OH! G2: 5 calon BN cuba tipu najib razak

Oh! Krai Utara

Share

Pendedahan terbaru yang diterima mengejutkan.Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming mendedahkan lima calon parlimen dan DUN Barisan Nasional (BN) dikesan menggunakan ijazah palsu bagi tujuan mempengaruhi Pengerusi BN, Najib Altantuya untuk bertanding.Ternyata program transformasi Najib Altantuya yang mencanangkan calon yang dipilih adalah berdasarkan kemampuan individu termasuk mempunyai kelulusan akademik yang tinggi cuma sandiwara semata-mata.Kian Ming mendedahkan kelima-lima nama calon BN yang diletakkan untuk bertanding di kerusi parlimen dan DUN untuk BN Selangor dalam satu kenyataan media sebentar tadi.Kelima-lima mereka yang dimaksudkan adalah;1) P 103 Puchong - A Kohilan Pillay (Gerakan)2) P 110 Klang - Teh Kim Poo (MCA)3) N 33 Taman Medan - Ab Wahab Ibrahim (Umno)4) N 47 Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA)5) N 25 Kajang - Lee Ban Seng (MCA)Menurut Kian Ming, kelima-lima mereka ini tidak mempunyai ijazah yang sah yang dikeluarkan dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.A Kohilan Pillay yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat, Gobind Singh Deo rupanya menerima ijazah sarjana (Master) dalam bidang Commercial and Industrial Economy (sic) dari Pacific Western University di Amerika Syarikat yang disenaraikan sebagai universiti dianggap kilang ijazah palsu (mill degree).Bagi Teh Kim Poo pula, walaupun menjawat jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), rupanya sijil kedoktoran (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan dari New Port University juga di Amerika Syarikat juga diragui status kesahihannya.Ini kerana menurut bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, pada 2006, universiti berkenaan juga merupakan universiti yang mengeluarkan kilang ijazah palsu seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 2009.Universiti ini jugalah yang mengeluarkan PhD yang diragui kepada BEKAS menteri besar Pelis, Md Isa Sabu pada 2007.Sementara calon BN bagi kerusi DUN Taman Medan, Ab Wahab Ibrahim, yang mendakwa mendapat PhD dalam bidang perkhidmatan awam dari Universiti Antarabangsa Ireland juga diragui kesahihannya.Stesen penyiaran British BBC melaporkan universiti itu mengeluarkan ijazah palsu kerana melanggar peraturan operasi universiti pada 2008.Tidak ketinggalan juga, penggerak syarikat jualan langsung CNI iaitu Ching Eu Boon juga terpalit dengan penipuan ini.Kian Ming dalam siasatannya mendakwa ijazah PhD dalam bidang rangkaian perniagaan (network marketing) dari Universiti Antarabangsa St George dari Amerika Syarikat juga dikesan mengeluarkan kilang ijazah palsu.Bagi calon BN Kajang, Kian Ming mendakwa Lee Ban Seng yang mendapat ijazah pertama dari Universiti Rutherford (dahulu dikenali dengan nama Senior University International and Stratford International University) juga tergolong dalam kategori yang sama.Jika kesemua mereka yang disenaraikan BN untuk dicalonkan bagi menentang calon Pakatan Rakyat, ini bakal membawa padah terhadap sistem dan kepercayaan wakil rakyat sekaligus imej negara di peringkat antarabangsa seperti Kohilan yang merupakan BEKAS timbalan menteri luar terjejas.Kian Ming juga mencabar kesemua nama yang disenaraikan ini untuk membuktikan bahawa siasatannya tidak benar dan menyeru rakyat supaya menolak calon BN yang menggunakan ijazah palsu semata-mata untuk menjadi terkenal dan mengaut kekayaan untuk diri dan keluarga.JALAN PULANG

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...