PBS Tikam UMNO Kali Kedua..?
Oh! Krai Utara
SUDAH tiba masanya Barisan Nasional (BN) ditukar kerajaannya kerana ramai pemimpin dalam komponen itu hanya mementingkan ahli masing-masing tanpa mengambil kira bakal dihadapi oleh orang lain yang terlibat dalam penamatan jawatan.
Dzulkifli Gunsika mangsa konsprasi politik BN dik awasan Melalap ditamatkan jawatan beliau selaku Ketua Anak Negeri dari kuota Umno telah mengambil keputusan menyertai DAP.
Beliau yang menghubungi wartawan Sabahkini.net kecewa dengan tindakan para pemimpin BN di kawasan itu yang menamatkan jawatannya, tanpa tunjuk sebab diberikan kepadanya dan kuota itu dirampas oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) setelah parti itu menyertai semula dalam BN.
Dzulkifli Gunsika (kiri) Menerima borang kemasukan ahli,disampaikan oleh Pengerusi DAP Sabah Dr. Hiew (kanan) di Pejabat beliau di Luyang.
Dzulkifli dilantik oleh Umno dalam jawatan Ketua Anak Negeri semasa Datuk Rizalman Abdullah memimpin Bahagian Umno di Tenom.
Selepas dipecat daripada jawatan itu, beliau terpaksa merahsiakan perkara yang berlaku daripada keluarganya bagi mengelak pelajaran anak-anaknya terganggu.
Beliau menyifatkan pemimpin yang bertanggungjawab dalam pemecatan itu sama seperti memberi pasir makanan mereka sekeluarga.
Mantan pemimpin Umno itu kini berada di Kota Kinabalu dan dijangka kembali ke kawasan Tenom selepas selesai urusan beliau dengan Pengerusi DAP Sabah dan membawa rakan-rakannya bersama-sama dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN pada PRU ke-13.
Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI (sabahkini)
0 ulasan:
Catat Ulasan