Home
>
Bapak Durjana,
datuk seri anwar ibrahim,
edisi khas,
kerajaan perpaduan,
ketua pemuda umno malaysia,
konspirasi yahudi,
krisis pakatan,
krisis umno,
N.Gobalakrisnan,
pahang daily
> Oh! Lu Boleh Blah Laaa Gobala....hak3, wak tadaaa kesah...
Share
Ahli Parlimen Padang Serai 'N.Gobalakrishnan' Akhirnya Buat Keputusan Lepas Semua Jawatan Daripada Parti Keadilan Rakyat Mulai Hari Ini !!
Selepas dikecohkan akibat teguran dan kritikan pedasnya terhadap Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahimsusulan perlantikan
R.Surendran sebagai
Naib Presiden PKR yang dilantik baru-baru ini, akhirnya
N.Gobalakrisnan(foto) mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatannya daripada
Parti Keadilan Rakyat (PKR). Keputusan itu dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau hari ini. Gobala selaku
Ahli Parlimen Padang Serai juga menyatakan bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah
Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang baru. Biar pun ramai pihak dalam PKR yang gembira dengan keputusan beliau ini, namun bagi kami Gobala adalah antara pejuang tulen dalam PKR sejak sekian lama. Beliau rela bertempur dengan pihak polis dan sanggup diperlakukan apa saja demi mempertahankan Anwar Ibrahim. Malah, dalam ceramah-ceramahnya beliau begitu berani mengkritik kerajaan UMNO BN tanpa rasa takut dan gentar. Melihat kepada jasa dan sumbangan beliau kepada PKR selama ini, maka adalah amat wajar dia diangkat sebagai pemimpin PKR yang mewakili kaum India dalam parti itu. Namun, tindakan Anwar mengambil Peguamnya yang langsung tidak bertanding dalam
Pemilihan PKR 2010lalu jelas sekali satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Surendran walau pun hebat di mata Anwar, namun bagi rakyat jelata Gobalakrisnan jauh lebih hebat dari itu. Makanya, adalah lebih baik Gobala diangkat sebagai pemimpin India dalam parti itu. Namun, kenapa ini tidak berlaku?. Inilah yang menjadi masalah dan menyebabkan ketegangan yang berlaku dalam parti itu sebenarnya, Makanya perginya Gobala adalah satu kehilangan besar buat PKR. Apakah lebih ramai lagi yang akan pergi meninggalkan parti itu selepas ini agaknya. -ihsan pahang daily
0 ulasan:
Catat Ulasan