Oh YB!::Kerajaan Selangor akan Beri Bantuan Terus Kepada ADUN BN...

Oh! Krai Utara

Share
Syarat MB kepada ADUN BN 

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sedia memberi peruntukan terus kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu daripada Barisan Nasional (BN) jika Kerajaan Pusat memberikan peruntukan terus kepada wakil rakyat daripada pakatan pembangkang. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setiap Ahli Parlimen BN menerima peruntukan RM1 juta setahun tetapi beliau selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mendapat peruntukan untuk kawasan Parlimen beliau wakili, sebaliknya wang itu disalurkan terus kepada Ketua Bahagian UMNO di kawasan itu. 

:“Esok juga kita akan salurkan peruntukan itu terus kepada ADUN BN sekiranya Kerajaan Persekutuan bersedia memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” katanya kepada media selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah perasmian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahukan kerajaan Selangor memastikan semua ADUN mendapat peruntukan yang sesuai agar mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

“Saya sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Exco Teresa Kok sebagai Ahli Parlimen Seputeh tidak mendapat apa-apa peruntukan daripada pihak berkenaan sebaliknya peruntukan itu diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian,” katanya. 

Beliau berkata, berdasarkan contoh itu, Kerajaan Selangor akan memberikan peruntukan RM500,000 setahun kepada ADUN daripada pakatan tiga parti - PKR, Pas dan DAP - manakala bagi kawasan yang dikuasai BN, peruntukan itu dipegang Exco Kerajaan Negeri yang dilantik sebagai ‘bapa angkat’ kepada kawasan DUN berkenaa

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...