Pisau.net bakal hadapi saman fitnah berikutan laporan tuk guru salah guna kuasa!

Oh! Krai Utara

Share

Tuduhan Salah Guna Kuasa : Fitnah Nyata Terhadap YAB MB Kelantan...
Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikitpenjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantanyang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusiMenteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012.Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat denganisu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhirUMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabutekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandarBaru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak,suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidangpada 13 September 2000.Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran danpembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawapada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaandi Perak.Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasamamemajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampuuntuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat LembagaYayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutanini ditarik balik dan dibatalkan.Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri WongYeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakalaperjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008.Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengandiberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadarsewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahununtuk kawasan kelapa sawit.Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telahdimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut,pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa 1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepadapemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besaradalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanrayaumum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilaipasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanyadipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja.Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuaratsamada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIKatau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangandengan undang-undang.Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkanpada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayukepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor DarulEhsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010.Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti merekadi mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untukdibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepadaparti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu...Daripada AHMAD FADHLI SHAARI, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Read More - Pisau.net bakal hadapi saman fitnah berikutan laporan tuk guru salah guna kuasa!

Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNO

Oh! Krai Utara

Share

Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNODewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan sikap UMNO Kelantan yang bersikap berat sebelah atau double standard di dalam isu dakwaan kononnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menuduh UMNO sebagai murtad. Ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh UMNO Pengkalan Chepa ke atas Nik Aziz pada 20 November 2012 seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian 21 November 2012.Bagi pihak DPPNK, UMNO sengaja ingin mengambil kesempatan dalam isu ini dengan mengelirukan fakta yang sebenar di mana kenyataan sebenar YAB Tuan Guru bukannya mendakwa UMNO sebagai murtad tetapi hanya sekadar menjelaskan batas iman dan kufur. Tidak terdapat kenyataan secara jelas bahawa UMNO Murtad yang didakwa disebut oleh beliau. Bahkan paling penting, beliau sendiri menafikan mendakwa UMNO sebagai murtad. Dalam hal ini, UMNO Kelantan khususnya bersikap double standard apabila diam seribu bahasa dalam isu tuduhan yang dilemparkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor terhadap YAB Tuan Guru yang disifatkan sebagai Father Of Kafir atau bapa kafir. Tuduhan ini disiarkan oleh akhbar News Straits Times beberapa bulan lepas. Di manakalah ulama-ulama muda UMNO pada masa itu dan di manakah pula mufti yang hari ini kuat menghentam YAB Tuan Guru? Kenyataan Father of Kafir itu sehingga kini masih belum dinafikan oleh Rahim Noor dan YAB Tuan Guru telah memfailkan saman di mahkamah.Demikian juga dalam isu tuduhan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat yang di berlaku di Terengganu di mana diadakan satu seminar khas oleh Badan Perhubungan UMNO Terengganu dengan membawa tajuk ini. Tidakkah ini juga merupakan tuduhan yang berat iaitu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat? Adakah tuduhan sebegini 'halal' di sisi Mufti yang pro UMNO?Justeru kerana itu, DPPNK menyifatkan langkah UMNO Kelantan membuat laporan polis ke atas YAB Menteri Besar Kelantan hanyalah merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat semata-mata. Di luar sana, betapa rakyat ditindas dan dinafikan haknya oleh UMNO dan Barisan Nasional. Di Kelantan, royalti minyak dinafikan dan yang terbaru, pemasangan kamera had laju (AES) yang dipersetui oleh ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang tentunya bakal membebankan rakyat. Salam hormat,ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN,Ketua,Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK)Bertarikh : 7 Muharram 1434 H bersamaan 21 November 2012M

Read More - Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Aziz : Pemuda PAS Kesal Double Standard UMNO

OH!: Artis Mana Pulak sertai Program ggatih beskal ni?

Oh! Krai Utara

Share
oooo..namo dio FIXIE...baru tau..

 program menunggang basikal fixie dalam program ggatih d kuala krai anjuran jawtankuasa belia sukan n ngo negeri kelantan. 

marshal?

bukan gambo semoh yg telanjang rambut di depan...

cuaca mendung....

kaler mano lu suko...blue n white? 

timbalan exco sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah...wa tadak tuah laaa.

lu memang best bro...

sek mano pulok ni bukok langkoh...

silat pulot ke silat pe ni?

pak cik kaki gendang ni bukan kaki GEBANG!

Biru mato hitam ko..

sek kito bleh menang ari ni,

abe uji jadi orang paling peting! kalau dio tok jatuh "flag" sampai petang laaa tak  gerak beskal tu...


Read More - OH!: Artis Mana Pulak sertai Program ggatih beskal ni?

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...