Antara Istana RM24 juta Khir Toyo dan Skim Armalah Kelantan

Oh! Krai Utara

Share

MANEK URAI, 9 Julai - "Banglo yang terletak di Jalan Suasa, Seksyen 7 dekat dibina diatas dua lot tanah yang dicantumkan dan kedua-dua tanah ini berjumlah RM4 juta dengan keluasan 52,041 kaki persegi"

"Harga rumah itu lebih kurang RM18 juta dan belum dicampurkan dengan harga perabot yang diimport sepenuh dari Bali. Jadi semuanya berharga RM20 juta dan dicampur pula dengan harga tanah yang berjumlah RM4 juta," ulas Ustaz Abdul Latiff Abd Rahman berhubung isu 'Istana Khir Toyo'. Melalui fakta yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung isu rumah bekas Menteri Besar Selangor yang telah membina rumah - belanja RM24 juta - Ketua Pemuda PAS Kelantan itu menyifatkan sifat boros bekas menteri besar itu sebagai satu pembaziran.

Bercakap dalam majlis anjuran Tabung Amanah Tok Kenali semalam, rumah kediaman mantan Menteri Besar Selangor itu melibatkan kos pembinanaan lebih tinggi berbanding dengan sumbangan untuk golongan armalah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Kelantan iaitu yang hanya RM3.6 juta setiap tahun. Mempersoalkan sumber yang diperolehi bekas menteri besar tersebut, beliau melihat adakah mampu seorang doktor gigi biasa lapan tahun katanya, menjawat jawatan Menteri Besar Selangor membina sebuah rumah sebesar itu.

Selain itu, Abdul Latiff memberitahu, pilihanraya Manek Urai Selasa depan akan mencatat sejarah dengan peratusan paling tinggi pengundi wanita turun mengundi. Tabung Amanah Tok Kenali semalam telah menganjurkan program pelancaran Gerakan Pemutihan Pendaftaran Armalah peringkat Negeri Kelantan dan penyampaian Cek Manfaat Takaful Armalah Parlimen Kuala Krai. Majlis pelancaran Gerakan Pemutihan Pendaftaran Armalah itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa itu dihadiri calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, juga popular digelar dengan Abe Uji.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...