Oh! Motosikal Kayu berkuasa tinggi Kegilaan Ramai Bikers di Afrika!

Oh! Krai Utara

Share

Ново транспортно средство в Африка / New means of transport in Africa

Ново транспортно средство в Африка / New means of transport in Africa

Ново транспортно средство в Африка / New means of transport in Africa

Ново транспортно средство в Африка / New means of transport in Africa

Ново транспортно средство в Африка / New means of transport in Africa

Ново транспортно средство в Африка / New means of transport in Africa
Read More - Oh! Motosikal Kayu berkuasa tinggi Kegilaan Ramai Bikers di Afrika!

OH! Guru guru disaran minum Guiness STOUT di zaman UMNO gagah dahulu!

Oh! Krai Utara

Share


Gambar ini dijumpai di Library Ohio University. Pada muka surat 2 buku program KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968. Sebelah pada iklan ini kenyataan daripada Tun Abdul Razak Hussein, Pendana Menteri ketika itu. - ketulusan budi .blogspot

Read More - OH! Guru guru disaran minum Guiness STOUT di zaman UMNO gagah dahulu!

Oh! Graduan jadi usahawan kuih

Oh! Krai Utara

Share

MENJUAL kuah rojak, makanan ringan serta produk pertanian di pasar tani pada tahun 1990-an merupakan titik permulaan bagi Punari @Zainudin Salleh, 59, membina empayar perniagaannya.
"Ketika mula-mula menceburi perniagaan pasar tani saya hanya memikirkan mencari rezeki untuk keluarga," katanya ketika ditemui di premisnya di Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.
Sebelum berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dia pernah bekerja sebagai buruh di Singapura dan berkebun.

Matlamatnya hanya satu, untuk mencari rezeki bagi anak-anak dan isteri.
Kini, selepas lebih 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan kecil-kecilan, akhirnya dengan bantuan dan galakkan isteri Mastura Senon, dia berjaya membina empayar MHP Enterprise.
Menggunakan jenama Masri, gabungan nama suami isteri Mastura dan Punari - memberikan tuah kepada Punari sehingga produknya berjaya mendapat tempat di rak-rak di pasar raya besar seperti Giant.
Sebagai pengasas, Punari memulakan usaha kecil membangunkan MHP Enterprise hanya dengan modal RM10,000.

"Siapa sangka produk yang bersifat kampung seperti kerepek, baulu, rempeyek dan biskut tradisional mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran," katanya.

Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikatnya dalam ruang modal yang terbatas dan infrastruktur serba sederhana menjadi kuat daripada semasa ke semasa.

Bagaimanapun, tidak mahu terlalu lama mengetuai MHP Enterprise, Punari memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak sulungnya, Musleha Punari.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri dan MHP Enterprise.

Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas.

"Pada mulanya saya menangis apabila ayah memberikan tanggungjawab menguruskan MHP Enterprise.
"Mana tidaknya, dengan kelulusan yang ada tentu saja saya berpeluang menjawat jawatan lebih baik di syarikat antarabangsa," katanya.

Mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang pekerja tetap dan sementara.

Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.

Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta.

"Kami juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar, Brunei dan Thailand," kata Musleha.
MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.

Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.

Bagi yang berminat boleh melayari laman blog www.mhp2020.blogspot.com atau hubungi Musleha di 019-3682346 atau 019-3779136.
Read More - Oh! Graduan jadi usahawan kuih

Oh Artis: Dr. Rozmey Mahu Wartawan Rasa "Pedih"

Oh! Krai Utara

Share

Dr. Rozmey kecewa dengan pihak media yang dikatakan tidak menyokongnya. 
 
PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Rozmey Che Din dilihat mahu membalas dendam kepada pihak media apabila enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.
Perkara itu disebabkan rasa tidak puas hati beliau dengan pihak media selama ini yang disifatkan tidak menyebelahinya ketika melaporkan sesebuah berita.

Malah beliau juga dilihat kecewa apabila sering dikritik gimik yang dibuatnya mengenai filem 2 Alam.
Dr. Rozmey dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, biarlah pihak media berasa pedih kerana tidak memperoleh berita sensasi daripadanya apabila beliau enggan menjawab panggilan telefon.

Katanya ini kerana berita yang ditulis wartawan belum tentu berpihak kepadanya.
"Biar depa (mereka) rasa pedihnya tak dapat berita sensasi daripada doktor. Belum pasti berita yang mereka tulis memihak (kepada) kita. Cukuplah sebuah akhbar sahaja yang bermaharajalela (menyiarkan kisahnya melalui pembelian iklan)," katanya dalam SMS tersebut.

mStar Online petang Rabu telah menghubungi beliau beberapa kali untuk bertanyakan perkembangan filem 2 Alam yang akan ditayangkan pada 18 November akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya mengirimkan SMS tersebut.-mstar
Read More - Oh Artis: Dr. Rozmey Mahu Wartawan Rasa "Pedih"

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...