Oh Artis!: Lagi, Artis terkenal muncul di ceramah Pakatan, bimbangkan UMNO.

Oh! Krai Utara

Share

Posted by Addin Deen  
Khalid Ismath (bertopi) bersama pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ~ Ahmad Busu (bertongkat).Kepada peminat-peminat sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pasti kenal kepada watak Mat Deris yang dilakonkan oleh Ahmad Busu.Sejak beliau diserang strok pada tahun 2009, beliau semakin uzur dan kurang muncul di kaca TV.Kali terakhir berita beliau ada di khabarkan 'dekat' dengan PAS pada sekitar tahun 2011 apabila hadir dalam sebuah program ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam. Bob Lokman ketika itu menjadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama Profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang ketika itu masih lagi menjadi pensyarah UIA.Bagaimanapun Ahmad Busu tidak berucap di dalam forum tersebut dan sekadar hadir sebagai hadirin dalam majlis tersebut. Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan ketika itu sempat mempelawa Ahmad Busu untuk bersama-samanya menyertai PAS. Bob Lokman juga meminta ahli PAS yang hadir supaya menghulurkan borang keahlian PAS kepada Ahmad Busu.Ahmad Busu ketika hadir mendengar sebuah forum anjuran PAS sekitar 2011.Namun selepas program itu, tiada khabar berita akan kehadiran Ahmad Busu di dalam program-program PAS mahu pun Pakatan Rakyat. Barangkali juga beliau ada hadir sebagai hadirin namun tidak dapat dikesan orang ramai.Bagaimanapun, malam semalam Ahmad Busu yang kelihatan uzur dan bertongkat berjaya menarik perhatian ramai apabila muncul ke program Ceramah Perdana PRU 13 di Seri Andalas. Khalid Ismath sempat merakamkan gambar bersama-sama Ahmad Busu sebaik selesai program.Mungkin ada yang berpendapat, kehadiran beliau ke program-program seperti ini bukanlah bermakna Ahmad Busu itu PENYOKONG PR dan BENCIKAN UMNO. Betul sekali pendapat itu.Namun setidak-tidaknya, kecekalan Ahmad Busu yang menggagahkan diri hadir ke program-program seperti ini, walaupun di dalam keuzuran memberikan isyarat kepada bahawa 'sumber maklumat' dari TV tidak sepatutnya ditelan bulat-bulat, tetapi harus diseimbangkan dengan ruang maklumat/jawapan balas daripada pihak lain. Ini secara tidak langsung mengurangkan virus 'dungu' dan 'tolol' kepada rakyat Malaysia apabila masing-masing berupaya membuat penilaian yang bijak selepas mendapat maklumat daripada kedua-dua belah pihak.Apapun kepada Ahmad Busu, TAHNIAH!.~mindarakyat

Read More - Oh Artis!: Lagi, Artis terkenal muncul di ceramah Pakatan, bimbangkan UMNO.

Dakwa 700,000 sertai HKR!, bukan cakap guru sekolah tadika KEMAS, siap dengan method sekali bro!

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan./KeadilanDaily

Read More - Dakwa 700,000 sertai HKR!, bukan cakap guru sekolah tadika KEMAS, siap dengan method sekali bro!

Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNO

Oh! Krai Utara

Share

Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNODewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan sikap UMNO Kelantan yang bersikap berat sebelah atau double standard di dalam isu dakwaan kononnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menuduh UMNO sebagai murtad. Ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh UMNO Pengkalan Chepa ke atas Nik Aziz pada 20 November 2012 seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian 21 November 2012.Bagi pihak DPPNK, UMNO sengaja ingin mengambil kesempatan dalam isu ini dengan mengelirukan fakta yang sebenar di mana kenyataan sebenar YAB Tuan Guru bukannya mendakwa UMNO sebagai murtad tetapi hanya sekadar menjelaskan batas iman dan kufur. Tidak terdapat kenyataan secara jelas bahawa UMNO Murtad yang didakwa disebut oleh beliau. Bahkan paling penting, beliau sendiri menafikan mendakwa UMNO sebagai murtad. Dalam hal ini, UMNO Kelantan khususnya bersikap double standard apabila diam seribu bahasa dalam isu tuduhan yang dilemparkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor terhadap YAB Tuan Guru yang disifatkan sebagai Father Of Kafir atau bapa kafir. Tuduhan ini disiarkan oleh akhbar News Straits Times beberapa bulan lepas. Di manakalah ulama-ulama muda UMNO pada masa itu dan di manakah pula mufti yang hari ini kuat menghentam YAB Tuan Guru? Kenyataan Father of Kafir itu sehingga kini masih belum dinafikan oleh Rahim Noor dan YAB Tuan Guru telah memfailkan saman di mahkamah.Demikian juga dalam isu tuduhan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat yang di berlaku di Terengganu di mana diadakan satu seminar khas oleh Badan Perhubungan UMNO Terengganu dengan membawa tajuk ini. Tidakkah ini juga merupakan tuduhan yang berat iaitu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat? Adakah tuduhan sebegini 'halal' di sisi Mufti yang pro UMNO?Justeru kerana itu, DPPNK menyifatkan langkah UMNO Kelantan membuat laporan polis ke atas YAB Menteri Besar Kelantan hanyalah merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat semata-mata. Di luar sana, betapa rakyat ditindas dan dinafikan haknya oleh UMNO dan Barisan Nasional. Di Kelantan, royalti minyak dinafikan dan yang terbaru, pemasangan kamera had laju (AES) yang dipersetui oleh ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang tentunya bakal membebankan rakyat. Salam hormat,ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN,Ketua,Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK)Bertarikh : 7 Muharram 1434 H bersamaan 21 November 2012M

Read More - Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNO

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...