaan

Kesian.Kaum Wanita di Cina Mulai Diminta Untuk Kencing Berdiri

Oh! Krai Utara

Share

Belum jelas betul maksud dari sosialisasi pemberlakuan kencing berdiri dari beberapa toilet umum wanita di Cina, namun menurut beberapa media lokal hal tersebut lebih banyak karena tujuan praktis dan menyederhanakan toilet, karena kencing berdiri tidak banyak memakan tempat dan membutuhkan air yang berlebih.Di salah satu kampus di Shaanxi Normal University, kencing berdiri bagi para wanita ini sudah mulai diberlakukan. Beragam reaksi yang muncul terutama yang menganggap hal tersebut tidak lumrah serta tidak nyaman bagi kaum wanita, belum lagi masalah higenitas. Namun sepertinya pihak kampus bersikeras untuk tetap menerapkan dan meyakinkan hal tersebut tidak masalah.Lalu bagaimana teknik dan cara kencing berdiri bagi wanita, dikutip ruanghati.com dari forum BBS Cina, menjelaskan cara yang dilakukan para wanita yang mau kencing berdiri adalah dibantu dengan alat bantu kertas yang di desain khusus agar air urine bisa tersalur ke closet berdiri, dan alat bantu itu disediakan di dalam Toilet yang adaDi beberapa tempat lainnya Toilet wanita berdiri sudah mulai dibangun di tempat-tempat umum, terutama dimana air susah terbatas dan tidak banyak. Butuh penyesuaian yang susah bagi para wanita untuk biasa kencing berdiri ujar salah satu mahasiswi yang baru saja mencoba kencing berdiri dalam Toilet sumber: ruanghati

Read More - Kesian.Kaum Wanita di Cina Mulai Diminta Untuk Kencing Berdiri

Oh! Kejam: Bunuh anak gadis kerna main cinta dengan lelaki desa.

Oh! Krai Utara

Share

Seorang gadis di India terpaksa merenggang nyawa akibat dipenggal oleh ayahnya sendiri akibat dari kencan dengan seorang lelakidi Desa. Lelaki seperti ini   tidak layak dipanggil  ayah kerana sepatutnya seorang ayah melindungi anak gadisnya namun seorang ayah di India ini malah membunuh anak kandungnya sendiri hanya kerana anaknya kencan dengan seorang pemuda di tempat ia tinggal.Menurut berita di Asiaone.com  kejadian ini terjadi pada hari khamis lepas sejumlah tetangga yang mendengarkan pergaduhan dan teriakan yang sangat kuat  kerana   warga terkejut   melihat langsung tempat kejadian, ternyata disana telah tergeletak seorang gadis yang telah berlumuran darah akibat kepalanya dipenggal.Kerana melihat kejadian berdarah ini warga segera menghubungi polis . Polis  pun akhirnya menahan ayah mangsa yang merupakan pelaku utama dari pembunuhan ini. Ketika diperiksa polis , sang ayah mengaku yang dia yang memenggal anaknya kerana anaknya yang masih gadis masih berhubungan dan pacaran dengan pemuda desa yang tidak disukai ayahnya. Dia mengaku telah berusaha meyakinkan puterinya berulangkali bahawa reputasi keluarga mereka dipertaruhkan jika dia melanjutkan hubungan asmaranya dengan lelaki itu.Sang ayah menjadi marah ketika dia melihat langsung bahawa puterinya   masih menjalin asmara dengan lelaki tersebut. Gelap mata dia menyerang puterinya dengan sebuah tongkat, lalu memenggal kepalanya.

Read More - Oh! Kejam: Bunuh anak gadis kerna main cinta dengan lelaki desa.

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...