Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNO
Oh! Krai Utara
Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNODewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan sikap UMNO Kelantan yang bersikap berat sebelah atau double standard di dalam isu dakwaan kononnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menuduh UMNO sebagai murtad. Ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh UMNO Pengkalan Chepa ke atas Nik Aziz pada 20 November 2012 seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian 21 November 2012.Bagi pihak DPPNK, UMNO sengaja ingin mengambil kesempatan dalam isu ini dengan mengelirukan fakta yang sebenar di mana kenyataan sebenar YAB Tuan Guru bukannya mendakwa UMNO sebagai murtad tetapi hanya sekadar menjelaskan batas iman dan kufur. Tidak terdapat kenyataan secara jelas bahawa UMNO Murtad yang didakwa disebut oleh beliau. Bahkan paling penting, beliau sendiri menafikan mendakwa UMNO sebagai murtad. Dalam hal ini, UMNO Kelantan khususnya bersikap double standard apabila diam seribu bahasa dalam isu tuduhan yang dilemparkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor terhadap YAB Tuan Guru yang disifatkan sebagai Father Of Kafir atau bapa kafir. Tuduhan ini disiarkan oleh akhbar News Straits Times beberapa bulan lepas. Di manakalah ulama-ulama muda UMNO pada masa itu dan di manakah pula mufti yang hari ini kuat menghentam YAB Tuan Guru? Kenyataan Father of Kafir itu sehingga kini masih belum dinafikan oleh Rahim Noor dan YAB Tuan Guru telah memfailkan saman di mahkamah.Demikian juga dalam isu tuduhan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat yang di berlaku di Terengganu di mana diadakan satu seminar khas oleh Badan Perhubungan UMNO Terengganu dengan membawa tajuk ini. Tidakkah ini juga merupakan tuduhan yang berat iaitu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat? Adakah tuduhan sebegini 'halal' di sisi Mufti yang pro UMNO?Justeru kerana itu, DPPNK menyifatkan langkah UMNO Kelantan membuat laporan polis ke atas YAB Menteri Besar Kelantan hanyalah merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat semata-mata. Di luar sana, betapa rakyat ditindas dan dinafikan haknya oleh UMNO dan Barisan Nasional. Di Kelantan, royalti minyak dinafikan dan yang terbaru, pemasangan kamera had laju (AES) yang dipersetui oleh ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang tentunya bakal membebankan rakyat. Salam hormat,ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN,Ketua,Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK)Bertarikh : 7 Muharram 1434 H bersamaan 21 November 2012M
Edisi raya: puan seri sila berkorban untuk rakyat! Hiburkan kami dengan gangnam style!
Oh! Krai Utara
Selamat hari raya korban ketiga untuk lu all, ni sempena raya korban ni gua nak sujest kat pirst lady 1malaisia puan seri kita yang di rindui, puan seri bilakah masanya puan seri nak meriahkan rayo korban ngan konsert hiburang? Kita rakyat satu malaisia dah tak tahan dah ni nak tengok aksi datuk seri berkorban merelakan bininya bercium lelaki perkasa depan mata dio, kalau nabi ibrahim semelih anak xkan takat bini cium pipi budak india pon xleh kan? Berkorban apa saja, harta ataupon maruah...itu tanda kasih kan? Alaaaa ostad pas manatau hukum niiii....penasihat agamo lu pon xtegokan...ini arti lu betooooi datuk kan?
Ha, skang puan seri lu pon lebih tau dari gua, skang kan satu dunia dah tau apa itu gangnam style....apa kata lu ajak mamat ni datang...pas tu lu cium laaa dia sikit2 alaaa laga pipi pon dah okey!, eiii mesti hot punya...femes lu cam artis kpop la...lu ajak wa tau...cayang akak!
Gadis tujuh belas buang anak haram dalam parit di perlis!
Oh! Krai Utara
KANGAR - Polis menahan ibu bapa gadis berusia 17 tahun yang dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tali air kelmarin bagi membantu siasatan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 9.47 malam semalam.Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah.Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam kelmarin disebabkan komplikasi bersalin.Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut.Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan. - Bernama...inilah masalah akhlak muda muda zaman sekarang..semoga Allah lindungi ahli keluarga kita...
Kelantan isytihar 21 Okt cuti peristiwa
Oh! Krai Utara
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, sebentar tadi.
“Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) berharap orang ramai yang ingin ke Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” ujar beliau.
Beliau juga berharap rakyat Kelantan menjaga disiplin ketika menyaksikan perlawanan akhir tersebut agar imej negeri Kelantan dilihat sebagai sebuah negeri yang berdisiplin.
Abdul Fattah juga berkata cuti peristiwa ini adalah kali kedua dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu.
Bagi kali ini pula, Abdul Fattah berkata langkah mengumumkan cuti peristiwa lebih awal kerana ia mengambil kira juga musim peperiksaan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Menyentuh ganjaran yang kerajaan sediakan untuk The Red Warriors kali ini, Fattah berkata ia sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri namun dari segi jumlah tidak dapat diberitahu lagi.
Edisi 999: penjenayah cederakan polis di bunuh
Oh! Krai Utara
KUALA LUMPUR – Tindakan kejam seorang penjenayah yang mencederakan dua anggota polis ketika hendak membuat pemeriksaan di Jalan Kuchai Lama Rabu lalu berbalas apabila dia maut dalam kejadian berbalas tembak di tempat letak kereta Taman Tema Air Taman Desa di sini semalam.Difahamkan, suspek berusia 32 tahun tersebut maut pada pukul 3.30 pagi selepas terkena tiga das tembakan di kaki dan perut yang dilepaskan oleh pasukan khas yang ditugaskan untuk memburu suspek.Suspek dari Lanchang, Mentakab, Pahang merupakan pengedar dadah kecil-kecilan dan dikenali sebagai penjenayah tegar kerana sering keluar masuk lokap berdasarkan enam rekod jenayah termasuk berkaitan dadah yang dilakukan.Menurut sumber, pihaknya yang telah mengenal pasti suspek kemudian telah menjejak dan mengekorinya sejak kejadian dua anggota polis, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera ditembak di perut dan leher pada pukul 6.45 petang 26 September lalu.metro/-,




