OH Politik: Dah Kena!!! Khir Toyo Kena Belasah Ngan Faekah

Oh! Krai Utara

Share
SHAH ALAM 15 SEPT: “Kalau dia (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) berminat pun, dia tidak akan dapat. Untuk kelihatan macho dan berlapang dada, dia katalah,  dia tidak minat…”
Begitu jawapan sinis Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin apabila diminta mengulas laporan sebuah portal yang memaparkan kenyataan Dr Khir kembali menerajui kerajaan negeri.
Pada temu bual dengan Malaysia Kini, Dr Khir menyatakan tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor, sebaliknya menyarankan supaya jawatan berkenaan diserah kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, jika berjaya merampas semula negeri itu.
Dr Khir memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Selangor.
Beliau melabel, masalah berkenaan ‘sangat teruk’ dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat, katanya.
Namun, bagi Faekah, masalah ‘sangat teruk’ yang dinyatakan itu hanya tertuding kepada Khir Toyo sendiri tetapi dialih kepada Pakatan Rakyat yang baru dua tahun mentadbir bagi menutup kelemahan sendiri demi meraih sokongan politik.
Faekah berkata, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, terpaksa menempuh jalan sukar berikutan masalah-warisan kerajaan UMNO-BN khususnya ketika pimpinan Dr Khir  sendiri.
Bercakap kepada TV Selangor,  beliau percaya kenyataan Dr Khir itu hanya bertujuan melindungi keinginan sebenar.
“Saya tidak perlu risau pun dia tidak berminat. Dia minat pun, dia tidak akan dapat dengan cara mereka menguruskan Selangor selama 50 tahun ini” katanya yang percaya rakyat Selangor sudah bosan dengan corak kepimpinan UMNO-BN.
Faekah yakin kerosakan yang berlaku sepanjang UMNO memerintah Selangor terutama ketika Dr Khir menerajui tampuk kuasa, begitu nyata sekalipun doktor gigi itu mendabik dada mampu dan berupaya mentadbir negeri ini, jika diberi BN kembali menguasai Selangor.
Paling ketara, kata beliau, masalah kecurian pasir yang berlarutan begitu lama dan menjolok mata.
“Kerosakan yang mereka lakukan sehingga wujud kawah-kawah besar. Jurutera kita mendapati bahawa kawah-kawah besar itu telah dikorek lebih tujuh tahun lepas” kata Faekah.
Apabila ditanya signifikan Dr Khir  cenderung menyebut dua nama pemimpin Umno lain untuk mengemudi Selangor jika Umno BN merampas Selangor dari Pakatan Rakyat,  Faekah menganggap persoalan itu tidak relevan.
“Saya tidak peduli. Dia boleh beri 10 nama sekalipun. Dia boleh letak Tun Dr Mahathir, dia juga boleh letak Najib Razak sebagai orang yang sepatutnya dinaikkan di Selangor.
“Dia boleh letak siapapun tetapi rakyat Selangor yang menentukan siapa yang boleh,” tegas Faekah. – TVSELANGOR

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...