oH aRTis : Zarina Anjoulie bikin panas lagi .......wow!
Oh! Krai Utara
Dia bikin panas lagi. Alahai la... Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul. Lepas satu, satu kontroversi berkaitan dicetus pelakon-model kacukan Melayu-Iran dan Scottish ni.
Belum pun habis mengenai isu dia berperang dengan bintang Akademi Fantasia (AF6) Lufya, baru-baru ini.
Berita terkini, sekeping foto yang menunjukkan dia di cium oleh seorang lelaki, telah terpampang di laman twitter miliknya sekaligus dengan sepantas kilat menjadi tatapan di ruang internet. Siapakah gerangan lelaki itu?
Dan... lepas ni apa lagi kontroversi mengenainya yang bakal timbul?? Heh.
- mD source
Oh! Artis : Tak Dapat Satu Dua Pun tak apa, lelaki rembat adik kakak kembar...
Oh! Krai Utara
Memang Bertuah Gila! dan sapa pulak yang pernah kata dapat kawin tu tak bertuah, tambahan pulaknya dapat kawin dua, P Ramlee kata - jarang2.
Tapi budak siam ni lagi bertuah tuan puan, lu baca seniri laaaa..
Seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun telah berkahwin dengan pasangan beradik kembar semalam (8 Ogos) dan berjanji untuk menyayangi mereka berdua dengan 'adil'. Walaupun ramai yang mengatakan dia bertuah, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki ini mengundang masalah kerana 'terlalu banyak dalam pinggannya'.
Wichai, yang hidup dengan pendapatan daripada berniaga barangan lama, telah berkahwin dalam satu majlis dengan pasangan gadis kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan, dalam masa yang sama.
Wichai berkata bahawa dia telah berkawan baik dengan kembar tersebut yang juga merupakan jirannya sejak mereka kanak-kanak.
Beliau turut menambah bahawa "Sudah tiga tahun berturut-turut ketiga-tiga kami akan pergi untuk temujanji bersama-sama, sehingga pada satu hari apabila saya tidak dapat menanggung kekecewaan lagi dan memberitahu mereka 'Saya cintakan anda dan mahu mengahwini anda BERDUA' "
Adik-beradik kembar itu kemudiannya bersetuju dan mengakui bahawa mereka ingin berkahwin dengan lelaki yang sama. -http://webmarhaen.blogspot.com/
Untuk aturan tidur, Wichai berkata, "Bagi tiga malam pertama setiap minggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga hari seterusnya bersama dengan Sirintara. Bagi setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama."