Oh Hulu Selangor::Kontraktor ditipu tanggung hutang berjuta
Oh! Krai Utara
KERLING – Seramai 24 kontraktor tertipu dan menanggung hutang jutaan ringgit dengan sebuah agensi kebajikan Malaysia menerusi tawaran kerja di sebuah rumah warga emas di sini sejak dua tahun lalu.
Salah seorang kontraktor, Md Lazim Sahil, 49, berkata, masalah yang dihadapi sudah dipanjangkan ke pengetahuan agensi berkenaan bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diperoleh.
Menurutnya, laporan polis sudah dibuat bagi mendesak agensi tersebut tampil menjelaskan dan menyelesaikan masalah itu.
“Kami terpaksa menanggung beban hutang dengan pembekal dan pengilang dengan jumlah yang banyak.
“Ada antara kami dibebani dengan hutang pinjaman bank malah sudah dikenakan tindakan oleh pihak bank,” katanya kepada Sinar Harian.
Lazim berkata, sebelum ini agensi berkenaan telah mengeluarkan tawaran kerja dan melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja tersebut.
Menurutnya, perjanjian awal menetapkan pembayaran akan dijelaskan dalam tempoh dua bulan dari tarikh persetujuan dibuat.
Beliau berkata, setiap kerja turut dikenakan deposit sebagai cagaran kerja sempurna dan akan dipulangkan dalam tempoh enam bulan, namun semuanya tidak dijelaskan.
Seorang lagi kontraktor, Rosli Naim, 46, berkata, lebih dari RM6.5 juta kos kerja telah dilaksanakan dengan pembayaran deposit dari kontraktor sebanyak RM1.1 juta.
Namun menurutnya, pembayaran yang dijanjikan masih belum dijelaskan.
“Kami telah membuat perjumpaan dengan wakil ibu pejabat agensi berkenaan di Kuala Lumpur tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
“Malah, kami telah dijanjikan bayaran oleh pengerusi agensi terbabit dan bayaran menerusi cek telah dijelaskan tetapi malangnya cek tersebut adalah cek tendang,” katanya.
Hisham Ahmad, 43, yang juga mangsa penipuan itu berkata, pada mulanya me:reka tidak mengesyaki sebarang penipuan tetapi apabila kebanyakan kerja diulang semula oleh kontraktor baru.
Menurutnya, agensi itu masih melantik wakil untuk mencari mangsa baru yang memerlukan kerja dan sanggup mengeluarkan deposit bagi setiap kerja serta dijanjikan dengan kaedah pembayaran sama.
“Dia hanya menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan memberikan tarikh baru untuk membuat bayaran tetapi sehingga kini pihak kami gagal menghubunginya.
“Kami telah menghabiskan wang untuk melaksanakan kerja yang ditawarkan dan sekarang kami menanggung beban hutang yang banyak,” katanya. -SH
0 ulasan:
Catat Ulasan