Kebakaran petugas Rela - Abe Uji turun padang

Oh! Krai Utara

Share

LALOH, 9 Julai - Satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah sewa seorang petugas anggota Rela yang sedang bertugas pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai, Zawawi, hangus terbakar di kawasan perumahan berhampiran Padang Majlis Daerah Laloh tengah hari ini.

Kebakaran yang berpunca daripada dapur gas itu bermula kira-kira jam 11 pagi, namun pihak anggota Bomba dan Penyelamat daripada bandar Kuala Krai tiba sejam kemudian. Sementara itu, Zawawi yang ditemui pemberita kelihatan sangat sebak dan kelu apabila diminta mengulas mengenai kejadian. "Saya telah menyewa di sini selama dua tahun bersama isteri dan tujuh orang anak, sambil mengusahakan kedai runcit di bahagian bawah rumah ini," katanya sambil mengesat air mata menahan hiba.

Sewaktu kejadian tersebut berlaku, kesemua ahli keluarganya tidak berada di rumah termasuk isterinya, Norasiah Ismail. Beliau ditenangkan jiran serta sanak saudara termasuk, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof serta isteri calon PAS, Aminah Mahmud yang kebetulan tiba di tempat kejadian.

Dalam pada itu, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah yang turun bersama-sama ke kawasan tersebut melahirkan ucapan takziah kepada mangsa sekeluarga.

"Saya akan berusaha untuk berbincang dengan pimpinan tertinggi kerajaan negeri bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa," katanya kepada pemberita.

Ujarnya, setakat ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1000 kepada mangsa bagi tragedi bencana kebakaran sebelum taksiran kerugian ditetapkan hasil daripada siasatan yang dijalankan. Turut sama di menziarahi tempat kejadian, Yang diPertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...