Ceramah anak dihalang

Oh! Krai Utara

Share

Ceramah Anak disekat lagi! Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula. Pengkhianat yang merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala Anak dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka dihalang dari menyampaikan maklumat. Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas Hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik. Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yang datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya. Kalau hampir 5 tahun boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2 hingga 3 bulan tidak boleh menahan sabar. Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar setelah menguasai Putrajaya!Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sungai Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi-aksi hodoh para samseng ini.Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia diperalat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircond; peneroka dan generasi 2/3 jadi korban.Kesian sungguh.... (http://gayapeneroka.blogspot.com)

Read More - Ceramah anak dihalang

Lu ale anak ka? TIP MENANGANI ANAK

Oh! Krai Utara

Share

Rindu menjemputku kembali ya allah's photo
untuk ingatan kita bersama

. 1.Jangan pukul anak dari lutut keatas2.Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.3.Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.4.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.5.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).6.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).7.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).8.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.9.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).10.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.11.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)12.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.14.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).15.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.16.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.17.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.18.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.19.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.20.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.21.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.22.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.Anak2 perlukan sentuhan dan belaian ,bukan dengan memukul atau mengherdik.

Read More - Lu ale anak ka? TIP MENANGANI ANAK

Oh! Hebat: Wanita yang memiliki Anak Terbanyak di Dunia. 69 orang semuanya

Oh! Krai Utara

Share

Tribunnews.com - RUSIA--Siapa wanita yang tersubur dan memiliki ramai anak? Namanya memang tidak diketahui, Ini Dia Wanita yang memiliki Anak Terbanyak di Dunia. 69 orang semuanya namun yang jelas dialah isteri pertama dari seorang petani bernama, Feodor Vassilyev yang hidup di tahun 1707-1782) dari daerah Shuya, Rusia. Dia melahirkan 16 pasang bayi kembar, 7 bayi triplets (kembar tiga), dan 4 bayi quadruplets (kembar empat).Seperti kutip Tribun dari Warta Kota yang dilansir Dunia net, wanita ini adalah isteri pertama dari Feodor Vassilyev.Entah apa penyebabnya sehingga ibu 69 anak ini kemudian meninggal bunuh diri. Setelah itu, Feodor menikah lagi. Hebatnya, dia boleh memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 anaknya.Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 anak. Jika masing-masing anak saat dewasa menghasilkan 2 anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk ukuran zaman dahulu), dan apabila dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka saat ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang.

Read More - Oh! Hebat: Wanita yang memiliki Anak Terbanyak di Dunia. 69 orang semuanya

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...