Isu RM 207 billion Pampasan buruh paksa: Jepun sudah bayar - setiausaha kedutaan
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an."Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu." Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak. Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. Dalam kunjungan hari ini, Sekteriat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu."Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya."Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruh paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan negeri atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini."Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,".Mengikut rekod persatuan, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan."Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.
Terkini: Jepun Digoncang Gempa 7.3 Skala Richter, Tsunami Setinggi Satu Meter
Oh! Krai Utara
TRIBUNNEWS.COM - Sebuah gempa berkekuatan 5.1 skala Richter mengguncang daerah Tohoku dan dilaporkan gelombang tsunami mencapai satu meter di Perfektur Miyagi, Pulau Honshu, Jepun. Demikian dilaporkan korespondenTribunnews.com, Richard Susilo, dari Tokyo.Richard melaporkan, guncangan yang ia rasakan cukup lama dan kencang sekitar satu minit. "Sekitar pukul 17.20 waktu Tokyo guncangan kembali dirasakan. Kemungkinan bisa tsunami setinggi dua meter di Miyagi yang dilaporkan terkena gempa dengan kekuatan 7.3 SR," demikian kata Richard melalui BlackBerry Messenger (BBM), Jumat (7/12/2012).Kata Richard, seluruh stesyen televisyen di Jepun menyiarkan dan meminta masyarakat di sekitar wilayah pantai Tohoku untuk segera mengungsi dan tidak menggunakan kereta. Pembangkit elektrik tenaga nuklir, Fukushima, dilaporkan tidak mengalami masalah."Perkiraan tsunami datang pukul 17.40 tapi hingga kini belum terlihat. Yang ada hanya gelombang naik. Tidak terlihat karena gelap di daerah pantai Tohoko," tulisnya. Lokasi pusat gempa berdekatan dengan pusat gempa yang terjadi pada 11 Mac tahun lalu.Kereta api terutama Shinkansen sempat berhenti sesaat namun sekitar pukul 17.45 kembali berjalan normal meski perlahan-lahan. Tokyo dan Jakarta memiliki perbedaan waktu dua jam. Jarak daerah Tohoku dan Tokyo seperti menempuh perjalanan Jakarta-Cirebon. Meski lokasinya cukup jauh namun Richard mengaku merasa guncangan tersebut.