Oh 1Malaysia::Pensyarah Saman Nordin Kardi

Oh! Krai Utara

Share
Pensyarah Saman 

ALOR SETAR - Seorang pensyarah Bahagian Pengajian Pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM) memfailkan saman lebih RM700,000 terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi dan UUM atas dakwaan menyalahgunakan kuasa sebagai Naib Canselor dan menafikan hak plaintif sepanjang berkhidmat di UUM. 

Abdul Halim Mohamed diiringi peguamnya, Fadli Shuib memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Khairil & Co di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam. 

Halim selaku plaintif menamakan Nordin sebagai defendan pertama, manakala UUM sebagai defendan kedua. 

Plaintif dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa defendan pertama telah menolak permohonan plaintif untuk memperoleh kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) atas alasan tidak menyukai plaintif dari segi tingkah laku, walaupun plaintif memenuhi syarat-syarat ditetapkan. 

Fadli berkata, susulan permohonan ditolak, plaintif mengemukakan surat rayuan kepada defendan pertama untuk mempertimbangkan semula keputusan Majlis Eksekutif Universiti (MEU) dan meminta alasan menolak permohonan jawatan itu, tetapi tiada maklum balas daripada defendan pertama. 

“Walaupun keputusan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (DS52) terletak sepenuhnya di bawah kuasa ahli-ahli jawatankuasa MEU dan bukannya di bawah Naib Canselor, tetapi peranan yang dimainkan defendan pertama yang tidak menyetujui kenaikan pangkat itu menyebabkan hak plaintif dinafikan,” katanya kepada pemberita. 

Fadli berkata, apa yang berlaku mewujudkan tekanan dan penderaan secara mental kepada plaintif berikutan penafian hak plaintif untuk naik pangkat. 

“Kesangsian plaintif terhadap ketelusan defendan pertama timbul apabila surat-surat rayuan yang dihantar plaintif tidak dijawab mana-mana pihak bertanggungjawab sehinggalah plaintif pergi menemui Pendaftar, Harun Amin. 

“Plaintif percaya isu konspirasi ke atas beliau wujud berdasarkan kebanyakan tindakan beliau mendedahkan banyak penyelewengan dan konspirasi yang berlaku di peringkat pengurusan tertinggi universiti sehingga mengundang rasa tidak puas hati defendan pertama terhadap plaintif,” katanya. 

Fadli berkata, tindakan plaintif mendedahkan beberapa kes salah laku pegawai atasan UUM dan melaporkannya kepada defendan pertama juga tidak memberi kesan diharapkan. 

“Sebaliknya plaintif pula dianiaya defendan pertama dan pegawai-pegawai atasan UUM apabila beliau hanya diberikan elaun luar negara sebanyak RM500 atau bersamaan 70 pound sterling sebulan selama tiga tahun sewaktu menjalani program sepenuh masa selama empat tahun di University of East Anglia di United Kingdom, walaupun pada peringkat awalnya pada tahun pertama, plaintif diberikan pembiayaan penuh oleh UUM iaitu sebanyak 635 pound sterling atau RM4,535 sebulan. 

“Akibat pengurangan pembiayaan itu, plaintif terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana membuat pinjaman bank semata-mata untuk membiayai kehidupan plaintif bersama isteri dan anak-anak yang turut berada di England sewaktu menyambung pelajaran,” katanya 

Fadli berkata, akibat langsung daripada semua konspirasi yang diwujudkan defendan pertama dan pegawai-pegawai UUM itu, plaintif mengalami kemurungan dahsyat yang menjejaskan reputasi plaintif sebagai ahli akademik. 

"Justeru, plaintif menuntut satu deklarasi dari Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan plaintif memegang jawatan Pensyarah Kanan (DS52) sejak Februari 2007, selain menuntut defendan membayar tunggakan gaji dan bayaran-bayaran lain berkaitan bermula Februari 2007 mengikut gaji skala Pensyarah Kanan (DS52). 

"Plaintif turut menuntut ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama, pembayaran RM200,000 sebagai kos pengajian ditanggung plaintif perlu dibayar defendan kedua, ganti rugi stres dihadapi plaintif dari 2006 hingga 2010 dibayar defendan pertama, faedah lapan peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan relif lain yang dirasakan patut oleh mahkamah," katanya.- SH
Read More - Oh 1Malaysia::Pensyarah Saman Nordin Kardi

Laluan Maut!

Oh! Krai Utara

Share
Laluan Gua Musang, Kuala Krai dilabel ‘sakaratul maut


GUA MUSANG – Laluan Gua Musang Kuala Krai menjadi laluan ‘sakaratul maut’ apabila dikesan antara penyumbang utama jumlah 6,200 hinga 6,300 kematian jalan raya dicatatkan di seluruh negara setiap tahun. 

:Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, tahun ini sahaja sebanyak 18 kematian dicatatkan. 

:Menurutnya, peningkatan kes menyebabkan JPJ mengambil inisiatif untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik yang mana kawasan yang kerap berlaku kemalangan yang dikenali sebagai ‘black spot’ yang mana telah mengakibatkan dua kematian mengikut tahun 2006 akan dipasang dengan kamera. 

“Kamera yang dipasang akan merakam plat kenderaan serta imej pemandu dan maklumat akan terus sampai ke ibu pejabat dan dalam tempoh dua hari, mereka yang melakukan kesalahan akan menerima surat saman. 

“Sebanyak 11 kawasan telah dikenal pasti untuk dipasang dengan kamera antaranya di KM13.8, KM38, KM63, KM22.2 dan Gua Musang ke Kuala Krai ada lima kawasan yang mana terdapat satu kawasan di Felda Aring, Gua Musang Kuala Lipis terdapat empat kawasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Satu Komuniti Satu JPJ di Dataran Kebudayaan Kesedar Tiga, semalam. 

:Menurutnya, selain pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik, JPJ juga akan membuat rondaan 24 jam bagi mengenal pasti kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya. 

“Laluan Gua Musang sentiasa sibuk yang mana hujung minggu bagi Kelantan adalah pada hari Jumaat dan bagi negeri di Pantai Barat hujung minggu mereka adalah pada Sabtu dan Ahad dan di sini kita dapat lihat walau pun cuti hujung minggu, tetapi ramai penduduk Kelantan yang menetap di Kuala Lumpur mengambil peluang untuk pulang dan begitu juga yang berada di Kelantan akan ke Kuala Lumpur. 

“Keadaan ini menjadikan empat hari dalam tempoh satu minggu keadaan jalan di Gua Musang Kuala Krai menjadi sibuk , apatah lagi sekiranya tiba cuti umum,” katanya.
Read More - Laluan Maut!

Oh Hulu Selangor::Palanivel Sah Calon BN?

Oh! Krai Utara

Share

SUDAH terang lagi bersuluh calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, orang MIC.
Kenyataan tersebut telah disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN pada Konvensyen BN Selangor minggu lalu.
“Saya minta biar saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau menang, bukan MIC menang tetapi BN menang,” kata Najib ketika itu. Read More
Read More - Oh Hulu Selangor::Palanivel Sah Calon BN?

Poland berkabung kematian Presiden Lech Kaczynski

Oh! Krai Utara

Share
WARSAW - Keranda berisi mayat Presiden Poland, Lech Kaczynski selamat tiba di Warsaw semalam, sehari selepas beliau dan 95 lagi maut dalam nahas udara di barat Rusia, kelmarin. 





Ketibaan keranda mendiang disambut saudara kembar Kaczynski, Jaroslav Kaczynski, pemangku Presiden Bronislaw Komorowski, Perdana Menteri, Donald Tusk dan beberapa pegawai kerajaan lain di lapangan terbang tentera di ibu kota. 

Beribu-ribu rakyat Poland memenuhi Istana Presiden di Warsaw untuk menghadiri upacara perkabungan ke atas Kaczynski dan mangsa lain. 

Selain Kaczynski, turut terbunuh dalam nahas itu adalah isteri beliau, Maria dan beberapa pegawai kanan kerajaan dan ahli Parlimen Poland. 

Gereja seluruh negara turut dihadiri beribu-ribu penduduk Poland yang datang meletakkan jambangan bunga, menyalakan lilin dan berdoa. 

Tusk menyifatkan tragedi kali ini sebagai peristiwa paling tragik pernah melanda Poland selepas era Perang Dunia Kedua. 

Turut maut dalam nahas adalah Ketua Turus Tentera dan Pengerusi Bank Negara. - Pic ihsan 
guardian.co.uk
Read More - Poland berkabung kematian Presiden Lech Kaczynski

Errr, Burpp!::Telan air ludah ustaz!

Oh! Krai Utara

Share
Berbagai sumber yang boleh diyakini memaklumkan kepada saya bahawa di Selangor ada seorang tokoh agama yang mengadakan ‘upacara’ orang ramai menelan air liurnya untuk keberkatan.


Upacara itu pula dibuat di masjid. Apa tidaknya, beliau ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.


Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu
‘menikmati’seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!
Read More - Errr, Burpp!::Telan air ludah ustaz!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...