OH Artis: Deejay Suria FM, Halim Othman Balik Raya pandu Bas ekspress!

Oh! Krai Utara

Share
ihsan mstar

KRAI Utara - Pelik! Mungkin bagi sesetangah orang anggap berasa begitu, Tapi itulah hakikatnya perangai pelik memang ada pada setiap insan yang Luar Biasa.
Dan bagi mencapai impiannya dan hasratnya yang telah lama di pendam deejay Suria FM, Halim Othman  membuat kejutan membawa bas ekspres masuk ke kampung!
Halim berkata, sejak 80-an sampai kini, bas ekspres tidak lagi masuk ke kawasan kampung halamannya di Kampung Gelugor, Kerteh, Terengganu tetapi singgah di kawasan bandar sahaja.
"Apabila saya pulang ke kampung, penduduk di situ terkejut sakan dengan kehadiran bas ekspress memasuki kawasan kampung," katanya kepada mStar Online.
Halim berkata, dia julung kali balik kampung dengan menaiki bas ekspres kerana dia memandu kereta pulang ke kampung halaman sebelum ini.
Bagi beliau pengalaman itu cukup menyeronokkan kerana dia dapat berinteraksi dengan penumpang lain yang juga merupakan pendengar setia SuriaFM.
Perasaan teruja balik kampung itu, kata Halim, turut timbul apabila dia tidak pulang ke kampung halaman sejak bekerja selama tujuh bulan di SuriaFM kerana komitmen kerja.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...