Oh Artis:Gambar Perkahwinan Anak Perempuan Owner Concorde Dan Hard Rock Kuala Lumpur

Oh! Krai Utara

Share
Pergh.. Cun gak anak perempuan owner Concorde dan Hard Rock Kuala Lumpur nie. Gambar-gambar perkahwinan diorang punnampak grand. Tahniah kami ucapkan. Lagi gambar sekitar perkahwinan anak perempuan owner Concorde dan HardRock…READ MORE
Read More - Oh Artis:Gambar Perkahwinan Anak Perempuan Owner Concorde Dan Hard Rock Kuala Lumpur

Oh Artis: Batalkan Konsert Adam Lambert Si Gay - Yang Ini Saya Sokong PAS!

Oh! Krai Utara

Share

Yang Ini Saya Sokong PAS
Saya fikir, kerajaan harus prihatin dan mengambil berat isu-isu seperti ini. Saya secara peribadi menyokong penuh memorandum Pemuda PAS yang mahu pihak kerajaan membatalkan konsert Adam Lambert. Pada saya, konsert tersebut tidak membawa apa-apa kebaikan pun kepada rakyat. Bahkan hanya mengundang fasad yang lebih besar dan keburukan sahaja. Sudah tiba masanya, pihak kerajaan serius membanteras segala macam maksiat yang berpunca daripada konsert, artis dan filem. Baca laporan MalaysiaKini di bawah ini :
1.Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert. Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.
2. "Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.
3. Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu. Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat. "Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?" soal Azman Shapawi.
4. Dalam memorandum itu, Pemuda PAS menggesa semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.Malaysiakini difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur pagi tadi.
5. Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.
azlishukri.blogspot.com/
Read More - Oh Artis: Batalkan Konsert Adam Lambert Si Gay - Yang Ini Saya Sokong PAS!

Oh Artis: 25 Keping Gambar Majlis Persandingan Sheikh Muszaphar Dan Dr. Halina Untuk Tatapan Mata Anda

Oh! Krai Utara

Share

Akhirnya setelah berhempas pulas mencarik, kami berjaya menjumpai gambar majlis persandingan Sheikh Muszaphar dan Dr Halina seperti yang ditunjukkan di dalam siaran langsung di TV3. Kami tak tahu bagaimana dengan anda, tapi kami semestinya sungguh cair dengan senyuman manis Dr. Halina. Kami rasa dia sangat teruja untuk bergelar seorang isteri kepada satu-satunya angkasawan negara kita.
Maka kami hidangkan kepada anda 24 lagi keping gambar majlis…READ MORE
Read More - Oh Artis: 25 Keping Gambar Majlis Persandingan Sheikh Muszaphar Dan Dr. Halina Untuk Tatapan Mata Anda

Oh Artis: Dr. Rozmey Mahu Wartawan Rasa "Pedih"

Oh! Krai Utara

Share

Dr. Rozmey kecewa dengan pihak media yang dikatakan tidak menyokongnya. 
 
PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Rozmey Che Din dilihat mahu membalas dendam kepada pihak media apabila enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.
Perkara itu disebabkan rasa tidak puas hati beliau dengan pihak media selama ini yang disifatkan tidak menyebelahinya ketika melaporkan sesebuah berita.

Malah beliau juga dilihat kecewa apabila sering dikritik gimik yang dibuatnya mengenai filem 2 Alam.
Dr. Rozmey dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, biarlah pihak media berasa pedih kerana tidak memperoleh berita sensasi daripadanya apabila beliau enggan menjawab panggilan telefon.

Katanya ini kerana berita yang ditulis wartawan belum tentu berpihak kepadanya.
"Biar depa (mereka) rasa pedihnya tak dapat berita sensasi daripada doktor. Belum pasti berita yang mereka tulis memihak (kepada) kita. Cukuplah sebuah akhbar sahaja yang bermaharajalela (menyiarkan kisahnya melalui pembelian iklan)," katanya dalam SMS tersebut.

mStar Online petang Rabu telah menghubungi beliau beberapa kali untuk bertanyakan perkembangan filem 2 Alam yang akan ditayangkan pada 18 November akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya mengirimkan SMS tersebut.-mstar
Read More - Oh Artis: Dr. Rozmey Mahu Wartawan Rasa "Pedih"

Oh! Artis: (Gambar) Kereta BMW 645CI Milik Awal Ashaari : Plat No AW41

Oh! Krai Utara

Share

Long story short, kereta mewah BMW M6 645CI milik Awal Ashaari ini kelihatan bermundar-mandir di sekitar Bangsar tatkala kami sedang mencari rumah urut body to body – oppsss!
Kami mengintai gerangan siapa’kah yang berada di sebelah Awal Awal, dan seperti yang dijangkakan, Scha. Kemungkinan besar mereka berdua baru sahaja selesai rakaman, atau baru sahaja selesai makan tengah hari. Yang pasti, selepas itu kereta…READ MORE
Read More - Oh! Artis: (Gambar) Kereta BMW 645CI Milik Awal Ashaari : Plat No AW41

OH Artis: Siapa Artis Tengah Beraya Ditangkap Khalwat?

Oh! Krai Utara

Share
27 SEPT 2010: Murai Batu nak tanya semua pembaca, kalau seorang lelaki dan wanita berada berdua-duaan dalam sebuah rumah pada pukul 11.45 malam dan memberi alasan dia berada kat rumah tu sebab nak beraya, boleh terima ke? Susah nak terimakan?
Begitulah yang alasan yang diberi seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, Putrajaya, kelmarin.
Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam. Apa yang menimbulkan kemusykilan Murai Batu ialah 5 penguatkuasa Jawi yang membuat pemeriksaan terpaksa menunggu…READ MORE
Read More - OH Artis: Siapa Artis Tengah Beraya Ditangkap Khalwat?

Oh! Artis: David Beckham Saman Pelacur 25 juta

Oh! Krai Utara

Share
Irma Nici

LOS ANGELES - Barisan peguam bintang bola sepak dari England, David Beckham akan menyerahkan saman fitnah sebanyak $25 juta (RM77.30 juta) kepada seorang pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, lapor akhbar News of the World semalam.

Sebelum ini pelacur itu membuat dakwaan di sebuah mahkamah bahawa dia dan seorang lagi wanita melakukan hubungan seks dengan Beckham.

Dokumen setebal 21 muka surat itu kini telah difailkan di sebuah mahkamah di Los Angeles.

Sebelum ini pendedahan yang dibuat oleh pelacur itu telah menyebabkan Beckham dan isterinya, Victoria berasa amat marah.

Beckham yang merupakan bekas pemain kelab bola sepak manchester United kini bermain dengan kelab bola sepak LA Galaxy.

Irma pernah mendakwa bahawa dia tidur bersama Beckham sebanyak lima kali.

Bagaimanapun, pelacur itu gagal untuk mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. - Agensi
Read More - Oh! Artis: David Beckham Saman Pelacur 25 juta

OH Artis: Misha Omar Akui Dah Makin Gian Berteater?

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR, 24 SEPT 2010: Selepas menceburi bidang nyanyian dan pengacaraan, Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Binti Omar, 28, kini nampaknya sudah mula giat mengembangkan bakat seninya dalam bidang pementasan teater.
Sejak penglibatannya dalam teater muzikal Gamat tahun lalu dia kini semakin berani untuk beraksi di pentas teater apabila berjaya menjadi peneraju utama pementasan Teater Muzikal Uda & Dara serta terbaru melibatkan diri pula dalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir terbitan CRTA Production yang telah diasaskan oleh penggiat teater prolifik, Siti Rohayah Attan atau Roy.
Oleh kerana mempunyai minat yang cukup mendalam terhadap pementasan teater, Misha yang ditemui memberitahumurai.com.my dirinya kini tidak lagi berasa gementar untuk beraksi di pentas teater malah dia kini akui lebih teruja untuk beraksi dalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada hari ini 24 September 2010 hingga 4 Oktober 2010, bermula jam 8.30 malam ini.
“Setelah terlibat dalam beberapa pementasan…READ MORE
Read More - OH Artis: Misha Omar Akui Dah Makin Gian Berteater?

OH Artis:Shafie Apdal Kahwin Artis, berguru Ngan Bung Mokhtar ke?

Oh! Krai Utara

Share
Entahlah betul ke tak tapi kalau gossip dalam forum Cari sudah tentu ada banyak kebenaran sebab dalam tu semua public papa dan mamarazi banyak dalam tu.
Gossip terbaru yang Zoom baca Menteri dari Sabah Ahafie Apdal nak atau dah kahwin dengan artis. Apa-apa pun ia hanya gossip semata-mata, nak tau 
kebenaran tunggu je maklum balas dari yang empunya diri…READ MORE
Read More - OH Artis:Shafie Apdal Kahwin Artis, berguru Ngan Bung Mokhtar ke?

OH Artis: TERKINI! Dipukul Badrul Muhayat : Julia Serik Dengan Lelaki

Oh! Krai Utara

Share
Badrul Muhayat
PETALING JAYA: Isteri pelakon Badrul Muhayat,42, iaitu Julia Daud,29, mengakui fobia untuk berkahwin bukan sahaja dengan artis malah dengan mana-mana lelaki selepas melalui pengalaman buruk dalam rumah tangganya.
Kata Julia, insiden dipukul dan ditendang oleh Badrul Muhayat selama berkahwin membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap golongan lelaki.
"Saya jadi takut dengan perkahwinan, bukan sahaja dengan artis malah dengan lelaki biasa sekalipun. Sehinggakan bila tengok adik saya bercinta pun saya sentiasa ingatkan dia banyak kali agar tidak terlalu percaya kepada lelaki.
"Cukuplah pengalaman yang terjadi kepada saya selama ini yang boleh menjadi pengajaran dalam memilih pasangan hidup. Sekarang saya hanya fikir masa depan anak-anak sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Read More - OH Artis: TERKINI! Dipukul Badrul Muhayat : Julia Serik Dengan Lelaki

OH Artis: TERKINI! Zaiton Sameon Mengaku Pakai Susuk Dalam Rancangan Galaksi

Oh! Krai Utara

Share
Terkejut beruk kami mendengar pengakuan berani daripada Zaiton Sameon dalam rancangan Galaksi baru-baru nie. Rupa-rupanya kak Zaiton Sameon memakai susuk semasa zaman kepopularitian dia untuk mendapatkan lebih banyak show. Kalau tak silap pendengaran kami, susuk tersebut di pakai di tekak, kaki dan beberapa tempat lain.
Rasanya inilah pertama kali ada artis Malaysia yang mengaku bab-bab pakai susuk nie. Memang jujur dan ikhlas pengakuan Zaiton Sameon nie. Harapan kami 
agar semua susuk-susuk yang dipakai oleh Zaiton nie telah dibuang. Jangan dibawa sehingga ajal menjemput nanti.
Harap-harap kalau ada artis-artis lain yang pakai susuk atau…READ MORE
Read More - OH Artis: TERKINI! Zaiton Sameon Mengaku Pakai Susuk Dalam Rancangan Galaksi

OH Artis:Bersyukur di Hari Raya? (7) - EDISI GELEK AIDILFITRI MENTERI KPDNKK (VIDEO)

Oh! Krai Utara

Share
Jogetilah hari raya anda dengan penuh kesyukuran sebagaimana kami di Parlimen Bera menjogetinya.

Tarikh: 19 September 2010

Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang.

Nak cerita pasal: Rumah Terbuka MP Bera/Menteri KPDNKK.

Tahun lepas punya cerita kat sini.

Cerita di penghujung Syaaban dulu kat sini.


Posting ini adalah kesinambungan dari posting terdahulu di sini, di sini,di sini, di sini, di sini dan di sini.

Isu ini telah diberitakan di sini. Barangkali TV3 tidak berminat untuk menyiarkannya?


Ini dia kemucak acara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua.............

Bergeleklah penuh kesyukuran di setiap kali Aidilfitri menjelma bersama Menteri KPDNKK anda. Setiap gelekan adalah "kesyukuran".............




Satu lagi video hangat menyusul................

Bersambung............... 


dari blog sahabat kita: al mankaaqi
Read More - OH Artis:Bersyukur di Hari Raya? (7) - EDISI GELEK AIDILFITRI MENTERI KPDNKK (VIDEO)

OH Artis: TERKINI! Ahmad Busu Terkejut Dikatakan Meninggal Dunia

Oh! Krai Utara

Share
Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di rumahnya di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.
Dia yang beransur pulih dari penyakit strok itu menepis khabar angin tentang berita kematiannya yang tersebar melalui laman web sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
"Saya masih sihat, saya sendiri terkejut apabila ramai rakan artis dan wartawan yang telefon saya bertanyakan hal tersebut.
Baca Sendiri Kat Mstar la bro...tq ye, sila datang lagi, klau ada free 2.
Read More - OH Artis: TERKINI! Ahmad Busu Terkejut Dikatakan Meninggal Dunia

OH Artis: TERKINI! Dalam Kenangan - Allahyarham M.Rajoli

Oh! Krai Utara

Share
Allahyarham M.Rajoli dalam kenangan
PEMERGIAN Allahyarham M.Rajoli ternyata memberi kesan yang mendalam buat industri hiburan tanah air.
Bakatnya yang pelbagai mampu membuatkan penonton ketawa dan menangis mengikut watak yang diberikan.
Apalagi dengan gurau senda yang sering menjadi usikannya kepada keluarga dan rakan-rakan, ia pastinya menjadi memori yang indah.
Sepanjang detik-detik terakhir sebelum menghembuskan nafasnya, Allahyarham hanya ditemani isteri, Hashimah Md Din dan anak bongsunya, Muhammad Arif.
Kedua-dua anak beranak itu tenang menerima ketentuanNya. BACA LAGI
Read More - OH Artis: TERKINI! Dalam Kenangan - Allahyarham M.Rajoli

OH Artis: M Rajoli Meninggal Dunia! AL Fatihah...

Oh! Krai Utara

Share
Pelakon Veteran M Rajoli yang telah disahkan meninggal dunia akibat kanser otak jam 10.45 malam tadi (17 September 2010). Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu. Marilah kita sedekah Al Fatihah kepada Allahyarham Semoga rohnya dicucuri rahmat.- BKO
Read More - OH Artis: M Rajoli Meninggal Dunia! AL Fatihah...

OH Artis: TERKINI! Awek Melayu Seksi, Malay TV Drama And Aurat

Oh! Krai Utara

Share
During the Hari Raya holidays, my family and I were watching this Malay TV drama entitled “Ragam Mertua” over TV Malaysia. Basically it is about two sons who bring back their so-called urban modern wives (awek Melayu) back to their parent’s home in the kampung.
There is this scene where the father-in-law (played by Jalil Hamid) sees one his daughter-in-law wearing a sarung and a sleevess blouse,  brushing her long black 
hair with her hand, without her knowledge. Of course in that scene the gadis Melayu actress purposely brushes her hair in a slow seductive way.
Then the father-in-law walks over to his wife (played by Norlia Ghani) and tells her to advise that daughter-in-law not to be “seksi”.
At that juncture my family members were shocked and appalled…READ MORE
Read More - OH Artis: TERKINI! Awek Melayu Seksi, Malay TV Drama And Aurat

OH Artis: Lindsay Lohan Pamer Porsche Barunya

Oh! Krai Utara

Share
KRAI Utara.Com, Los Angeles -Si Lindsay Lohan ni seakan tidak pernah serik dengan kes kemalangan lalu lintas. Lohan yang pernah ditangkap polis dengan Maserati hitam dan Mercedes Benz SL 65 Convertible yang membuatnya ditahan yng kemudian dilepaskan, baru-baru ini mempamer kereta barunya, iaitu Porsche Cayman S.


Lohan dilihat bersama dengan salah seorang sahabatnya bergegas menaiki Porsche Cayman S putih susu kerana dikejar oleh paparazzi.


Lohan yang berseluar pendek ketat dan blazer krim serta kacamata hitam kemudian bertindak menghindarkan diri dari paparazzi dengan kereta Porsche Cayman S  2.9L yang mampu menghasilkan tenaga 265 bhp (195 kW). Kereta yang bernilai US $ 60.000 ini mampu meluncur 0-100 km / jam dalam waktu 4,9 saat.
Read More - OH Artis: Lindsay Lohan Pamer Porsche Barunya

OH Artis: Deejay Suria FM, Halim Othman Balik Raya pandu Bas ekspress!

Oh! Krai Utara

Share
ihsan mstar

KRAI Utara - Pelik! Mungkin bagi sesetangah orang anggap berasa begitu, Tapi itulah hakikatnya perangai pelik memang ada pada setiap insan yang Luar Biasa.
Dan bagi mencapai impiannya dan hasratnya yang telah lama di pendam deejay Suria FM, Halim Othman  membuat kejutan membawa bas ekspres masuk ke kampung!
Halim berkata, sejak 80-an sampai kini, bas ekspres tidak lagi masuk ke kawasan kampung halamannya di Kampung Gelugor, Kerteh, Terengganu tetapi singgah di kawasan bandar sahaja.
"Apabila saya pulang ke kampung, penduduk di situ terkejut sakan dengan kehadiran bas ekspress memasuki kawasan kampung," katanya kepada mStar Online.
Halim berkata, dia julung kali balik kampung dengan menaiki bas ekspres kerana dia memandu kereta pulang ke kampung halaman sebelum ini.
Bagi beliau pengalaman itu cukup menyeronokkan kerana dia dapat berinteraksi dengan penumpang lain yang juga merupakan pendengar setia SuriaFM.
Perasaan teruja balik kampung itu, kata Halim, turut timbul apabila dia tidak pulang ke kampung halaman sejak bekerja selama tujuh bulan di SuriaFM kerana komitmen kerja.

Read More - OH Artis: Deejay Suria FM, Halim Othman Balik Raya pandu Bas ekspress!

OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Penyanyi Terkenal Nash Lawat Keluarga Mangsa

Oh! Krai Utara

Share
PILU... Ibu Kamaruddin Shamsuddin, 44, Zainab Ahmad, 73, (kiri) menangis bersama penyanyi terkenal Nasharudin Elias atau Nash ketika diziarahi penyanyi tersebut di Indera Mahkota 2 di Kuantan. Kamaruddin iaitu pemandu peribadi Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh dan dibakar bersama dua lagi yang lain. Nash mengenali Kamaruddin lebih 25 tahun dan merupakan kawan karib. Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan (dua, kiri). - Foto BERNAMA
Read More - OH Artis: TERKINI! kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Penyanyi Terkenal Nash Lawat Keluarga Mangsa

OH Artis: Tristen - Anugerah Tuhan Tak Ternilai Buat Chef Wan

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER 2010: Kemunculan bayi lelaki, Tristen Tareef yang selamat dilahirkan di Hospital Prince Court, jam 6.13 petang semalam bukan saja merupakan rahmat terbesar buat pelakon dan pengacara Serina Redzuawan, 26,malah tidak ketinggalan buat Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.
Baginya, kehadiran Tristen yang tercipta hasil daripada perkahwinan anak sulungnya itu bersama jejaka Inggeris Gavin
Edward O’luanaigh membuatkan hidupnya lebih lengkap bagaikan dia kini berada di puncak dunia.
“Syukur kepada Tuhan. Setiap sudut di hati saya bersyukur kerana dianugerahkan nikmat yang terbaik buat saya dan
keluarga. Inilah saat yang paling berharga buat saya secara peribadi.
“Saya menanamkan niat yang baik buat anugerah ini. Saya mahu dia (Tristen) diasuh dengan didikan agama yang…READ 
MORE
Read More - OH Artis: Tristen - Anugerah Tuhan Tak Ternilai Buat Chef Wan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...